Tuesday, 28 September 2010

Riwayat Johor FC Menuju Pengakhiran


"MENTERI Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menggesa penggabungan Johor dan Johor FC dilaksanakan secepat mungkin supaya persiapan rapi dan tersusun dibuat lebih awal sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) bermula musim depan......"selengkapnya


Aku mengharapkan Menteri Besar tidak masuk campur dalam hal ni. Tapi nampaknya, big boss sudah pun bersuara. Bila dia sudah mengeluarkan arahan, bermakna ia hampir pasti jadi kenyataan. Sebab utamanya, JCorp adalah syarikat GLC kerajaan negeri Johor. Arahan dari Ghani Othman bermakna arahan dari boss besar JCorp juga.

Pasir Gudang United sudahpun dilingkupkan oleh PBNJ beberapa tahun lepas, kini giliran Johor FC menanti tiba. Inilah akibatnya pemimpin politik mentadbir sukan.
Sedih, sedih.....

*Pernah dengar cadangan Manchester United bergabung dengan Manchester City atas alasan meningkatkan mutu bolasepak Manchester?????

9 comments:

Anonymous said...

ala sekarang pon dah takda sapa tengok bola Johor.. main macam pondan...

patriotselatan

Mazram Idzam Ridzal Mahmud said...

Isu penggabungan Johor FA - Johor FC menarik perhatian saya.

Saya sentiasa memerhatikan perjalanan kedua-dua pasukan ini sejak beberapa tahun yang lalu. Amat malang bagi bola sepak johor, dihimpit kedukaan berpanjangan.

Begitu pun saya sebagai seorang pengamal media sukan di Kelantan tetap sedih dengan perkembangan bola sepak di Johor. Apa yang terjadi terhadap pasukan Johor sama seperti terjadi kepada Kelantan. Sebabnya Kelantan pernah melalui zaman gelap sekitar lima tahun lalu.

Sudah pasti bagi peminat bola sepak pasukan NEGERI, mereka tidak mahu perkara ini berterusan membelenggu pasukan NEGERI mereka.

Johor – suatu ketika dahulu menjadi pasukan yang cukup gah di tanah air. Apa tidaknya muncul dengan gelaran gergasi selatan tanah air. Mereka menjadi juara berganda pada tahun 1991. Anda kena mengingati Johor mempunyai pemain import terbaik ketika itu. Siapa tidak kenal Ervin Boban, Juremate Jure, Mate Borovac. Siapa tidak kenal jurulatih, Michael Urukalo, Jita Singh (Singapura), serta Wan Jamak Wan Hassan sendiri.

Kemudian memiliki pemain terhebat Abbas Saad dan Alistair Edwards. Disamping nama besar seperti pemain pertahanan kental Darren Stewart serta midfield dari negara seberang, Hasnim Haron. Semua itu tinggal kenangan bagi peminat bola sepak negeri itu.

Kita tengok pula pemain tempatan, kaya dengan pemain berpengalaman seperti Roslan Abd Hamid, Azmil Azali, Sani Othman, Hassan Miskam, Omar Salim, Nazaruddin Atan, Rusdee Sulong, Ramlan Rashid, Aidil Mohd Nor, Sazali Nazir, Sazali Saidon, Bakhtiar Othman, Farouk Yahya, Nasir Yusof, Rizal Sukiman, Idris Karim, Rezal Zambery Yahya (hanya kedua-dua nama ini sahaja yang masih bermain sekarang), supersub Annuar Abu Bakar, Liew Kim Tu serta ramai lagi.

Dan sekarang hendak mengingati nama-nama pemain Johor pun cukup sukar….itu pun berapa kerat sahaja seperti Mohd Farid Ideris, Norizam Salaman, Mohd Khairul Ismail, ,..itu pun terpaksa angkat kaki meninggalkan negeri sendiri. Nama penjaga gol pun kita tak tahu.

Pasukan Johor sebenarnya bergelut mungkin dalam satu tempoh masa yang cukup panjang untuk kembali bangkit menjadi kuasa besar seperti tahun 91. Kegagalan mengekalkan anak tempatan untuk terus menabur bakti bersama pasukan negeri dilihat antara punca masalah ini. Baru sahaja bermain 2-3 tahun, mereka terus angkat kaki. Tidak seperti zaman 20 tahun dahulu, tanyalah Roslan Abd Hamid, adakah dia pernah bermain dengan negeri lain selain Johor sebelum beliau menggantung butnya? Jawapannya tidak sama sekali.

Begitu pun, dari satu sudut saya menyokong sebenarnya usul untuk memastikan hanya pasukan negeri sahaja dibenar bermain dalam Liga Malaysia. Ini sebagai salah satu usaha menarik penonton datang ke stadium selain membina semula pasukan yang telah runtuh seperti Johor ini.

Liga Malaysia hanya layak dimainkan untuk negeri sahaja. Sementara bagi kelab, mereka perlu diasingkan bermain dalam satu liga yang lain seperti Piala FAM.

Tentang usaha penggabungan kedua-dua entiti bola sepak Johor itu, saya melihat dari sudut positif demi kemajuan bola sepak Johor. Saya sayang bola sepak Malaysia sama seperti saya sayang bola sepak Kelantan juga bola sepak Johor. Bangkitlah Johor.

SangKunang said...

saudara mazram rizal,
mungkin johor melihat usaha ini adalah mengembalikan martabat dan prestij bolasepak mereka yang telah hilang... tapi mereka sebenarnya menyalahkan pihak lain disebalik kegagalan mereka mengurus tadbir pasukan dengan baik.

lebih dari itu, pihak PBNJ sebenarnya cuba mengambil jalan mudah untuk kembali kuat. jalan mudah, mengambil dana kewangan yg kukuh di pihak Johor FC melalui JCorp.

Tak usah lah sebegitu, Johor FC bukan seperti kelab2 picisan yang lain. Johor FC punya pengikut tersendiri. JohorFC ada sumber kewangan sendiri, ada stadium sendiri dan Johor FC adalah ikon bolasepak dan kebanggan penduduk pasir gudang khasnya...

adakah usaha penggabungan ini memberi manfaat???
semak sejarah, PBNJ sebelum ini sudah pun melakukan penggabungan dengan Pasir Gudang FC membawa nama Johor Pasir Gudang. tapi skarang PG sudah hilang.

dan kenapa pula usul penggabungan ini timbul disaat Johor FC sudah gah membina nama dan sudahpun menjadi antara pesaing hebat Liga Super? kenapa tidak timbul usul penggabungan dikala pasukan dari johor juga seperti Majlis Perbandaran Muar menjadi pasukan paling banyak bolos dalam sejarah liga perdana? kenapa tidak ditumpukan yang itu???

sebabnya, Johor FC ada DUIT yg banyak, dan poket pegawai PBNJ akan penuh jika mereka dapat menguasai kepimpinan JCorp Holding.

Jika kepimpinan PBNJ betul2 ikhlas mencari dana kewangan, tak payah pegi jauh. Negeri Johor sangat kaya dengan perindustrian, sangat kaya dengan pelaburan mega itu ini..sangat banyak kompani2 korporat berniaga sana sini.

sedangkan kelantan (KAFA) pun mampu memiliki sumber kewangan yg kukuh melalui korporat walaupun berada di sebuah negeri yg tidak lah kaya dengan penglibatan industri...

ksimpulannya, kecekapan pengurusan dan kepala otak 'jiwa bola' tu penting dalam mengurus tadbir sebuah pasukan bolasepak...

HASRUL NIZAM said...

salam... gua setuju dengan semua pendapat di atas especially bile bab Johor nak kuat dengan cara yang mudah...

Best gak kalo kelab2 London (Chelsea, Arsenal, West Ham, Spurs, Fulham) bergabung, komfem jadi pasukan tahap gaban punyo ha3...

Tapi kalo kat Malaysia ni hampeh aje laa..

bagi gua peminat bola sepak Malaysia cukup anti ngan campur tangan pihak2 x berkenaan dlm bolas speak especially dlm hal ehwal management...

Profesionalisme dan kredibiliti antara aspek penting dlm management system... dan dalam mencapai sesuatu target dlm management kalo aspek2 yg di atas tu xde atau setakat tangkap muat dicampur dengan macam2 kepentingan lain, alamatnye makin ranap laa!!!

Johor FC antara kelab tertua dan hebat kat Malaysia... jadi idea penggabungan ni merupakan sesuatau yg karut dan x masuk dek akal...

Lambat laun macam2 masalh akan timbul especially bab2 kebajikan pemain, pegawai dan lain2...

Semoga penggabungan ni x jadi...

