Tuesday 6 January 2015

REAL MULIA FC

Kroni Bola Malaya mendapat berita kemunculan satu lagi kelab baru untuk memeriahkan arena bolasepak Malaysia. Kelab milik putera raja, REAL MULIA nama diberi.

Kelab milik Tengku Fadh Muazam Shah, putera kepada Sultan Pahang ini akan memulakan perjalanan mereka dalam kancah liga Divisyen 3 negara iaitu Liga FAM. Memulakan pendakian dari divisyen profesional terbawah, kelab ini nampaknya mahu pergi jauh. Tengok saja lah pemilihan barisan kejurulatihan mereka. Bukan calang-calang nama. Aliastar Edward sebagai Pengarah Teknikal dan jurulatih otai Yunus Alif. Selamat maju jaya kepada Real Mulia FC, semoga berjaya dan semoga kalian tukarlah logo tu ye. malu kokram tiru sejibik sejibik.. dushhh !