Monday 16 November 2009

AKMAL RIZAL MILIK KELANTAN


"alhamdulillah dah selesai tandatangan kontrak bersama pasukan kelantan..harap penyokong red warriors akan dapat memberi sokongan pada saya.."
-Facebook Akmal

Bekas peledak utama skuad kebangsaan Malaysia, Akmal Rizal Ahmad Rakhli,27 tahun sah menjadi milik pasukan Kelantan untuk Liga Malaysia musim 2010 menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau di laman Facebook miliknya sebentar tadi. Akmal, pernah menjadi penyerang sensasi Malaysia suatu ketika dulu juga pernah berkelana di bumi Perancis untuk menyarung jersi kelab divisyen2 Perancis, Racing Strasbourg dan FC Heguenau. Diberitakan, Akmal menjadi penjaring terbanyak untuk kelab tersebut sebelum kelab diturunkan divisyen (relegated). Mengikut format liga di sana ketika itu, penurunan kelab ke divisyen bawah menyebabkan kelab tidak boleh memiliki pemain asing lantas jodoh Akmal di Strasbourg terpaksa dileraikan.

Sentuhan pemusnah yang dimiliki menjadikan beliau watak penting ketika membantu Malaysia menggondol pingat perak sukan sea 2001 dibawah bimbingan Allan Harris yang ketika pernah dilabel sebagai barisan terkuat alaf baru yang pernah Malaysia miliki. Akmal juga pernah mendapat perhatian kelab Divisyen 1, FC Sedan yang berhasrat mendapatkan tandatangannya. Namun, kecederaan lutut memaksa Akmal kembali ke tanah air walaupun di sanubari beliau, terdetik hasrat untuk melangkah jauh meneroka bolasepak eropah.

Sekembalinya dari Eropah, Akmal menyertai negeri kelahirannya Kedah, kemudian berhijrah ke Selangor dan pada tahun 2009, beliau menurunkan tandatangan untuk menyarung jersi pasukan Kuala Muda NAZA.

Kini, Akmal bakal menyertai kelompok elit The Red Warriors. Diharapkan penyertaan akmal ke pasukan Kelantan dapat menjelmakan kembali sentuhan pemusnah yang pernah dimiliki beliau satu ketika dulu sekaligus menyumbang kejayaan besar kepada barisan Red Warriors untuk musim 2010 nanti. Diharapkan juga, Kelantan dapat menjadi platform terbaik buat Akmal dalam misinya untuk kembali menyarung jersi keramat kuning hitam Harimau Malaya.
Sudah lama aku x tgk akmal pakai jersi kuning nombor 14 tu..

SELAMAT DATANG & SELAMAT MAJU JAYA !


7 comments:

~nazma said...

cepa betul kunang-kunang terbang mencari berita..

tabik spring.. toing2

meor-name-depan-ku said...

salam blog....

GombakRock said...

aku mengharap selangor sign akmal utk musim 2010...sebab nak main afc cup selangor perlukan pemain berpengalaman cam akmal...lagipun selangor ni terlampau bergantung harap kat amri...walaupun fitness akmal selalu menjadi persoalan, tapi bagi aku dia ni player yg bagus... bleh create & finish! susah nak cari player camtu...tahniah sang kijang... a very good signing!

p.s:kalau akmal dapat buktikan kecergasan dia dan dpt form balik mana tau dia dapat menyarung kembali jersi kebangsaan...

SangKunang said...

nazma: hehe, mesti sentiasa cepat. walaupon siang hari bukan waktu aktif kunang-kunang, namun kunanng-kunang tetap tabah mengharungi cahaya siang untuk mencari berita gembira.. (nasib baik siang td matahari x cerah mana, haha)

meyour: salam untuk kamu juga

gombakrock: benda yg aku suka tentang akmal, finishing ngan komitmen. siapa boleh sangkal komitmen akmal? kalo dia nak sesuatu dia akan usaha sampai dapat. masa dia dipilih utk ke prancis dulu, dia sanggup belajar utk menguasai bahasa perancis sbg persiapan utk terus survive kat bumi napoleon tu.
1 more, piala asia 2007. masa tu akmal main selangor. baru pulih dari injury dan badan dah naik. nak main malaysia punya pasal dalam masa 3 bulan akmal berjaya turunkan berat badan dan got his fitness back..

cuma kerisauan nya adalah, akmal ni adalah pemain yg fragile. mudah cedera susah nak sembuh..

anyway, thanks bro

Cikgu Zam said...

Akmal confirm ko tu Fik ?? pahtu bunyi khabar, hardi jaapar pun nak main klate jugok??

SangKunang said...

zam: akmal kompem. dio oyak sdiri.. shahrul idlan kompem.. yg lain2 termasuk hardi tu x kompem lagi.. tunggu tan sri announce..

Mansor Adabi said...

Salam,
Syabas KAFA kerana 'mengikat'Akmal,syabas Akmal kerana memilih Kelantan!!! Akmal memilih Kelantan mungkin ada'sesuatu'yang menarik minatnya di sini(Kelantan),,,mungkin penyokong yang fanatik kot,yang tak ada di tempat2 lain,,,
***Akmal adalah penyerang hebat dan berkualiti,Molek sangat lah Akmal jadi penyerang Kelantan tu,,,