Showing posts with label bola malaysia. Show all posts
Showing posts with label bola malaysia. Show all posts

Wednesday 9 May 2012

Nazmi ke Portugal


Sumber sahih lagi rasmi dari Ong Kim Swee mengesahkan bahawa bintang muda negara Nazmi Faiz Mansor bakal berangkat ke Portugal untuk menjalani sesi ujian bersama kelab liga utama Portugal, S.C. Beira-Mar. Sesi ujian akan dijalankan bermula 14-21 Mei 2012. Ujian yang dikendalikan kelab ini adalah sebagai prasyarat untuk menandatangani kontrak profesional. Jika ia menjadi kenyataan, kontrak profesional akan ditawarkan pada 16 Ogos 2012 kerana ketika itu umur Nazmi mencapai angka 18 yang membolehkan seseorang pemain mengikat kontrak profesional.

Selepas sesi trial bersama Beira-Mar, Nazmi dikhabarkan akan menjalani ujian bersama Cardiff City. Kepada Nazmi, abaikan Cardiff. Fokus kepada liga Portugal kerana Liga Perdana Inggeris hanya penyedap telinga berunsur ambik hati berbaur politik semata-mata. Mustahil untuk kau mendapatkan kontrak profesional di sana.

Apa-apapun, syabas dan selamat maju jaya untuk Nazmi. Dapat kontrak nanti, jangan gatal mulut nak balik kampung rindu nasik lemak pulak. Jaga diri, jaga iman, jangan layan cikaro walaupun muka kau persis Kaka...

*Sementara itu, di Kelana Jaya, PRESIDEN FAM MASIH WAJIB MELETAK JAWATAN !!!

Sunday 24 July 2011

Kubu Longlai

5-3.
Itulah jawapan dari Jalan Besar seberang Tambak Johor. Sama seperti beberapa perlawanan terdahulu, barisan tengah dan serangan negara menampilkan aksi mantap dan bertenaga. Tapi corak menarik ini di 'spoil'kan oleh kelonglaian barisan pertahanan skuad negara yang melepaskan gol-gol mudah.

Nada kekecewaan ini bukan sahaja dari kita penyokong, tapi turut disuarakan oleh Timb Presiden FAM, TS Annuar Musa
Frustrating melihat OUR DEFENDERS malam ni...and more frustrating to continously losing to a city state like spore..
Tulisan ini bukan mahu mengkritik barisan Rajagobal, jauh sekali mahu menghentam wira-wira negara di padang sana. Juga tidak sesekali mahu jadi tuan penasihat untuk suruh Raja pilih orang tu, ambik orang ni...Tapi hanya mahu mengaitkan corak permainan skuad kebangsaan tika ini dengan punca-punca relevan.

Bolos 4 gol menentang Taiwan, 4 gol berdepan Arsenal, 6 gol dari Liverpool dan terkini 5 gol 'hadiah' untuk Sang Singapura-pura.. Keseluruhannya 19 gol untuk 5 perlawanan.

Kenapa barisan pertahanan kita lemah disaat serangan kita menampilkan aksi cantik ala Eropah?Gua nak kaitkan situasi ini dengan faktor aksi dalam Liga Super.

Ramai orang kata, pengharaman pemain import 3 tahun kebelakangan ini berjaya melahirkan pemain-pemain serangan yang berkualiti kerana aksi mereka tidak dibayangi aksi, kemahiran dan fizikal pemain-pemain import yang lebih baik. Ketiadaan pemain seperti Marlon Alex James, Mahmadou Moustapa dan beberapa nama lagi membuka ruang luas buat orang kita. Kerana itulah timbulnya nama-nama sepert Abdul Hadi Yahya, Ismail Faruqhi, Baddrol Bahtiar dan ramai lagi. Dari itu kita juga telah memiliki 'pool of fowards' yang sangat besar untuk menyarung jersi kebangsaan.

Namun disebalik peningkatan kualiti barisan serangan pemain-pemain barisan atas, timbul pula masalah di barisan bawah. Pemain pertahanan di Liga Super Malaysia tiada kualiti. Kenapa? Kerana pemain-pemain pertahanan di Malaysia tidak biasa berhadapan dengan aksi-aksi luar biasa pemain-pemain asing. Kerana asakan yang diterima oleh pemain pertahanan dalam Liga Malaysia hanya berkisar kepada pemain sama, yang boleh dikatakan sama tempo permainan dan sama kemahiran membawa bola ke pintu gol. Berbanding jika kita memiliki pemain import dalam liga, pemain pertahanan kita akan lebih bersedia dengan gerakan-gerakan yang dihasilkan oleh penyerang-penyerang import berkualiti. Itulah yang jadinya hari ini. Muslim dan rakan-rakan seakan-akan mengambil mudah setiap gerakan penyerang lawan.

Kenapa Piala Suzuki 2010 pertahanan kita sangat mantap???
Oh ye. Piala Suzuki 2010 menampilkan aksi mantap dari barisan pertahanan kita. Dan barisan pertahanan sama masih lagi bersama pasukan kebangsaan -Muslim, Fadhli, Mahali, Asra. Kenapa waktu tu mantap ye?
Iye, masa tu pertahanan kita sangat mantap kerana pada waktu itu, daripada '4 backs' ini, hanya Asra seorang sahaja produk Liga Super Malaysia. 3 lagi bukanlah produk Liga Super. Muslim, Fadhli, dan Mahali adalah produk pelaburan FAM di Slovakia. Disana mereka dibiasakan dengan aksi pantas dan tangkas pemain-pemain Eropah. Di sana juga mereka sudah terbiasa dengan keadaan fizikal orang sana yang tegap dan kasar. Sekembalinya mereka dari Slovakia, mereka meneyertai pasukan kebangsaan, dan pengalaman di sana memberikan sesuatu yang lebih bertenaga untuk Harimau Malaya.

Kenapa sekarang mereka longlai?
Jawapan sudah dijawab. Aksi mereka sedikit menurun kerana Liga Super Malaysia atau bahasa orangputihnya MSL. Selepas menjulang Piala AFF, 3 serangkai ini kembali ke pangkuan Harimau Muda dan beraksi dalam Liga Super Malaysia. Nampak bukan? 6 bulan berada dalam kepompong liga ini, kualiti yang ada pada mereka sudah mulai menurun. Bukan salah mereka. Tapi salah persekitaran pemain-pemain penyerang dalam liga kita yang tidak mampu memberi 'peluh lebih' kepada anak-anak muda ini.

Dan perancangan seterusnya membawa skuad emas ini ke Liga Singapura juga dilihat tidak memberikan lebih pendedahan kepada mereka. Jalan terbaik, kembali ke Liga Slovakia. Duit FAM kan banyak, Astro ada, TM ada, tiket stadium pun RM30 skrg ni. Tebal dompet. Apa salahnya guna sikit kan...

Apa pun, keputusan 5-3 bukanlah kekalahan kepada kita kerana itu baru separuh masa pertama. Masih ada separuh masa kedua yang perlu digunakan sebaik mungkin oleh Harimau kita di gelanggang bolasepak 'sebenar' khamis nanti.

Masuk kandang singa, menyinga,
Masuk kandang harimau, kita bunuh saja itu singa...

Friday 15 July 2011

Meneroka Minda Kelas Kepala Lutut


Selesai sudah teka-teki format Liga Super 2012 yang menyaksikan pengekalan format lama disamping beberapa penambahbaikan diambil. Antaranya, kembalinya khidmat awang import, selain keputusan terpaksa menamatkan benteng kebal milik pasukan Pahang.(mungkin)..hehehe....

Perjanjian juga telah pun dimuktamadkan bahawa pasukan masa depan negara, Harimau Muda akan menyertai Liga Singapura (Liga S) musim hadapan. Sebagai galang ganti, kita harus menerima anak singa import kota seberang sebagai sebahagian anggota keluarga Liga Super Malaysia (MSL). Kata FAM selaku penguasa bolasepak Malaya, keputusan menghantar HM ke Liga S adalah satu inisiatif memberi pendedahan antarabangsa kepada skuad muda ini.

Persoalannya, cukup antarabangsakah Liga S tu?
Sangkunang disini bukanlah bertujuan nak mempertikaikan tahap keantarabangsaan Liga Republik itu, tapi terasa sikit tak puas hati dengan perancangan terbaru FAM yang disifatkan sebagai langkah terkebelakang.

Kenapa wa cakap terkebelakang? Sebab utamanya, bukan nak berlagak. Tapi hakikatnya bukan taraf kita sebagai pasukan gergasi Asia Tenggara nak beraksi di liga 'little dot' tu. Sebagai juara Asia Tenggara, adakah FAM melihat perencanaan ini sebagai menguntungkan kedua-dua pihak?

TIDAK sama sekali. Program kerjasama FAM-SAF ini hanya menguntungkan satu pihak. Iaitu bolasepak Singapura !

Toleh ke belakang, pandang sejarah. Masih ingatkah kita, awal tahun 2010 FAM pernah memohon untuk menghantar skuad Harimau Muda A ke Liga Singapura. Ingat? Sampai ke kita ke sana? Tidak tuan-tuan... Permohonan kita ditolak mentah-mentah oleh Singapura. Mentang-mentang lah masa tu, kita masih lagi 'bajingan' di rantau ini. Ditolaknya mentah2, takut nanti kita mempelajari sesuatu dari sana la kan.. kan...

Kegagalan menyertai Liga S 2010 menyebabkan FAM gelabah. Lantas mencuba sesuatu yang berani. Sertai liga divisyen bawahan Slovakia sebagai pasukan pelengkap bertaraf 'friendly match'. Sememangnya langkah itu membawa ganjaran besar kepada skuad HM. Memperoleh pengalaman berharga, membawa pulang kemahiran bolasepak taraf tinggi dan semangat permainan berani mati. Dan pakej yang dibawa pulang ini membawa Malaysia menjulang Piala AFF buat kali pertama. Yang ini, syabas untuk FAM.

Tapi kenapa setelah kita menjulang diri kita ke satu aras yang lebih tinggi, disaat itulah kita merendahkannya semula. Dan Singapura seolah-olah terpegun dengan aura yang dibawa HM, disebalik kemerosotan aksi skuad Singapura-pura mereka. Lalu menggubal 'dasar pandang ke Malaya' untuk pendedahan berguna kepada skuad mereka. Mengutip kemahiran dari aksi rancak yang dihidangkan oleh MSL tika ini. Dan kita ke liga kandang mereka. Sedangkan pemain kebangsaan mereka pun banyak berkelana ke Liga Indon.

Mungkin FAM nakkan Anak Singapura-pura mampu meningkat setapak lagi hebat dari Harimau Muda..kan...

Dah nampak sape yang untung dan sape yang rugi kan...kan..

Itu dari sudut pembangunan. Dari sudut lain, keuntungan $$$ yang dikaut dari kedatangan penonton. Ye walaupun tahap keghairahan rakyat Malaysia terhadap MSL tidaklah segah Indonesia, tapi jumlah kedatangan penonton ke stadium dalam aksi MSL adalah lebih meriah dari Liga S yang hanya didatangi kaum keluarga pemain sahaja. KAH KAH.....

Tak tau laa apa yang pegawai FAM fikirkan. Dan tak tau laa jugak kalau ada keuntungan di pihak kita disebalik rancangan ini. Wa tabik 135 kali kat Wisma FAM kalau langkah ini memberi impak besar terhadap HM...haha

Yang pasti, keputusan ini wa nampak berkisar kepada keputusan drastik dari minda berkelas kepala lutut !

Tuesday 12 July 2011

Pahang sah dihumban ke Liga Perdana

KHABAR DARI WISMA FAM KELANA JAYA.

Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Liga Super sebentar tadi memutuskan bahawa pasukan paling kebal abad ini PAHANG akhirnya sah diturunkan pangkat ke Liga Perdana setelah menduduki 2 tangga akhir bersama-sama Perlis.

Berikut merupakan beberapa keputusan yang dibulat suara untuk Liga Super 2012;
  • PAHANG, PERLIS ke Liga Perdana.
  • PKNS dan SARAWAK menarik nafas lega, kerana penat lelah mereka berbaloi. Layak ke LIga Super 2012.
  • Harimau Muda A akan bermain di Liga Singapura, sementara tempatnya dalam Liga Super Malaysia akan digantikan oleh Singa Muda atau Young Lion Singapore.
  • Khidmat pemain import DIBENARKAN, dengan kuota 2 orang untuk setiap pasukan.