Long life bola Malaysia

Anonymous said...

saya sbg penyokong johor fc tidak bersetuju dgn penggabungan ini... saya mungkin tidak kesah jika pasukan johor fa lbh kuat drpd johor fc...tapi sebaliknya yg berlaku... johor fc dilihat lebih mantap berbanding johor fa...

saya mmg bersetuju dgn ape yg diperkatakn oleh sangkunang... suatu ketika dulu pasir gudang united dilihat berpotensi utk membangun... namun setelah digabungkn menjadi johor pasir gudang, pasukan itu semakin merosot dan akhirnye nama pasir gudang juga telah disingkirkn... tapi kenape??

sudah pasti akan lebih malang jika tiada pasukan johor fc yg sedikit sebanyak dpt membanggakn peminat bola sepak negeri johor dgn prestasi yg boleh dikatakan konsisten dan blh menduduki top4 liga super...

adakah kami semua ingin lihat perkara yg sama terjadi kpd pasukan kesayangan kami? sudah pasti tidak... alasan penggabungan utk menaikkn martabat bola sepak johor adalah satu alasan yg tidak munasabah...

jika dilihat bilangan penonton yg hadir ke stadium juga lebih berpihak kpd johor fc... sekiranya penggabungan ini diteruskn, sudah pasti penyokong2 di pasir gudang akan berasa kecewa... dan akhirnya johor akan menerima padah kehilangan penyokong...

baru2 ini telah berlangsung kejohanan e-fan futsal challenge di bangi... mane pasukan dr johor fa? kenapa x hantar team? nasib baik johor fc ade hantar team... klu x malu je johor... klu nk gabung tu pastikn 'awak' tu kuat dlu dr segala aspek... jgn nk amik care mudah je...

sekian, luahan hati dr saye..
xnk bergabung....

SangKunang said...

nah...
panjang lebar komen dari penyokong johor fc tu...

aku memula takut gak nak tulis pasal bende nih.. takut nanti dituduh menyebok urusan negeri org lain plak..

tp demi kecintaan terhadap bolasepak.. masalah johor fc adalah maslaah bolasepak malaysia. bukan masalah rakyat johor semata...

BERJUANG LAH SANG LEBAH... PERTAHANKAN HAK KALIAN

Anonymous said...

Cadangan penggabungan ini adalah satu tindakan dan cadangan yang paling bodoh dengan alasan yang bersifat untuk menutup kelemahan dan kegagalan sendiri dalam menguruskan sebuah pasukan bolasepak. Pengurusan Johor FC seharusnya menolak mentah-mentah cadangan ini kerana Johor FC sudah terbukti mampu untuk bersaing merebut kejuaraan dalam Liga Super. Ditambah pula dengan kejayaan pasukan Piala Presiden yang dapat melahirkan pemain-pemain yang berkualiti.

Tidak seperti Johor FA yang layak ke Liga Super 2010 atas dasar keputusan mesyuarat di atas meja dan di penghujung musim terpaksa turun semula ke Liga Perdana.

Pengurusan Johor FA perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan dan bukannya meletakkan alasan kegagalan berpunca daripada kejayaan Johor FC. Bukan ke kelakar bunyinya......dan cuba mencari kejayaan mudah.


Johor FC berjaya menunjukkan contoh professional dalam pengurusan kelab bolasepak dan mampu mempunyai stadium bolasepaknya sendiri. Dalam hal ini mungkin FAM sendiri boleh belajar daripada pengurusan Johor FC iaitu JohorCorp.cara-cara mengurus pasukan bolasepak.

Untuk jangka masa panjang, biarlah Johor FC dengan pengurusannya sendiri. Bagi Johor FA dan barisan tertingginya suka diingatkan bahawa jika tidak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya. Berusahalah sendiri untuk kejayaan Johor FA. Negeri Johor amat luas dan rajin-rajin le turun berhujan dan berpanas ke seluruh pelusuk negeri untuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam.Jangan mencari bakat dari atas meja dalam pejabat yang berhawa dingin sahaja.

Kepada Johor FC dan barisan pengurusannya teruskan dengan pencapaian yang baik dalam Liga Malaysia.

Sebelum bersetuju pun untuk bergabung sekalipun ingatlah semula nasib yang pernah menimpa Kelab Pasir Gudang United.Bergabung tapi Johor FA terus tidak meningkat prestasinya. Jangan pisang berbuah dua kali.

Peminat bolasepak Malaysia.....

SangKunang said...

hasrul & anonymous:

inilah akibatnya, pemimpin bolasepak datangnya secara part time. bukan minat bola, tapi bola dijadikan medan politik, mengatur gerak pengaruh masing2 utk tujuan peribadi...

Anonymous said...

ghani othman anak haram! suke ati dia je nak gabung ! fuck la umno o0o!