Tuesday, 29 December 2009

Liga Malaysia & Penaja

Umum mengetahui, sejak berakhirnya jodoh DUNHILL dengan FAM, lembaga pemerintah bolasepak negara kini sering sengkek. Kesengkekan lembaga ini sekaligus turut memberi kesan kepada pasukan-pasukan lain yang memilih untuk beraksi dalam liga seliaan lembaga bolasepak itu. Untuk maklumat yg kini tinggal sejarah, DUNHILL menyumbangkan RM30 juta setahun kepada FAM untuk diagihkan kepada pasukan2 yang bermain dalam liga M sebagai geran tahunan dan jumlah itu amat besar dan melayakkan nama DUNHILL tertera pada dada setiap pemain yang beraksi dalam Liga M.

Kini, setelah kerajaan mengharamkan pembabitan syarikat tembakau dalam sukan, FAM seperti hilang dompet. Mujurlah datang TM (Telekom) sebagai penyelamat. Ramai yang mengatakan TM adalah penyelamat. Tapi jumlah RM8 juta setahun yang disumbangkan TM adalah satu jumlah yang kecil untuk sebuah perjalanan sebuah liga profesional. Lalu aku berfikir, layak ke TM diletakkan pada dada setiap pemain. Dengan tajaan 8 juta dan bahagi pulak dengan semua pasukan yang bertanding, jumlah dana yang terima setiap pasukan adalah sekitar 200k-300k sahaja, satu jumlah yang kecil berbanding penaja utama yang diperolehi sendiri oleh beberapa pasukan.

Aku mengomel pasal penaja ni bukan apa. Tapi serabut tengok logo TM yg besar tu. Tambahan pulak musim 2010 ni pasukan kelantan menerima banyak tajaan antaranya ALHAMRA, SINAR HARIAN, & YUSMIRA TRADING. Bukan saja Kelantan, pasukan lain pun ada, contohnya Johor FC (Kulim Bhd & KFC), KL Plus (PLUS Bhd). Tak bolehkah kalau pasukan dalam liga Malaysia mengutamakan penaja sendiri pada jersi pasukan? Tak salah letak logo TM, tp kecik2 sudah ler. kat lengan ke, bahu ke. Biarlah yang ada penaja sendiri letak di depan...

*sedang membayangkan jersi kelantan 2010 yg dipenuhi logo penaja.......

3 comments:

Pak Man laksam said...

Ambo setuju!

saam said...

kawe pn setuju..

MR. BoLa said...

try tgk blog ni..
http://borakbolasepak.blogspot.com/