Wednesday 31 March 2010

F1: Lotus menuju Grand Prix Malaysia

Menjelang Grand Prix Petronas Malaysia hujung minggu nanti, bahang saingan sudah terasa. Baik bagi pasukan gergasi mahupun muka-muka baru. Pasukan gergasi seperti Mclaren, Ferrari, Mercedes tentunya hadir bersama dengan misi mengejar kejuaraan. Namun, kehadiran pasukan baru seperti Lotus, Virgin dan Hispania(yg ni menyemak je) juga tidak sekadar melengkapkan saingan. Mereka punya misi tersendiri. Dan misinya, sudah tentulah menjadi pasukan terbaik dalam kalangan pasukan-pasukan baru disamping cuba mencuri perhatian untuk melakukan kejutan mengutip satu dua mata..

Bercakap mengenai pasukan baru, sudah tentunya perhatian kita terarah kepada pasukan dari negara kita, Lotus F1 Racing. Sesudah menempatkan diri di tempat ke13 pada Grand Prix Melbourne minggu lepas, Lotus dibawah teraju Datuk Tony Fernandes dan rakan-rakan terus memandang ke hadapan untuk menderum di laman sendiri.

BERITA NOMBOR SATU;
Dengan disokong oleh konsortium tempatan seperti Tune Group, Naza dan Proton, Lotus kini terus mengorak langkah mengutip satu demi satu penaja. Bermula dengan kejayaan menarik minat CNN International, Lotus seterusnya mendapat penajaan syarikat minuman UK, LR8 , terbaru Lotus berjaya menarik minat gergasi telekomunikasi negara MAxis untuk sama-sama melekatkan logo di badan jentera Lotus di litar nanti.

BERITA NOMBOR DUA;
Bermula Grand Prix Malaysia dan seterusnya, Jalur Gemilang akan memecut bersama jentera Lotus di litar. Upacara melekatkan bendera malaysia pada jentera lotus secara rasminya telah disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir di Pavillion.
BERITA NOMBOR TIGA;
Lotus mungkin bakal menerima penajaan besar daripada Petrobras, untuk membawa gergasi petroleum Brazil itu kembali ke kancah formula satu tak lama lagi. Kalo kompem berita ni, masyuk jugak. kaler petrobras pun sama ngan lotus..
http://www.motorsport.com/news/article.asp?ID=360620
SYABAS DAN SELAMAT MAJU JAYA BUAT PEMILIK, PENGURUSAN, PEMANDU, DAN SELURUH WARGA KERJA LOTUS F1 RACING SERTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YG MENYOKONG LOTUS UNTUK GRAND PRIX HUJUNG MINGGU NANTI..

Wednesday 24 March 2010

Kerisauan Butler Terhadap Bolasepak Malaysia.

Bekas jurulatih Kelantan & pemain West Ham United, Peter Butler percaya bahawa kekalahan kelab bolasepak terbaik Malaysia, Selangor menunjukkan betapa seriusnya masalah mutu bolasepak negara.

Selangor, pemenang kejuaraan liga pada 2009 dan ketika ini diantara pasukan teratas dalam senarai Liga Malaysia, dibolosi 6 gol pada perlawanan pembukaan Piala AFC oleh kelab Sriwijaya dari Indonesia pada awal minggu lalu.

"Ini sangat membimbangkan. " kata Butler, yang kini bertugas di Yangon United, Myanmar setelah meninggalkan pasukan Kelantan tahun lepas.

"Peluang melatih dalam arena bolasepak yang berpotensi cerah seperti Malaysia dan melihat kekalahan 6-1 pasukan Selangor kepada pasukan yang mempunyai beberapa pemain antarabangsa, menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. "

"Ini jelas menunjukkan jurang yang sangat berbeza diantara saingan domestik bolasepak Malaysia dan negara-negara Asia yang lain. Siapa sangka 10 tahun yang lepas kelab bolasepak dari Singapura (Singapore Armed Forces) akan bermain dalam Liga Kejuaraan Asia manakala pasukan seperti Selangor dan Kedah ditundukkan oleh lawan pada saingan yang lebih rendah seperti Piala AFC ? "

"Pada ketika ini Sriwijaya bukanlah pasukan yang terbaik dan hanya mempunyai 2 pemain import. Ini jelas menunjukkan peluang yang kurang cerah untuk Selangor pada kempen seterusnya"

"Selangor ketika ini mengungguli Liga Super Malaysia, bagaimanakah situasi ini dapat menggambarkan status mutu pasukan-pasukan lain ?"

By John Duerden
Goal.com
terjemahan: Kelab Penyokong Bolasepak Malaysia