Selamat kembali Awang Import.
Selamat kembali ke Liga Super untuk Sarawak.
Selamat Datang ke Liga Super untuk PKNS dan Young Lions.

Friday 1 July 2011

Persib Intai Safiq


Khabar dari seberang. sini
Kelab tersohor Liga Super Indonesia, Persib Bandung FC dikhabarkan akan memancing kapitan Harimau Malaya, Safiq Rahim untuk menghadapi musim 2011/12 yg akan bermula Julai nanti.

Jika ini perpindahan ini menjadi kenyataan, Safiq akan menjadi pemain kedua Malaysia yang 'merumput' (bak kata orang indon) di liga tanah seberang sana..

ALL THE BEST !

Friday 24 June 2011

KITA 12 TERBAIK ASIA


23 JUN 2011, sejarah besar tercipta di bumi Malaya. Monumen SUKOM 98 menjadi saksi kebangkitan dan penyertaan Malaysia sebagai antara kuasa baru bolasepak Asia.

Meremang bulu roma, bergetar biji mata dapat menikmati saat indah wisel penamat ditiup sang penguasa ditengah padang sekaligus mengesahkan penyertaan Malaysia ke dalam kelompok 12 Asia.

Daripada 46 negara Asia dalam AFC, kita 12 terbaik.. Memang terbaik !!!!


wajah wira-wira muda Malaysia di laman web AFC.

SEMOGA KITA MAMPU MENCIPTA SEJARAH YANG LEBIH BESAR...

OLIMPIK LONDON !

Saturday 2 April 2011

Stadium Sultan Mohamad IV Venue Pra-Olimpik ?


KAFA melalui Presidennya, Tan Sri Annuar Musa hari ini menyatakan keinginan dan hasrat untuk membawa perlawanan kelayakan olimpik menentang Lebanon Jun ini ke Kota Bharu...


Tunggu je nanti ye...

Monday 24 January 2011

GELORA KOTA BHARU | Satia Letak Jawatan


Sehari selepas pengumuman tajaan bernilai jutaan ringgit kepada skuad The Red Warriors, persiapan Kelantan menghadapi perlawanan Sumbangsih Liga Super 2011 dikejutkan dengan berita perletakan jawatan ketua Jurulatih, B. Satianathan berkuatkuasa serta merta (info dari INFOSUKAN Tv1). Perletakan jawatan Satia ini disebabkan oleh keputusan Jawatankuasa Disiplin FAM yang mengumumkan pengekalan hukuman gantung 6 bulan kepada bekas jurulatih kebangsaan itu kerana mengkritik badan induk bolasepak Malaysia pertengahan tahun lalu.

Di saat Kelantan bersiap sedia melangkah ke padang menghadapi sesuatu kejohanan, cerita duka perletakan jawatan jurulatih seperti sudah menjadi satu badi buat skuad yang dahulunya dikenali dengan jolokan Kijang Emas ini. Untuk rekod, pada tahun 2008, jurulatih pasukan Norizan Bakar meninggalkan Kelantan beberapa hari sebelum bermulanya sepak mula Piala Malaysia. Skrip yang sama berulang setahun kemudian apabila jurulatih, Peter James Butler meninggalkan pasukan secara mengejut, juga beberapa hari sebelum Kelantan memulakan kempen Piala Malaysia 2009.
Di saat bahang pertembungan di Shah Alam 29 Januari ini semakin panas, berita perletakan jawatan ini nyata menambahkan lagi gelisah dalam kalangan peminat tegar The Red Warriors, apatah lagi skuad ini sebelumnya turut dilanda kontroversi perpindahan 'haram' beberapa pemain berstatus bintang, masih lagi belum mencapai jalan penyelesaian.
Pemimpin nombor 1 bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa juga tidak terkecuali merasai kegelisahan ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau melalui laman Facebook rasmi miliknya, beliau nyata kecewa dan dukacita dengan perkhabaran terbaharu ini. Tambahnya, apakah seperti suatu kebetulan setiap kali kita menghadapi sesuatu kejuaraan, kita terbeban dengan masalah yang berat. Namun, beliau meminta semua pihak bertenang kerana menurutnya Satia masih belum meletak jawatan secara rasmi.
Apa pun, kami berharap, isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar persiapan yang telah disusun tidak hancur begitu sahaja. Dan kepada Jawatankuasa Disiplin FAM, insaf-insaf lah. Orang tu kritik sikit je, terus kau hancurkan karier orang tu...
FAM..... RAKYAT SUDAH MULA MENERIMA KALIAN, TAPI KALIAN MASIH CUBA MENGULANGI RENTAK LAMA. BERUBAHLAH !!!!

Thursday 13 January 2011

Durian Runtuh Untuk HARIMAU MALAYA


Kerajaan hari ini mengumumkan durian runtuh, RM 50 000 saham Amanah Saham Wawasan dan RM 15 000 tunai kepada setiap seorang pemain dan Jurulatih skuad Harimau Malaya yang menjulang Malaysia sebagai juara baru Piala AFF Suzuki baru-baru ini.
Merayau-rayau di beberapa forum, ada laa sorang dua yang mempertikaikan kenapa kerajaan terlalu memanjakan bolasepak. Bolasepak kita baru juara Asia Tenggara, sedangkan kita ada juara dunia basikal, skuasy, badminton, boling padang. Kenapa mereka semua dipandang sebelah mata aje????
Jawapannya senang;
MAMPUKAH SUKAN SKUASY atau BOLING MAMPU MENARIK PENGLIBATAN 100 000 RAKYAT DI VENUE PERLAWANAN/PERTANDINGAN SEPERTI MANA YANG MAMPU DILAKUKAN OLEH BOLASEPAK....

Monday 3 January 2011

2010 Yang Gemilang

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan salam tahun baru 2011. Seperti yang semua pihak sedia maklum, 2010 sudah kita tinggalkan, tinggalkan bersama banyak kenangan manis. Pastinya kejayaan pasukan bolasepak Malaysia menguasai pentas bolasepak Asia Tenggara akan terus dikenang sebagai pencapaian terbaik Bolasepak Malaysia di zaman moden ini.
Dan...
Pemimpin sukan yang paling berjaya 2010 ialah TAN SRI ANNUAR MUSA.

sebabnya, kerana beliau naik ke podium KEJUARAAN sebanyak 2 kali..
Di pentas kejuaraan, menjulang Piala Malaysia bersama The Red Warriors buat kali pertama dalam sejarah.
Di pentas kejuaraan, menjulang Piala AFF bersama Malaysia buat kali pertama dalam sejarah.



Tuesday 28 December 2010

MADE IN MALAYSIA

Tak perlu lagi memandang ke luar sana, tak perlu lagi berbicara tentang kehebatan Red Star Belgrade, Beksiktas, Aremania dan sebagainya.
Bumi MALAYA sudah punyai produk tersendiri....






Thursday 16 December 2010

Lensa Ultras Malaya





foto-foto oleh : Aidil Rizal, Azri Jefril, Fadzli Deto, Safwan Fikri


15 Disember 2010 mencipta sejarah.
Sejarah menundukkan Vietnam 2-0, dan sejarah penting buat ULTRAS MALAYA, atmosfera yang dicipta malam semalam adalah yang terbaik sejak 3 tahun penubuhan.
Terima kasih kepada yang turut serta menumbang tenaga, bergabung menaikkan suasana sedemikian...
Jumpa lagi, Final mungkin.....

Sunday 12 December 2010

Malaysia Tak Perlu Awang Import - Shabery Chek

Dalam berita 2 3 hari lepas, Menteri Belia dan SUkan, Datuk Ahmad Shabery Chek berkata, keghairahan pasukan dari Asia Tenggara mendapatkan khimat pemain import tak perlu dituruti oleh Malaysia. Menurut beliau, gesaan dari peminat untuk mendapatkan khimat pemain asing (merujuk kes Brendan Gan) tidak perlu dilayan kerana adalah lebih manis kita menggunakan khidmat anak tempatan.

Nampaknya, pak menteri mungkin keliru dalam kes nih. Kalau pemain IMPORT, tengok singapura. Ambik pemain yg tah dari mana, takde kene mengena, terus diberi kerakyatan untuk menyarung jersi Singapura. Itu dipanggil NATURALISASI PEMAIN. Kalau FAM nak import pemain macam tu, aku pun tak setuju.

Dalam kes Brendan Gan, ia BERBEZA.. Brendan bukan mahu diimpot tapi dipanggil balik, kerana menurut undang-undang FIFA, Brendan layak menyarung jersi Malaysia kerana ada pertalian darah dengan negara ini (bapanya dilahirkan di Negeri Sembilan).

*Ramai yg tak paham undang2 FIFA. Kalo kalian nak paham, try main game FOotball Manager. haha, master benda tu, korang tau laa selok belok pengurusan bolasepak.. 90% sama dengan dunia realiti..


Thursday 9 December 2010

Brendan Sedia Dipanggil...


While his hopes of playing for Australia are unlikely to be realised any time soon, Gan's prospects of playing for Malaysia (through bloodlines) are being boosted by the locals who have identified him as a strong prospect for the Tigers.

''My inbox [on] Facebook is overflowing with messages from Malaysian fans who want me to come and play for them,'' he said. ''There's been no contact so far from the Malaysian FA but I'd definitely be open to it.''

Tuan punya badan dah bersuara. Pentadbir bila nak mula???
Kata-kata dari Brendan Gan tu bukan aku yg reka-reka, bukan juga utusan malaysia atau berita harian yg tulis. Tu adalah berita dari akhbar Australia...

sumber : SURAT KHABAR AUSTRALIA

Wednesday 1 December 2010

Misi Bermula..


Malam ini, bermula satu cabaran baru, cabaran sebenar untuk anak-anak buah K Rajagobal membuktikan kejaguhan di rantau ini sesudah membuktikannya pada peringkat bawah 23 tahun di Sukan Sea yang lalu.

Skuad kita bertandang ke Jakarta dalam keadaan tempang, dan terpaksa pula mengharungi gelora Bung Karno yang memang terkenal dengan 'gelora'nya.

Ayuh Amri Yahyah...
Sepertimana pernah kamu perbudakkan Edwin Van De Sar satu ketika dulu, Markus Horisson mungkin mangsa seterusnya malam ini. Ulangi kegemilangan, pimpinlah adik2 harimau itu sebaik mungkin.
InsyaAllah kemenangan di pihak kita.

Apapun yang terjadi,
MALAYSIA TETAP DI HATI !

Monday 29 November 2010

Brendan Gan | Masa Depan Malaysia?

Brendan Gan, pemain Liga Australia berusia 22 tahun ketika ini sedang beraksi bersama kelab professional negara itu, Sydney FC. Dilahirkan di Australia tetapi bapanya, adalah rakyat Malaysia dilahirkan di Negeri Sembilan.

Khabar dari laman sosial, Facebook menyatakan yang beliau berminat untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia seandainya mendapat tawaran. Kata sumber utusan;

Selain itu, Azzuddin berkata FAM mempunyai perancangan untuk berjumpa wakil Brendan Gan, 24, yang difahamkan berminat mewakili Malaysia di pentas antarabangsa sekiranya diberikan peluang.

''FAM akan usahakan dalam masa terdekat menemui Brendan, namun ia perlu mendapat makluman Jawatankuasa Teknikal terlebih dahulu dan mendapat perkenan Presiden, Sultan Ahmad Shah.

''Banyak perkara perlu kami teliti terlebih dahulu seperti profil dan laporan prestasi Brendan sebelum kami mengemukakan tawaran bermain bersama skuad kebangsaan, '' katanya.

Profil, laporan, prestasi????
Sudah sah la dia ni bagus, kalo dia tidak bagus mestilah dia ada kat Malaysia sekarang ni. Main dengan Felda United atau Sinar Dimanja Maisarah FC.

PERATURAN

Mengikut undang-undang FIFA, seseorang pemain bolasepak profesional layak bermain untuk negaranya, negara kelahirannya, atau negara kelahiran ibu atau bapanya.

Seseorang pemain profesional juga layak bermain di sebuah negara lain melalui proses naturalisasi atau proses pengurniaan kerakyatan oleh kerajaan kepada pemain tersebut.

Pemain layak mewaliki negara baru dengan syarat, pemain tersebut masih belum mewakili sesebuah negara dalam mana-mana perlawanan antarabangsa kelas A. Sekiranya pemain tersebut mewakili negara untuk perlawanan peringkat umur (contohnya bawah 19 tahun), pemain tersebut masih layak mewakili negara baru.

Dalam kes Brendan Gan, beliau layak terus untuk beraksi dengan Malaysia selagi beliau masih belum mendapat Cap bersama skuad kebangsaan Australia.

NATURALISASI SINGAPURA
Di rantau Asia Tenggara, Singapura merupakan negara yang aktif mengimport pemain dari luar negara untuk dinaturalisasikan kedalam skuad kebangsaan mereka. Pemain-pemain yang dinaturalisasikan Persatuan Bolasepak Singapura ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Singapura, sama ada ayah, ibu, atuk atau nenek. Mereka sebenarnya diberi kerakyatan oleh kerajaan Singapura untuk membolehkan mereka bermain dengan Singapura. Contohnya, Daniel Bennet dari England, Shi Jiayi dari China dan Aleksander Duric dari Yugoslavia.

YOUNGHUSBAND DI FILIPINA
Jika Malaysia berjaya mendapatkan khidmat Brendan Gan, proses kemasukan Brendan ke dalam pasukan kebangsaan Malaysia SAMA SEKALI tidak menyerupai tindakan Singapura. yang nyata menggunakan jalan pintas. Kaedah yang bakal digunapakai oleh kita mungkin akan menyamai proses yang dilakukan oleh Filipina ketika membawa masuk pemain muda Liga Inggeris ke dalam skuad kebangsaan mereka.

Philip Younghusband dan James Younghusband mulanya adalah pemain skuad Akedemi Chelsea. Kedua-dua beradik ini adalah rakyat kelahiran United Kingdom tetapi ibu mereka adalah rakyat kelahiran Filipina. Kewujudan mereka berdua dikesan oleh penggemar 'game Football Manager', lantas menghubungi Persatuan Bolesepak Filipina. Pihak Persatuan tidak menuggu lama, dan kini Younghusband bersaudara adalah pemain skuad kebangsaan Filipina.

PEMAIN ASING DALAM SKUAD GARUDA
Persatuan SepakBola Indonesia khabarnya kini sedang mengesan 46 orang pemain berdarah Indonesia yang kini sedang beraksi di Liga Belanda. Hasil pencarian, 3 orang pemain kini sudah sah menjadi milik Indonesia, Sergio van Dijk, John van Breukeling dan Irfan Bachdim.
2 daripadanya dikhabarkan bakal memperkuatkan cabaran Indonesia untuk Piala AFF /Suzuki Diember nanti.

MASA DEPAN MALAYSIA
Andai benar kesudian Brendan pulang ke Malaysia, FAM seharusnya bertindak cepat. Jangan berulang kembali kes Shaun Maloney, pemain kelahiran Sarawak yang layak bermain untuk Malaysia. Tapi kini sudah menjadi milik Scotland sesudah pemain itu mendapat aksi kelas A bersama skuad kebangsaan Scotland.

Kepada FAM, bawa pulang Brendan secepat mungkin dan teruskan berusaha menghubungi darah-darah Malaysia yang lain yang khabarnya kini 2 orang berada di Liga Jepun, dan beberapa nama lagi di Liga Championship Inggeris...

Sunday 28 November 2010

Medan Maruah atau Pengalaman?

Beberapa hari lagi, Skuad Harimau Malaya akan memulakan misi getir untuk menjinakkan Sang Garuda di Stadium Bung Karno.

Bertandang ke bumi Indonesia, Jurulatih K. Rajagobal tika ini tentunya pening kepala berhadapan krisis kecederaan dalam kalangan pemain utama Malaysia. Hakikat ini diakui sendiri oleh beliau dalam temubual oleh Harian Metro...

“Sekarang, saya terpaksa gunakan apa saja yang ada. Ini juga peluang terbaik buat pemain Harimau Muda membuktikan kemampuan dan saya berharap pemain muda yang diturunkan nanti dapat menggunakan aksi Piala Suzuki sebagai medan untuk menimba pengalaman,” katanya. (K. RAJAGOBAL) -metro
Medan menimba pengalaman???
Sukar sebenarnya menerima kenyataan sebegini walau kita semua tahu dan sedia maklum keadaan yang melanda pasukan kebangsaan sekarang.
Sudah banyak edisi sebelum ini yang kita gunakan sebagai medan menimba pengalaman. Kali ini, bukan lagi tempatnya. Kali ini adalah medan menjulang maruah negara. Status sebagai Juara Sukan Sea merupakan satu kelebihan buat kita. Disitulah sebenarnya pengalaman kita.

Ayuh Harimau. Bangkitlah segera...
Aku yakin dan pasti, tahun ni kita mampu.
Mampu melakar sesuatu.
Mampu mengukir gemilang.
bukan sekadar pengalaman untuk pelajaran.......

Sunday 14 November 2010

Ben William -Ref Gred Double D


Satu Malaya sudah tonton tibi, menyaksikan gelagat Ben William di tengah padang. Sesuai dengan namanya pengadil, beliau sepatutnya bersikap adil bukan?

Takpelah, kalau itu yang dimahukan tuan rumah China. Sangat terdesak untuk menang kerana menyedari skuad Malaysia bukan calang-calang pasukan. Barisan yang bukan senang untuk diperbudak-budakkan.
3 layangan kad merah, dan hampir semua pemain menerima layangan kad kuning. 3 bola mati hadiah dari Ben William memberi 3 gol ihsan kepada China.

Untuk pengetahuan semua, malam ini bukanlah malam pertama Ben William menaikkan darah rakyat Malaysia. Tanggal 21 Januari 2009, Ben telah menaikkan darah hampir 10000 rakyat malaysia di stadium Cheras, Kuala Lumpur dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang UAE. Malaysia tewas akibat percaturan pengadil. Tindakan tak masuk akal, ketika memberikan penalti untuk gol pertama UAE. Tindakan berat sebelah pengadil dari Australia ini menyaksikan padang stadium Cheras dhujani botol minuman, selipar jepun dan juga bungkusan nasik yg masih belum dijamah.

Malam ni, Ben mengganas lagi. Pengadilan yang sangat teruk mutunya. Namun begitu, sekalung tahniah buat barisan Malaysia yg mampu mengimbangi rentak lawan walaupun beraksi dengan 8 orang pemain berbanding China yang bermain 13 orang (11 pemain, 1 pengadil & penyokong).

Andai padang sama rata, kekuatan sama seimbang, aku yakin perlawanan tadi mampu dimenangi oleh Malaysia.

Syabas juga buat pemain dan barisan kejurulatihan yang menunjukkan kematangan dan sikap profesional yang tinggi walaupun tertekan dengan tindakan pengadil...

Apapun, kita layak ke pusingan kedua, 15/11/10 menentang Iran.

Tuesday 26 October 2010

KL PLUS TARIK DIRI LIGA M 2011?


Info dari FB pengulas sukan RTM, Hafizal Hamad menyebut "KL PLUS FC SAH TARIK DIRI LIGA M 2011".
Macam dah jadi satu fenomena. Setiap tahun ada pasukan kelab baru muncul dan setiap tahun juga ada pasukan kelab yang mengibarkan bendera putih dari saingan liga bolasepak negara.
Sebelum sepak mula Liga M 2010 sahaja, 3 pasukan telah terkubur. MyTeam FC, PROTON FC dan NAZA FC.
Sebelum tu tak payah cakap la. MPPJ FC, MK LAND FC, MP SELAYANG FC, NS CHEMPAKA FC, KL MALAY MAIL FC, PUBLIC BANK FC....

Kenapa?
Sebab tak mampu nak hidup. Penyokong tak ade. Lantas syarikat yg memegang pengurusan kelab-kelab sebegini berasakan takde pulangan dalam pelaburan mereka melalui bolasepak.
Kenapa takde fans?
Sebab nama kelab pun takde nilai langsung untuk mewakili komuniti/masyarakat sebagai penyokong.

SENSE OF BELONGING !

Dan sekarang Johor FC masih unggul bersaing dalam liga. Kenapa JFC masih hidup?
sebab
SENSE OF BELONGING !

dan Johor FC akan terus hidup JIKA tiada campur tangan politik bersifat hasad dengki yang bakal menguburkan mereka nanti.

Jika sah KL PLUS FC tutup buku, kita hanya menunggu siapa lagi selepas ini....

FELDA FC?
SIME DARBY FC?