Tuesday 16 December 2008

SATIA SELAMAT

oleh: sapix sangkunang
16 disember 08

Disebalik desas desus rombakan pasukan kebangsaan serta berakhir ikatan antara Satianathan dan badan induk bolasepak negara, FAM hari ini membuat keputusan mengekalkan khidmat ketua jurulatih itu yang disambung kontraknya setahun lagi setelah mengambil kira kesuntukan masa menjelang perlawanan kelayakan Piala Asia dan juga persefahaman beserta keserasian skuad yang dibentuk Satia sejak 7 bulan yang lalu.
Keputusan mengekalkan satia ada baiknya kerana dibawah kendaliannya, skuad malaysia tidaklah seteruk yang dipandang ramai kerana sepanjang tempoh perkhidmatannya, ranking malaysia naik. Corak permainan skuad Malaysia boleh dikatakan agak meningkat walaupun hakikatnya kemarahan peminat ekoran prestasi mengecewakan di Piala Suzuki masih belum reda.
Jika dipandang dengan mata emosi semata-mata, memang wajar Satia dipecat, dan skuad yang ada digugurkan. Tapi dipandang dengan mata akal, berbaloikah?berkesankah?positifkah kalau kita bubarkan skuad ini. Siapa pula pengganti skuad ini nanti?kalau barisan pemain terbaik yang ada di malaysia sekarang ini dibubarkan 100% siapa pula akan menggalas tugas ganti?
Sebenarnya skuad yang ada sekarang sudahpun lengkap Cuma, kegagalan individu dan kekurangan daya tahan mental yang menjadi penyebab kita tersingkir dari kejohanan piala suzuki tempoh hari. Mungkin ada beberapa pemain yang patut digugurkan tetapi tidaklah wajar kalau dibubarkan semua.
Kita masih memiliki pemain2 yang hebat dan digeruni lawan seperti Safee Sali, Indra Putra Mahayuddin, Aidil Zafuan, dan ramai lagi pemain muda berbakat yang masih ada dalam skuad.
Pemain2 yang tidak membawa sumbangan kepada skuad kebangsaan, malah membawa bencana, sepatutnya berani membuat keputusan sekarang untuk mengucapkan selamat tinggal kepada jersi kebangsaan sebelum kalian semua dikritik dengan lebih teruk lagi.
Bagi Satia pula, peluang kedua yang diberikan oleh FAM ini perlulah digunakan dengan sebaik mungkin kerana cabaran yang mendatang pasti lebih besar. Anda tidak punya banyak masa sebelum sepak mula kelayakan Piala Asia. Kenalpasti beberapa pemain yang harus berundur dan beberapa muka yang harus diangkat naik. Bina stamina dari sekarang dan perkasakan basic skill yang selalu dilupakan sehingga jadik kesilapan bodoh.
Ayuh, buktikan masih ada sinar untuk skuad kita.
tentang FAM, biarkanlah mereka dengan jawatan mereka.............

No comments: