Sunday 28 December 2008

SALAM MAAL HIJRAH

Satu Muharam detik permulaan,
Perkiraan tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi dan umat Islam,
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah,

Atas keyakinan dan iman yang teguh,
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,
Rela berkorban harta dan nyawa,
Demi menegakkan Islam tercinta,

Hijrah itu Perjuangan,
Hijrah itu Pengorbanan,
Hijrah itu Persaudaraan,
Hijrah membentuk Perpaduan,

Oleh itu mari semua,
Kita sambut Maal Hijrah,
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

“Ya Allah Ya Tuhanku,
Kekalkanlah kesucian agama Islam di Malaysia serta tinggikanlah martabat pemeluk-pemeluknya. Mantapkanlah iman dan jiwa pemeluk-pemeluk agama suciMu dan berilah kami kekuatan dalam menghadapi segala cabaran, ujian dan dugaan dariMu. Semoga tahun baru yang mendatang ini akan membawa bersama nikmat dan kesenangan dariMu dan jika kesulitan yang engkau turunkan, biarlah kesulitan itu akan menambahkan lagi kekuatan iman kami Ya Allah.”


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1930 KEPADA SEMUA BLOGGERS BERAGAMA ISLAM DAN SEMUA MUSLIMIN MUSLIMAT DI MALAYSIA.

Wednesday 24 December 2008

Takziah

al-fatihah buat sepupuku, Kak Lina yg kembali ke rahmatullah malam tadi.
arwah meninggal selepas melahirkan anak lelaki yang juga dijemput Allah beberapa jam lebih awal darinya. semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman disisi Allah.
kedua-dua beranak di simpan di lahad bersebelahan..
AL-FATIHAH................

DOWNLOAD BUKU UMUM PISMP IPGM

off topic bola sekejap. kembali ke dunia nyata....

kepada warga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, anda dijemput untuk mendownload Buku Umum PISMP IPGM yang telah dikeluarkan oleh BPG. Semoga pengedaran buku ini mampu menyelesaikan kekusutan minda dan keserabutan maximus dalam kepala otak anda akibat terlalu ditekan dan menekan kerana belajar tanpa hala tuju seperti yang sering rakan-rakan canang-canangkan.
Belajar dah nak abis tp baru dapat rangka kursus.
xpe laa, better late than never mat saleh kata.
selamat mendownlod

Monday 22 December 2008

Suzuki Cup :Thailand, Vietnam Tentukan Juara

Piala Suzuki 2008 hampir sampai ke kemuncak. Malaysia yang tersingkir awal pada edisi kali ini gagal setidak-tidaknya mengulangi kejayaan mara ke separuh akhir pada edisi lalu. terpaksalah kita menunggu lagi dua tahun lagi untuk menjamah piala suzuki/aff yang tidak pernah sampai ke bumi malaysia untuk kita menatapnya..
dan semalam, 'jaguh' asia tenggara, singapura yang dibarisi ramai pemain asing terpaksa tunduk kepada kekentalan barisan vietnam yang menundukkan singapura 1-0.
terdahulu, thailand mengesahkan kejaguhan mereka setelah membenam cabaran indonesia 2-1 dalam satu perlawanan yang sengit di stadium Rajamangala.
bertemu di final nanti, Vietnam menentang Thailand.
syabas buat vietnam

Tuesday 16 December 2008

SATIA SELAMAT

oleh: sapix sangkunang
16 disember 08

Disebalik desas desus rombakan pasukan kebangsaan serta berakhir ikatan antara Satianathan dan badan induk bolasepak negara, FAM hari ini membuat keputusan mengekalkan khidmat ketua jurulatih itu yang disambung kontraknya setahun lagi setelah mengambil kira kesuntukan masa menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia dan juga persefahaman beserta keserasian skuad yang dibentuk Satia sejak 7 bulan yang lalu.
Keputusan mengekalkan satia ada baiknya kerana dibawah kendaliannya, skuad malaysia tidaklah seteruk yang dipandang ramai kerana sepanjang tempoh perkhidmatannya, ranking malaysia naik. Corak permainan skuad Malaysia boleh dikatakan agak meningkat walaupun hakikatnya kemarahan peminat ekoran prestasi mengecewakan di Piala Suzuki masih belum reda.
Jika dipandang dengan mata emosi semata-mata, memang wajar Satia dipecat, dan skuad yang ada digugurkan. Tapi dipandang dengan mata akal, berbaloikah?berkesankah?positifkah kalau kita bubarkan skuad ini. Siapa pula pengganti skuad ini nanti?kalau barisan pemain terbaik yang ada di malaysia sekarang ini dibubarkan 100% siapa pula akan menggalas tugas ganti?
Sebenarnya skuad yang ada sekarang sudahpun lengkap Cuma, kegagalan individu dan kekurangan daya tahan mental yang menjadi penyebab kita tersingkir dari kejohanan piala suzuki tempoh hari. Mungkin ada beberapa pemain yang patut digugurkan tetapi tidaklah wajar kalau dibubarkan semua.
Kita masih memiliki pemain2 yang hebat dan digeruni lawan seperti Safee Sali, Indra Putra Mahayuddin, Aidil Zafuan, dan ramai lagi pemain muda berbakat yang masih ada dalam skuad.
Pemain2 yang tidak membawa sumbangan kepada skuad kebangsaan, malah membawa bencana, sepatutnya berani membuat keputusan sekarang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jersi kebangsaan sebelum kalian semua dikritik dengan lebih teruk lagi.
Bagi Satia pula, peluang kedua yang diberikan oleh FAM ini perlulah digunakan dengan sebaik mungkin kerana cabaran yang mendatang pasti lebih besar. Anda tidak punya banyak masa sebelum sepak mula kelayakan Piala Asia. Kenalpasti beberapa pemain yang harus berundur dan beberapa muka yang harus diangkat naik. Bina stamina dari sekarang dan perkasakan basic skill yang selalu dilupakan sehingga jadik kesilapan bodoh.
Ayuh, buktikan masih ada sinar untuk skuad kita.
tentang FAM, biarkanlah mereka dengan jawatan mereka.............