Friday 31 October 2008

Artikel lama

keratan akhbar 13/7/2007....

ruangan forum utusan malaysia dimana komen sangkunang selepas kekalahan malaysia 5-1 kepada China dalam saingan Piala Asia telah disiarkan.

saje je,
nak up cerita lama

Thursday 30 October 2008

Jati Diri ???

oleh : Sapix
30 Oktober 08

Thread pilihan (harimaumalaya.com)
Perdebatan tentang jati diri rakyat Malaysia di stadium...

Soalan;
Adakah wajar skiranya kita sbagai pnyokong bolasepak MALAYSIA memakai jersi team laen smasa mmberikan skongan kpda MALAYSIA?? contohnya, smasa MALAYSIA Vs CHELSEA di shah alam aritu..ak rse skit mta r ble tgk org2 kte pkai jersi CHELSEA..ini mnunjukkan mreka tdk support bola sepak tanah air.. -marsteenagers
.........................................................................................................

Jawapan pilihan;

1. Pendapat peribadi : tak wajar
Pendapat umum: terpulang kepada mereka kerana mereka menggunakan wang sendiri untuk membeli jersi tersebut..
Oleh kerana itulah Harimau Malaya diwujudkan...untuk mengembalikan semangat sayangkan pasukan negara lebih daripada pasukan luar... -ultramanzye

2. mungkin diorg rasa berbelah bagi kot...diorg pn fan chelsea...hahaha...amek contoh kalo team EPL yg korg sokong datang cni, msti rasa berbelah bagi gak...mesti rasa nk pkai jersy diorg...tp yg pnting HATI tetap pada Malaysia... -keypadlock_rimaumuda

3. x wajar lgsg, diorg tu org mane? klu btol2 org malaysia mesti ada jersi malaysia, alaar stakat rm30 jual kt stadium pn dh ok, nk buat ape beli jersi chelsea rm 200 lbh tp bila tanya jersi malaysia xde, ape ni? korg org mane? i.c malaysia gak, blagak poyo jd fan chelsea, chelsea dtubuhkn taun brape pn x tau nk poyo, stakat sokong chelsea masa stat abramovic beli club tu baik x payah, x kisahla nk sokong chelsea ke liverpool ke, yg penting jersi malaysia gak kebanggaan rakyat negara, banggalah pakai jersi malaysia drpd bangga pakai jersi yg ada nama ronaldinho kt blkg baju tu, harimau malaya.com ni pn patut adakan kempen beli jersi malaysia. renung2kn n slmt bramal. -ijoy83

4. sebelom world cup 2002, pasukan brazil mengadakan perlawanan persahabatan dengan malaysia di stadium bukit jalil.
tp yg paling menyakitkan hati aku,
ada laa sekumpulan penyokong berwajah nusantara, bertubuh asia, dan berkata-kata dalam bahasa melayu terkinja-kinja melompat kegirangan sambil mengibar-ngibarkan bendera brazil
orang2 yg mengibarkan bendera asing tu sedarkah?
kita orang malaysia mengibarkan bendera brazil...
x pernah terpikir ke,
ada x orang brazil yg sudi mengibarkan bendera kita??????
ada orang luar sudi pegang jalur gemilang kita?
pikirkan - sapix

5. Nak bandingkan chelsea vs malaysia mcm kurg seswai je. Chelsea tu kelab.
tp lwn brazil mmg tak patut r pkai jersi brazil, sbb brazil tu mmg lawan kita, negara kan.
aku pon serba salah gk nk pkai jersi pe mase game chelsea tu. akhirnye, untuk adil, jersi malaysia kaler biru!!
Baju je biru, hati malaya.. lagipon time tu fan excited giler tgk malaysia main beb..
pakai jesi chelsea pon, smangat sokong malaysia time attack.
wassalam.. - peq

6. bagi aku...dengan memakai jersey malaysia ini adalah satu langkah pertama yang mampu melonjakkan semangat player...kalau player masuk stadium..skali stadium penuh ngan fan yang pakai jersey malaysia dan berjiwa malaysia....tapi palayer takkan tau kalau korang kata dalam jiawa korang tetap malaysia...ini semua akan memberi kesan keatas motivasi player secara tak langsung...so pendirian aku tanpa kompromi - shutup

7. topik yang bagus..aku dah lama hairan bin ajaib dgn rakyat malaysia...apa nak jadi
Malaysia lwn Manchester ke...Malaysia lwn skolah kebangsaan arau ke...malaysia lwn brazil ke...malaysia lwn kilang papan Lee ke...bagi aku jersi yang patut di pakai adalah jersi Malaysia...takde langsung bab berbelah bagi nih...
Sebab ape team EPL suka dtg Asia? terutama Asean, hong kong etc...sebab diorang tau fan based kat sini ramai n ramai yang akan support team diorang bila g stadium...inilah satu bentuk penjajahan baru yg kita x sedar...
Bagi aku...aku dilahirkan di Perlis Malaysia...maka aku hanya ada 2 team yg aku sokong sampai mati...Perlis dan Malaysia...kalau aku berhabis duit beli jersey ke pegi stadium ke amik cuti keje semuanye bebaloi sebab puas dapat menyokong pasukan tanah kelahiran aku!
Kalau aku sokong Manchester United ke Chelsea ke Bayern Munich ke...ape aku dapat? apakah kelab2 boleh mendatangkan rasa bangga dalam hati aku? adakah kelab2 ni bagi surat ucap terima kasih kat aku? Bukan x boleh sokong...sokonglah team mane pun yg korang suka...tp jgn lah sokongan tu melebehi sokongang korang terhadap malaysia?
Ini pendapat peribadi...x ditujukan kpd sesiape pun...
Negaraku...Tanah Tumpahnya Darahku...Rakyat Hidup Bersatu dan Maju...
- al-tasnim

pendirian adalah hak peribadi. fikir-fikirkan.....

Tuesday 21 October 2008

Langkahan Bergaya Menuju Jaya

Oleh : Sapix SangKunang,
21 Oktober 08


Persaingan peringkat kumpulan untuk Pestabola Merdeka 08 sudahpun tamat. Malaysia melangkah ke separuh akhir dengan langkahan yang amat bergaya. Tundukkan Nepal 4-0, membelasah Awang Hitam Sierra Leone 4-0, dan mengajar Afganistan 'how to play football' 6-0.
dengan 3 kemenangan besar ini, Malaysia menerajui kumpulan A dengan 9 mata, 14 jaringan dan masih mengekalkan rekod bersih gawang tidak dibocori.

Namun, kemenangan bergaya ini masih belum mampu menutup mulut pengkritik-pengkritik setia pasukan negara yang tidak putus-putus mengeluarkan kata-kata 'bernas' mereka tidak kira apa jua keadaan, menang atau kalah, masih setia bersama skuad kebangsaan untuk mengkritik!

jika Malaysia kalah, semua sudah sedia maklum, yg kritikan diterima setinggi gunung kinabalu, melepasi sempadan keamanan, menjangkaui garisan cakerawala. ingatkan sudah menang pujian yg mendatang dan mengganti tempat. rupa-rupanya tidak sesekali. kritikan masih datang.
jika kalah dikatakan kita pasukan lemah, bodoh, macam budak sekolah dan bermacam gelaran. sudah menang dikatakan pula menang nasib, menang atas padang hodoh, menang dengan pasukan bawah umur, lawan tidak hantar pasukan utama, dan lawan dari pasukan yang bertaraf rendah.

abang oi! kita ingat kita ni pasukan bertaraf tinggi ke? nak tunggu kita tumpaskan Brazil dulu baru nak puji ke? tp jangan risau laa peminat setia. kita menang lawan pasukan bertaraf tinggi pun masih ada yg mengkritik. imbas kembali perlawanan malaysia menentang chelsea beberapa bulan lepas. kita kalah 2-0. ramai yang kata chelsea tidak main bersungguh2. apa yg x bersungguh??? kalo x bersungguh xdenye si Deco tu shoot kat keeper kita macam torpedo, xdenye si scholari tu marah2 kat player die. xdenye dia blame mcm2 lepas abis game.kenapa x sengih je??

berbalik pada soal taraf. kita ingat kita punye ranking sangat hebat ke berbanding pasukan yang datang? ukur baju di badan sendiri laa. meh nak tunjuk, kalo saudara saudari pengkritik rajin2kan diri tgk web FIFA ranking, tgk dimana malaysia.
dalam sistem ranking tu dia buat 4 page. page 1 memang otai bolasepak dunia, 2 pun diisi negara2 yg kerap keluar masuk piala dunia dan kejohanan2 utama benua masing2. page 3 bertaraf sederhana dan pasukan kita berada di page 4 dan terakhir. untuk pengetahuan semua, pasukan2 yg dijemput menyertai pestabola kali ni, kebanyaakkannya diisi oleh team di page 4. kecuali Sierra Leone di page 3 berkedudukan 133 dunia.
sampai x apa yg dimaksudkan?

x? ok, tidakkah anda berbangga selapas malaysia berjaya mengatasi negara2 yg setaraf ni? lihat dalam2 brader.lihat dalam-dalam. ini membuktikan yg kita sudahpun improve berbanding mereka dan kita dalam proses mencari lorong melepaskan diri dari kelompok page 4. berdasarkan perlawanan kumpulan pestabola kali ni. kita sudah berjaya. jika 2 3 tahun lepas, menentang negara2 setaraf pun, kita semput, kali ni kita x semput lagi.

jika brader-brader pengkritik ke stadium menyaksikan sendiri corak permainan malaysia sepanjang pestabola, nyata sudah nampak perbezaannya. pemain kini sudah memiliki apa yg dikatakan 'football sense'.. jika anda peka dan perhatikan, 2 3 tahun sebelom ni, corak permainan malaysia amat membosankan dengan larian2 perlahan dan taktik mengebom sering digunakan. mengebom merujuk kepada pemain yg suka sepak x tentu hala tanpa target yg khusus. jika diperhatikan juga, pemain posisi defender pada masa dulu hanya berpegang pada nama posisinya iaitu defend. defend je, bola datang sepak, bola masuk buang, bola mari lagi tummm, sepak je keatas nuu.. pandai-pandai laa stirker cari bola sendirik.keje aku dah setel...
tp sekarang tidak. defender malaysia pada hari ini bukan saja bertindak sebagai defend their area, tp defender sebagai feeder. maknanya, tugas mereka sebenarnya memudahkan tugas pemain tengah untuk menyediakan umpan berguna untuk dimanafaatkan oleh striker. itu yg aku nampak hari ini. kemunculan pemain pertahanan seperti aidil zafuan, asrarudin putra yang memiliki kepantasan larian kebijaksanaan kawalan serta ketenangan membuatkan barisan hadapan kita lebih senang mencetak gol.
malaysia menuju bolasepak moden.
InsyaAllah.....

moga2 malaysia mampu bergelar juara sekali lagi tahun ni.
zzzzzzzzzzzz, lain kali cerita lagi.