Monday, 22 November 2010

Masihkah Kau Ingat?

LIGA M DISWASTAKAN 2011

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin menswastakan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2011 jika pelbagai masalah masih lagi membelenggu perjalanan liga tahun depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, antara masalah terbabit adalah kewangan seperti pembayaran gaji pemain dan pegawai, kemerosotan kualiti permainan dan kekurangan sambutan daripada penonton.

"Saingan Liga M musim depan akan menjadi medan terakhir FAM mencari jalan keluar daripada permasalahan itu dan kerana itu juga terdapat beberapa syarat tambahan kepada pasukan yang bertanding," katanya baru-baru ini.

Antara syarat yang perlu dipenuhi semua pasukan adalah membayar deposit penyertaan kepada FAM dan mempunyai bukti kedudukan kewangan yang kukuh sepanjang musim bagi mengharungi saingan Liga M musim depan.

Pasukan yang bersaing dalam Liga Super juga perlu membayar deposit penyertaan sebanyak RM150,000 manakala RM100,000 kepada pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana.

Pasukan Liga Super pula perlu mempunyai bukti kedudukan kewangan berjumlah RM2.5 juta manakala Liga Perdana adalah RM1.5 juta.

"Jika semua syarat-syarat itu dapat dipenuhi dan dipandang serius oleh anggota-anggota gabungan, ia merupakan satu petanda yang baik untuk bola sepak negara ini," katanya.

Ketika ditanya kenapa FAM perlu menunggu sehingga 2011 sedangkan telah terbukti liga-liga luar negara yang diswastakan telah pun berjaya, Azzuddin berkata, ia berhubung rapat dengan budaya rakyat Malaysia.

"Cara kita sebagai rakyat Malaysia adalah dengan berdialog terlebih dulu, serta memberi ruang yang secukupnya sehingga sampai satu tahap apabila semuanya telah diberi barulah tindakan diambil," katanya.

Azzuddin berkata, anggota-anggota gabungan perlu menggunakan masa yang ada untuk berubah terutamanya bagi mencari dana serta mengambil insiatif sendiri untuk membuat hala tuju persatuan.

"Ini kerana dalam beberapa aspek seperti mencari sumber kewangan serta pengurusan dan pentabdiran anggota-anggota gabungan FAM tidak boleh campur tangan kerana ia tidak dibenarkan oleh perlembagaan persatuan," katanya.

Liga M kini diuruskan sepenuhnya oleh FAM di mana terdapat jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dibentuk bagi mengendalikan perjalanannya. - Bernama

Monday, September 28, 2009

Masihkah kau ingat?
September 2009 S/U FAM, Azzudin dengan bangganya mengumumkan yg liga kebanggaan negara bakal diurus tadbir oleh badan swasta untuk saingan liga 2011.
Aku pun dengan bangganya rasa perubahan akan berlaku.
Hari ini, beberapa minggu sebelum menjelang tahun 2011. Adakah pelan penswastaan itu masih berjalan???

2 comments:

Paritbuntarmali said...

Tahniah kepada Sangkunang kerana dapat mengeluarkan kembali kenyataan akhbar oleh Seiausaha Agung FAM tahun lalu.

Ini adalah contoh terbaik bagaimana perancangan yang cuba dilakukan oleh FAM adalah seperti melepaskan batuk di tangga. Hanya perancangan yang tidak dapat dilaksanakan tetapi yang peliknya tiba-tiba timbul pula perancangan yang baru. Yang lama pun tak terlaksana nak buat yang baru pula.

Namun begitu perancangan yang diutarakan oleh S/U Agung FAM itu adalah amat baik jika dapat dilaksanakan secara mandatori tanpa mengira status pasukan samada kelab atau negeri.

Pasukan yang ada duit atau sumber kewangan yang kukuh akan diberi keutamaan untuk masuk bertanding. Manakala pasukan yang tiada sumber kewangan yang kukuh akan diketepikan sementara mereka mencari sumber kewangan sendiri.

Begitu juga yuran penyertaan ke Liga Malaysia perlu dilaksanakan untuk memastikan setiap pasukan yang bertanding mempunyai sumber kewangan atau akaun pasukan yang benar-benar kukuh dan banyak wang.

Bantuan kewangan yang disalurkan FAM kepada setiap pasukan bertanding sebenarnya adalah bantuan pembangunan tetapi setiap tahun wang berkenaan telah disalahgunakan untuk membayar gaji pemain yang tertunggak hasil daripada kegagalan pengurusan pasukan. Secara tak langsung pembangunan bolasepak telah diabaikan semata-mata untuk mengejar kejayaan segera.

Banyak lagi yang boleh diperkatakan tentang dasar FAM yang tak tentu hala. Namun sikap sesetengah pengurusan pasukan negeri juga menyumbang kepada kesulitan dan permasalahan yang dihadapi oleh FAM. Ada pemimpin persatuan negeri yang seperti mengejar populariti politik dan apabila pasukan gagal dikatakan FAM yang salah. Hakikatnya amat sukar untuk mencari pemimpin sukan seperti TS Annuar Musa yang sanggup berhabisan dan sanggup menebalkan muka mencari penaja yang sanggup demi untuk kejayaan pasukan.

Jumpa lagi.

Peminat Bolasepak Malaysia...

SangKunang said...

FAM berjanji tetapi kerana 'banyak tugasan', mereka terlepas pandang apa yg telah mereka suarakan kepada peminat..

tapi kita peminat, tidak pernah melupakan setiap janji dari FAM. setiap janji yang diluahkan, kita simpan dengan seribu harapan...

uhuk...