
Kurang beberapa hari lagi, kelibat Tan Sri Annuar Musa di Wisma FAM mungkin tidak akan kelihatan lagi. Masa semakin suntuk untuk Bapa Pembangunan Bolasepak Kelantan ini untuk meneruskan sumbangan beliau dalam arena bolasepak Malaysia. Tuduhan liar dari pembesar-pembesar FAM terhadap beliau semakin dahsyat sehinggakan seorang wartawan penjilat bontot berkelas nyamuk tanpa segan silu membuat kenyataan 'Apa jasa TSAM kepada bolasepak Malaysia??'
Entah apa liputan yang wartawan tu buat sehingga tak nampak apa jasa TSAM kat FAM selama setahun lebih TSAM berada di sana. Mungkin wartawan tu terlalu sibuk mengampu orang-orang tertentu sahaja yang terang-terang TIDAK PERNAH berjasa apa-apa kepada bolasepak Malaysia malah lebih dari itu turut menjadi menyumbang kepada kemerosotan prestasi skuad kebangsaan sejak akhir-akhir ini.
Kau mungkin wartawan yang tak nampak apa jasa TSAM atau buat-buat tak nampak. Tapi kami peminat nampak semua siapa yang berjasa dan siapa yang tak berjasa. Baiklah, ini serba sedikit sumbangan yang TSAM telah curahkan sepanjang 18 bulan berada di Wisma FAM Kelana Jaya:
Jasa TERBESAR... PELABURAN ASTRO
- Membawa masuk penajaan bernilai RM 120 juta dari Astro untuk poket FAM. Penyertaan Astro ke dalam organisasi induk bolasepak Malaysia setahun dua ini adalah hasil usaha dan rundingan TSAM dengan beberapa pihak korporat/swasta. Penat meyakinkan syarikat itu, syarikat ini, akhirnya Astro yang bersetuju turut serta dalam pembaharuan bolasepak Malaysia setelah berminat dengan idea, visi, misi, wawasan dan kepimpinan yang ada pada TSAM. Perlu diingat, Astro bersama FAM adalah langsung tidak dipengaruhi oleh mana-mana pegawai FAM lain termasuklah Azzudin mahupun Hamidin.
TRANSFORMASI PAKEJ TAJAAN LIGA.
- Umum mengetahui bahawa sejak zaman berzaman, pakej penajaan liga bolasepak Malaysia hanya dikuasai oleh sesebuah syarikat sahaja. Sejak zaman Allahyarham Mokhtar Dahari aktif merembat jaring, sehinggalah zaman kepimpinan Perdana Menteri bertukar tangan dua tiga kali, pakej penajaan tetap sama iaitu penaja utama liga MESTI meletakkan logo besar mereka pada setiap jersi pasukan yang bertanding. Maksudnya semua pasukan akan kelihatan sama menunjukkan disitu adanya situasi tidak sihat atau dengan kata lainnya ia adalah satu pakej penajaan bersifat monopoli dengan satu syarikat dengan jumlah suntikan dana yang kecil tetapi mendapat publisiti yang maha luas di merata-rata tempat.
Namun sejak TSAM memenangi jawatan Timbalan Presiden dan diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi MSL, TSAM bertindak pantas. Dengan mengadakan perbincangan dengan tokoh-tokoh bolasepak serta mengambil inisiatif mendengar cadangan daripada peminat, TSAM lantas mengumumkan satu pakej dan terma penajaan baru untuk liga Malaysia demi menarik lebih banyak penyertaan korporat ke dalam bolasepak Malaysia. Hasilnya, dapat kita lihat pada hari ini iaitu setiap pasukan yang bertanding tidak wajib memaparkan logo penaja utama liga. Sebaliknya pasukan boleh memaparkan logo penaja masing-masing sekaligus melibatkan lebih banyak sumbangan sektor korporat dengan jumlah tajaan berbeza-beza. Jersi pun makin cantik bukan? sebab setiap pasukan ada identiti sendiri. Kelantan-Happy, Terengganu-Top IT, Kedah-PKNK, Selangor-MBI, Sarawak-NAIM, Johor FC-Kulim, Lions-StarHub, Pahang-The ZON.
MEMPERKENALKAN SISTEM GANJARAN LIGA IKUT RANKING.
Sama ada orang-orang kat Wisma FAM sedar atau tidak, TSAM adalah orang yang paling lantang mengutarakan cadangan supaya Liga Malaysia khasnya Liga Super menyediakan ganjaran hadiah kemenangan mengikut ranking liga fasa pertama dan fasa kedua. Tidak seperti sistem terdahulu yang hanya memberi ganjaran kepada juara, naib juara dan ketiga sahaja. Sistem baharu yang diperkenalkan TSAM lebih menghargai penglibatan semua pasukan yang bertanding, menjadikan kesemua pasukan akan memperoleh ganjaran berdasarkan kedudukan akhir liga. Hal ini akan menjadikan saingan lebih rancak dengan semu pasukan pastinya akan memburu kedudukan terbaik walaupun sedar hasrat untuk muncul juara, naib juara mahupun tempat ketiga sudahpun tertutup.
..........
Apa yang penulis senaraikan ini adalah sedikit JASA BESAR Tan Sri Annuar Musa dalam merancakkan kembali saingan liga tempatan yang kini dapat dilihat semakin menampakkan hasilnya. Ada orang bertanya, kenapa liga je yang beliau tumpukan? Jawapannya, itu adalah kapasiti porfolio yang dipertanggungjawabkan kepada beliau. Sehabis baik, beliau tumpukan portfolio beliau. Andainya beliau diberi portfolio yang lebih besar contohnya pasukan kebangsaan, insyaAllah hasilnya adalah pasukan kebangsaan.
Apa yang penulis senaraikan ini juga adalah yang kita semua peminat tahu. Mungkin lebih banyak lagi idea dan cadangan beliau yang tersangkut yang kita tak tahu. Siapa tahu? Azzudin mungkin tahu.. Mungkin juga Hamidin sebab beliau adalah Timbalan Presiden sebenar disebalik jawatan Naib Presiden beliau....
Banyak jasa TSAM... Azzudin adaaa??
#PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN#