Wednesday 10 December 2008

Lelaki di IPTA/IPTS

by sapix sangkunang.

10 disember 08

Baru-baru ni, isu kekurangan billangan penuntut lelaki di IPTA ditimbulkan kembali. Kali ini di dewan mulia parlimen. Isu dibangkitkan oleh ahli parlimen Rembau, Yang Berhormat Encik Khairy Jamaluddin ketika bertanya soalan kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron.

Timbalan menteri itu menjawab walaupon kaum lelaki kurang di IPTA, namun kaum lelaki masih menguasai bidang pengajian peringkat doktor falsafah.

Untuk YB Khairy, sangkunang tolong jawabkan persoalan itu;

Sebenarnya, isu kekurangan lelaki di IPTA pada hari ini tidaklah perlu YB gusarkan mahupun ditakuti. Sebelum bertanya kenapa kurang, YB perlu menyelidiki faktor2 yang menyebabkan lelaki kurang di IPTA.

Pada pendapat sangkunang, lelaki kurang di IPTA bukan kerana lelaki kurang pandai semata-mata. Tapi perlu dilihat dalam sudut serta faktor yang luas lagi.

Pertama, IPTA dikuasai kaum perempuan kerana pemilihan untuk mendapat tempat dalam institusi itu lebih memihak kepada perempuan kerana sistem pendidikan kita yang masih ‘exam oriented’.

Sistem peperiksaan di peringkat sekolah adalah lebih kepada penilaian dalam dewan peperiksaan yang mana ia lebih menitikberatkan penguasaan memori calon berbanding kefahaman dan penguasaan amali. Oleh sebab itulah sistem ini lebih memihak kepada kaum perempuan yang kebanyakkannya berupaya untuk menghafal satu buku teks berbanding pelajar lelaki yang hakikatnya boleh melakukan perkara yang sama tetapi kurang sifat kerajinan berbanding kaum perempuan.

Jom selidik lagi kenapa lelaki kurang di IPTA.....

Institusi pengajian selepas SPM/STPM di negara ini adalah terlalu banyak merangkumi bidang kedoktoran, sektor awam mahupun yang yang terlibat dengan lapangan kemahiran, tidaklah tertakluk kepada universiti sahaja. Jadi kebanyakkan lelaki yang tidak diterima masuk ke IPTA ini menyertai institusi2 yang sejiwa dengan mereka seperti politeknik, kolej komuniti, pusat giat mara, institut latihan perindustrian dan banyak lagi.

Jadi, pernahkah kita terpikir, jika lelaki tidak memenuhi pusat2 sebegini, adakah kaum perempuan akan berbondong-bondong memenuhinya???

Sanggupkah kaum perempuan berkecimpung dalam lapangan yg memerlukan mereka dicemari minyak2 hitam enjin kenderaan, lori bas kontena, serta dibakar kulit dek terik panas mentari?

Satu lagi,

Walaupun kaum lelaki tidak ramai yang menyertai IPTA, tak bermakna mereka tidak berguna kepada negara. Jika tidak menyertai institusi2 kemahiran, ramai kaum lelaki akan menyertai pasukan2 keselamatan negara spt tentera, polis, maritim, bomba, kastam, imigresen dan sebagainya. Perempuan pun ada turut serta tetapi tidak ramai jumlahnya jika nak dibandingkan dengan populasi mereka diperingkat belia muda. Jadi jika kekurangan lelaki di IPTA dipersoalkan kenapa kekurangan perempuan dalam bidang2 sebegini tidak dipersoalkan walhal khidmat mereka pun diperlukan juga dalam bidang2 tersebut.

Hmmm, terfikir jugak sangkunang. Kalau terlalu ramai lelaki masuk IPTA/IPTS, sape laaa yang nak tolong kejar mat rempit malam2, sape laaa yang nak siram rumah terbakar, sape laaa yang nak tembak menembak dengan pengedar dadah, sape laaa yang nak jadi posmen hanta surat rumah ke rumah, sape laa nak jaga sempadan, sape laa, sape laaa.....

Cuba terbalikkan keadaan dan berfikir sejenak...Lelaki memenuhi IPTA/IPTS sementara pasukan2 keselamatan negara, bengkel lori bas keretapi, serta tukang-tukang besi keluli, dimonopoli kaum wanita.....

*setiap makhluk Allah punya peranan masing2 hatta seekor nyamuk sekalipun.

sekian

Monday 1 December 2008

BERJAYA ATAU BERAKHIR.........

Bermula 5 Disember ini skuad bolasepak kebangsaan yang berjersi baru bakal menggalas tugasan penting iaitu Piala Suzuki/AFF di Phuket sesudah dipindahkan dari bandaraya bergolak Bangkok, Thailand. Seminggu sebelum bermulanya kejohanan terbesar ASEAN ini,Timbalan Presiden FAM, Encik Khairy bin Jamaluddin sudahpun memberi kata dua kepada pengendali skuad kebangsaan, B. Satianathan supaya membawa pulang keputusan terbaik yang menjadi ukuran kepada kesinambungan kontraknya yang bakal berakhir tidak lama lagi. Keputusan terbaik yang dimaksudkan calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu tidaklah dijelaskan secara terperinci, sampai ke mana, juarakah, membelasah lawankah berkilo-kilo kah, mengekalkan rekod tanpa boloskah,mendapat anugerah jersi terchantekkah...????
Di pihak satianathan, yang terbaik itu sudahpun difahaminya. Apa lagi yang terbaik kalau bukan juara. Takkan laa kandas di peringkat kumpulan dikatakan terbaik. Kalau juara adalah maksud ahli parlimen Rembau itu, sudah pasti beratlah bebanan Satianathan untuk merealisasikannya namun ia bukanlah satu kemustahilan yang harus diwaswaskan.
Skuad Harimau Malaya diletakkan sekumpulan bersama Loas, Vietnam dan tuan rumah Thailand. Atas kertas, nampak Malaysia mungkin mudah menundukkan Laos, tapi berdepan laluan getir menentang Vietnam dan Thailand. Namun jika dilihat prestasi semasa, kekuatan Malaysia, Vietnam dan Thailand adalah agak setara. Begitu juga dengan pasukan pilihan yang menghuni kumpulan yang satu lagi, Singapura, Indonesia dan Myanmar. Cuma apa yang mungkin membezakan kesemua pasukan pilihan ini ialah semangat juang. Mungkin skuad kita agak ketinggalan dari segi semangat juang jika nak dibandingkan dengan Indonesia dan Thailand.
Walau bagaimanapun, skuad malaysia kali ini dianggap dan dilihat lebih lengkap berbanding edisi-edisi sebelum ini. Dari segi persediaan misalnya. Jika sebelum ini, persiapan untuk menghadapi AFF sekadar seminggu dua, tapi kali ini agak berlainan. Skuad ini sudah disediakan sejak Ogos lagi iaitu pada perlawanan menentang Chelsea. Kemudian skuad ini berpesta di pestabola merdeka sebelum mengharung gelora Indochina menyertai piala jemputan Grand Royal Myanmar. Dan kemuncak persiapan, skuad Malaysia menentang Singapura di petaling jaya semalam yg berkesudahan rimau dan singa berkongsi mata 2 sama.
Seperti yang ditegaskan Khairy, semuanya sudah lengkap dan kemahuan jurulatih seperti menyudahkan liga lebih awal sudahpun ditunaikan. Kini untuk merealisasi, bukan lagi janji...
Kita mahu dengar sorakan kemenangan, bukan lagi alasan.....

SELAMAT BERJUANG WIRA-WIRA MALAYA!

Friday 28 November 2008

DATUK RAZALI ISMAIL - Perginya Seorang Patriot

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Itulah yang berlaku dalam arena pendidikan hari ini. Tarikh 28 November 2008 adalah satu tarikh yang bakal diingati oleh seluruh warga pendidikan di Malaysia. Tarikh di mana kita kehilangan seorang wira yang hampir seluruh hidupnya diabadikan untuk kemajuan dunia pendidikan di Malaysia- Datuk Razali bin Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Secara peribadi, sangkunang amat sedih dengan pemergian Allahyarham yang sangkunang sifatkan terlalu awal kerana arwah baru sahaja menduduki kerusi penting di kementerian dalam perjuangannya membela dan memajukan pendidikan di Malaysia. Namun, sudah jadi adat dunia setiap dari kita pasti akan kembali kepada-Nya.

Allahyarham merupakan idola sangkunang. Sesiapa yang mengenali sangakunang pasti maklum tentang hal ini. Sangkunang sudah mula mengenali Allahyarham semasa beliau menjadi Pengarah Pelajaran Terengganu lagi. Perjalanan karier pendidikannya merupakan faktor utama membuatkan sangkunang tertarik. Bagi sangkunang, beliau adalah orang yang tepat pada posisi yang tepat. Beliau adalah pemimpin kementerian yang berjiwa guru dan amat rapat dengan warga pendidik dan juga bakal pendidik.

Masih lagi sangkunang ingat, ketika baru sahaja diangkat menjadi Timbalan Menteri Pelajaran, beliau membuat lawatan ke Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa untuk bertemu mata dengan warga Institut Pendidikan Guru Malaysia. Dalam ucapannya, beliau menggunakan persembahan power point, satu teknik yang tidak digunakan oleh ahli politik mahupun menteri yang lain. Apabila ditanya mengapa beliau beliau berbuat demikian, Allahyarham menjawab “saya bukan menteri, saya adalah guru. Guru mesti melakukan yang terbaik untuk memberi kefahaman dalam penyampaian”...

Satu perkara yang menimbulkan kekaguman terhadap arwah ialah keupayaannya memberi ucapan berkenaan pendidikan tanpa menggunakan teks. Kali terakhir sangkunang bertemu arwah ialah pada 19 November 2008, ketika beliau merasmikan satu sidang konvokesyen J-QAF peringkat kebangsaan di Putrajaya dimana arwah berucap tanpa menggunakan teks dan sangkunang terperasan satu perkara. Apabila Allahyarham Datuk Razali Ismail memberi ucapan, semua hadirin dalam dewan khusyuk memberi perhatian dan sanak saudara yang berada di luar dewan turut khusyuk memberi perhatian kepada skrin televisyen yang menunjukkan arwah sedang memberi ucapan. Ada yang berdiri, ada yang duduk, tua muda termasuk para petugas berkerumun berdekatan skrin untuk sama-sama mengikuti ucapan arwah yang sangat bermakna. Situasi yang sama sekali berbeza apabila orang lain memberi ucapan pada sidang yang lain.

Pergimu satu kehilangan. Ya, memang kehilangan. Kami di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) amat berterima kasih dan terhutang budi diatas segala jasa dan pengorbanan Allahyarham Datuk sehingga terangkatnya taraf kami pada hari ini yang satu ketika dulu adalah Maktab Perguruan. Hasil inisiatif dan kerja keras Allahyarham Datuk sejak berada di posisi Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG) lagi, kami bakal pendidik hari ini menikmati segala kemudahan serta pengikitirafan yang bakal menyaksikan IPGM/BPG melahirkan ‘anak sulung’/guru berijazah pertama dalam 2 tahun lagi. Sayang, Datuk tidak berkesempatan untuk menyaksikan sejarah yang bekal tercipta hasil keringat Datuk itu.

Banyak lagi jasa Allahyarham semasa hayatnya dalam membina mercu anda gemilang arena pendidikan negara termasuk Projek Persiangan-Salinatan yang akan meninggalkan seribu satu kenangan serta kemajuan pendidikan untuk anak-anak di Sabah dan Sarawak. Arwah sangat serius dalam membela anak-anak yang berada di ceruk pedalaman dan berusaha menyamaratakan pendidikan sesama bandar dan luar bandar. Arwah bukan bercakap kosong. Arwah turun padang sendiri berakit, bersampan, mendaki bukit demi menjenguk anak-anak malaysia yang berada jauh di pedalaman Sabah dan Sarawak. Masih sangkunang ingat, satu lawatan arwah ke asrama sebuah sekolah di pedalaman sarawak. Arwah membuat lawatan mengejut di malam hari dan masuk ke dalam asrama yang serba daif. Satu tindakan yang mengejutkan pegawai-pegawai ialah, Allahyarham Datuk Razali mengucup dahi salah seorang kanak-kanak yang tidur tidak berbaju diatas lantai dan Allahyarham Datuk menarik selimut untuk menyelimuti budak tersebut. Ini mengambarkan Arwah amat dekat dan komited terhadap pendidikan negara.

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
15 menteri boleh kucari-ganti,
Tapi tak akan sama dengan Datuk Razali seorang....

Semoga Allahyarham Datuk Razali bin Ismail ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa disisi Allah.

Semoga rohmu tenang disana dan pergi sebagai seorang mujahid. Akan kami susuli perjuanganmu dengan ikhtiar ke arah masa depan pendidikan Malaysia yang lebih gemilang di masa hadapan. InsyaAllah........

Sunday 23 November 2008

Sangkunang Rempit KL - Jeli

buat kali pertama aku nak jadi poyo...
ingat kudabesi sorang boleh jadi poyo. ! haha

semalam 22 november 2008 skuad bermotor anokkelate ipba sbanyak 2 bijik moto berjaya merempit dari KL ke kampung halaman di negeri cik siti wan kembang.
perjalanan bermula jam 4.40 pagi dan DBG sampai pada jam 11.04 pagi di Jeli.....

Saturday 15 November 2008

Download Wallpaper Bolasepak

ni adalah koleksi wallpaper2 bolasepak ciptaan sapix@sangkunang untuk dikongsi bersama...






Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih