Tuesday, 21 April 2009

Rajagobal Jurulatih Baru Malaysia

FAM bikin kezutan lagi...
K. Rajagobal secara sah dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan malaysia menggantikan B. satianathan yg dipecat januari lalu ekoran kekalahan memalukan 0-5 kepada UAE.
pada pengumuman petang tadi, perlantikan rajagobal nyata tidak menepati ramalan ramai. sebelum ini, hanya 2 nama yang berkisar dalam pertimbangan FAM iaitu K. Devan dan Azrai Khor dan Azrai lebih menonjol selaku pilihan untuk kerusi panas itu. namun difahamkan, azrai enggan dilepaskan oleh KFA yang masih memerlukan khidmatnya dan di pihak Azrai sendiri, beliau mahukan kebebasan 100% jurulatih dalam memilih pemain sekiranya dilantik sebagai jurulatih kebangsaan.
persoalan?
apakah kehendak azrai enggan dipenuhi FAM yang masih takut untuk memberi kebebasan penuh kepada jurulatih dan masih percaya kepada ketelusan panel pemilihan pemain kebangsaan?
dan, benarkah kegagalan mendapatkan khidmat azrai membuatkan FAM terpaksa beralih arah kepada Rajagobal yang dibuat secara last minip? last minip decision...hmm, macam la x pernah berlaku dalam FAM sebelum ni.
umum mengetahui bahawa rajagobal baru sahaja beberapa hari dinaikkan pangkat daripada tugas lamanya iaitu jurulatih bawah 20 kepada jurulatih bawah 23. dan selepas beberapa hari memegang tanggungjawab untuk membimbing skuad bawah 23, rajagobal kini terpaksa menggalas tugas yang lebih berat membentuk skuad kebangsaan.
pelik sungguh keputusan yang FAM buat ni. bukan berniat untuk memperkecilkan kewibawaan rajagobal, tapi hati ini memang berniat untuk memperkecilkan keputusan yang dibuat secara mengejut ni.
selepas pemecatan satianathan, FAM berkata mereka akan lebih berhati2 dalam memilih jurlatih kebangsaan dan memperhalusi setiap calon dan mereka yang benar2 layak dan berpengalaman sahaja wajar dilantik untuk mengemudi skuad kebangsaan.
sekarang apakah...? biarlaaa.

*kesian rajagobal, mungkin akan jadi mangsa seterusnya kegagalan struktur bolasepak malaysia. tp sebagai peminat bolasepak tempatan, sangkunang berharap, skuad malaysia akan lebih maju dibawah bimbingan beliau.

Saturday, 18 April 2009

Kelantan ke FINAL Piala FA

Alhamdulillah,
Alhamdulillah,
Alhamdulillah,

Sejarah akhirnya tercipta. pasukan kelantan mencipta sejarah untuk mara ke final piala fa buat pertama kali setelah mengetepikan cabaran negeri sembilan.
tumpas 0-1 di kota bharu yg disusuli dengan aksi ganas penyokong, kelantan akhirnya mampu menyerap tekanan di paroi untuk menumpaskan negeri sembilan 2-1.
menanti di perlawan akhir 25 april di bukit jalil nanti adalah musuh tradisi, selangor yang dijangka akan menjanjikan aksi final yang menarik buat kedua2 pasukan yang mempunyai ramai penyokong fanatik ini....

apa jadi di perlawanan akhir nanti, sama2 kita tunggu. yang penting kelantan sudahpun melengkapkan sasaran awal mara ke final.

ALHAMDULILLAH.

Thursday, 16 April 2009

Menanti Pengemudi....

menanti dan terus menanti...
hingga kini 16 april, sudah lebih 3 bulan skuad kebangsaan malaysia tidak mempunyai jurulatih sejak pemecatan B. Satianathan selepas kekalahan malaysia kepada UAE januari lalu. walaupun liga malaysia agak meriah sejak akhir2 ini dengan pelbagai aksi, pelbagai isu dan pelbagai kontroversi, ramai yang sudah melupakan skuad kebangsaan malah di pihak FAM sendiri seolah-olah membiarkan saja skuad kebangsaan belayar tanpa arah dan hala tuju.
sejak berakhirnya khidmat sathia yang berjaya menaikkan ranking malaysia tahun lalu ditamatkan, bermacam nama dicanangkan untuk mengisi kerusi panas itu. peter white, allan harris mungkin kembali, dan ramai lagi tetapi kata putus telah ditetapkan oleh tuanku presiden, bahawa calon jurulatih kebangsaan adalah anak tempatan ! bermakna tiada ruang untuk kepakaran asing seperti harris dan white.
lalu timbullah nama2 seperti azrai khor, k.devan, dollah salleh, zainal abidin, rajagopal..
tp hingga hari ini, hanya satu nama saja yang mendapat tawaran iaitu azrai khor.
walaubagaimanapun, itu masih belum keputusan. khabarnya, KFA berat hati untuk melepaskan azrai yang banyak membawa kejayaan untuk kedah sehingga muncul juara double treble.
kesiannye pasukan kita.....
satu negara termasuk FAM sendiri mahukan yang terbaik, mahukan pencapaian daripada skuad kebangsaan. tapi mereka sendiri tidak menjalankan tanggungajawab iaitu menyediakan pasukan yang terbaik. tak kan laa minggu depan ada tournament, baru nak lantik jurulatih..
kepada FAM, cepatlah bertindak.

Sunday, 12 April 2009

Surat Untuk Muhyiddin Yassin

Terlebih dahulu, saya ucapkan segunung tahniah buat tan seri muhyiddin kerana dilantik sebagai timbalan perdana menteri di bawah kabinet baru kerajaan persekutuan malaysia yang indah ini.
sebukit tahniah juga buat tan seri kerana disamping jawatan no2 kerajaan sudah dipikul, tan seri telah diberi tanggungjawab besar untuk memimpin satu lagi kementerian iaitu kementerian pelajaran.
umum mengetahui bahawa, kementerian pelajaran merupakan antara kementerian paling penting dalam pentadbiran kerajaan dengan jumlah warga kerja dan pelanggan2 kementerian iaitu pelajar yang begitu besar jumlahnya, maka sudah tentulah kementerian sebesar ini perlu dipimpin oleh seorang pemimpin yang begitu tegas, adil dan memahami hasrat akar umbi.
dalam memimpin sebuah kementerian yang bertanggungjawab melahirkan generasi dan modal insan yang berkualiti untuk malaysia pada masa hadapan, adalah menjadi tanggungjawab tan seri ketika ini untuk turun ke bawah melihat permasalahan untuk wujud dalam kementerian 5 tahun kebelakangan ini yang ada sebahagiannya melibatkan isu nasional dan juga boleh mencetus isu politik. sebagai contoh, polemik PPSMI yang tika ini tidak ketemu hujung jawapannya. adalah menjadi harapan saya sebagai warga kementerian untuk melihat tan seri mengambil inisiatif dan mengkaji semula perjalanan dan keberkesanan sistem ini sesuai dengan kehendak perdana menteri yang mengimpikan satu malaysia yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.duduk semeja dengan pakar-pakar pendidikan untuk merumuskan satu resolusi baru dalam mencapai penyelesaian isu ini.
seterusnya, dalam kesibukan tan seri menjalankan tugas2 timbalan perdana menteri dan juga memimpin kementerian ini yang menuntut banyak perkara untuk difikirkan, saya berharap tan seri tidak melupakan kebajikan guru sebagai agen sosialisi dalam kementerian tan seri. apa yang saya maksudkan disi adalah peranan tan seri dalam menyelesaikan permasalahan yang melanda guru-guru pada hari ini. jika kita perhatikan, dalam dunia pendidikan yang penuh mencabar ini, persekitaran guru dewasa ini sering diganggu gugat dan guru juga berhadapan dengan pelbagai masalah dan ancaman dengan masyarakat. adalah menjadi harapan saya, guru tidak dipinggirkan semata-mata untuk menjaga hati dan perasaan pihak lain seperti ibubapa. sebagai contoh, sebelum ini, ada kes yang melibatkan guru, pelajar dan ibu bapa, menteri tanpa usul periksa sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan "Guru sekarang semakin bermaharajalela pukul pelajar". tidakkah terkilan hati dan perasaan guru yang bertungkus lumus menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada anak didiknya? maka, besarlah harapan warga guru untuk dipikul pada bahu tan seri untuk hari ini dan masa akan datang untuk terus disayangi dan dihormati oleh golongan ini.
tan seri,
Ketika ini sistem pendidikan kita ketika ini berada di persimpangan dan sekiranya kita tidak bersungguh-sungguh mewujudkan momentum yang baru, tidak mustahil lima ke sepuluh tahun akan datang negara kita akan jauh ketinggalan ke belakang negara-negara yang sedang mengejar kita.Tindakan dan keputusan yang hendak kita ambil hari ini bukan sahaja amat kritikal untuk kemakmuran jangka panjang negara malah lebih penting daripada itu, iaitu untuk survival generasi muda masa hadapan.
namun, dibawah tanggungjawab tan seri dan dibantu oleh dua orang timbalan, saya yakin yang tan seri akan melakukan banyak lonjakan. legasi yang ditinggalkan oleh tokoh pendidikan alaf baru, Allahyarham datuk razali ismail pada kita semua tidak harus dibiarkan berlalu. apa yang telah dirangka, tetapi tidak sempat disempurnakan oleh Allahyarham harapnya dapat disambung oleh tan seri.
semoga arena pendidikan negara terus berkembang mekar dibawah pimpinan tan seri...

yang benar,
Cikgu Sangkunang