Monday 31 August 2009

SALAM 1 MALAYSIA

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 52
KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
HARGAI DAN SYUKURILAH NIKMAT KEMERDEKAAN YANG KITA MILIKI
PADA HARI INI.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku memohon darimu....
Kau peliharalah negaraku Malaysia ini agar terus
aman, damai dan harmoni.
Jauhilah kami dari perasaan hasat dengki, benci-membenci,
serta hasut menghasut sesama sendiri.
Lindungilah kami dari sebarang kekacauan dan pencerobohan
sama ada dalam bentuk fizikal mahupun pemikiran.
Amin......

Monday 10 August 2009

Nasib Anak Rantau & Liga M

PADA November 2002, Eric Johnson menerima satu emel. Dalam emel itu tercatat hasrat seorang pemuda untuk memburu impian.

Dua bulan kemudian, jurulatih kelab bola sepak Western Illinois itu menyambut kunjungan penghantar emel berkenaan.

Kosuke Kimura melangkah masuk ke pejabat Johnson tanpa dipelawa.

Sekalipun tidak fasih berbahasa Inggeris, Kimura memperkenalkan dirinya.

Mengimbas detik itu, Johnson ingat-ingat lupa mengenai emel yang menyatakan minat Kimura untuk mencuba nasib memburu impian di Amerika Syarikat.

Beribu batu ditempuhinya, dari Yokohama ke Illinois semata-mata untuk memenuhi cita-citanya.

Kini Kimura, antara tonggak Colorado Rapids, dikenali selaku pemain Jepun pertama menghiasi Major League Soccer atau MLS di Amerika Syarikat.

Musim pertamanya cukup mencabar.

"Saya banyak memanaskan bangku simpanan pasukan simpanan, bukannya skuad utama. Tapi sejak kecil saya dididik oleh bapa agar menjaga disiplin. Dia mengajar erti keyakinan diri dan keinginan."

Tanpa mengenal jemu, Kimura menjalani latihan keras, sentiasa bersaing malah memenangi kebanyakan bentesan, rebutan bola dan latihan pecut. Tidak lama kemudian dia mendapat peluang menyarung jersi pasukan utama Colorado.

Membesar di Jepun, Kimura, seperti remaja lain, menyimpan impian bermain dalam Liga J. Pada peringkat sekolah menengah, Kimura beraksi untuk pasukan simpanan Kawasaki Frontale.

Kimura mengalami kecederaan serius yang menyebabkan dia terlantar lebih sembilan bulan, lalu digugurkan oleh Kawasaki.

Dia kemudian tidak memilih bermain di peringkat universiti kerana percaya lazimnya pemain remaja menyertai kelab profesional dari peringkat menengah.

Rakannya, Issey Maholo, mencadangkan agar Kimura menulis kepada jurulatih-jurulatih Divisyen Satu di Amerika Syarikat.

Memandangkan Kimura tidak fasih berbahasa Inggeris, Maholo, yang bermain untuk Boston College dari 2003-2006, membantu menghantar emel kepada lebih 30 jurulatih sekolah Divisyen Satu di Amerika Syarikat.

Johnson antara yang memberi respons. Lantas terus terpikat menonton rakaman video yang dihantar dari Jepun.

Sesudah mengharungi ujian termasuk peperiksaan SAT, Kimura akhirnya berjaya.

Berapa ramai agaknya di kalangan pemain tempatan yang sanggup bersusah-payah mencari rezeki, menimba pengalaman dan ilmu di perantauan?

Berapa ramai pula agaknya jurulatih dan pegawai yang berlapang dada menerima seorang perantau untuk menyertai pasukan mereka?

Oh, terlupa, di Malaysia, kita melarang penggunaan pemain import. Kita juga tidak tahu struktur Liga Malaysia musim depan.

Yang kita tahu bola sepak Malaysia sedang menempuh zaman suram. Keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengawal selianya di FAM tidak pula mencerminkan iltizam untuk mengubah keadaan.

Tidak seperti Kimura yang berusaha mengubah nasib dan keadaan dirinya.

dipetik dari harian kosmo

---------------------------------------------------------------------------------

sangkunang: terpikir jugak bila anak malaysia berani mencuba nasib di tempat orang. sering mengharapkan bantuan pihak fam untuk mengembangkan sayap ke liga luar adalah satu usaha yang kurang berkesan. contohilah pemain2 afrika yang berkelana dimana-mana saja demi bolasepak.

Saturday 25 July 2009

Kecewa & Bangga



Aku sedikit kecewa,
bilamana warna asing membaluti mereka,
siapa mereka?
orang kita juga....

Aku sedikit hampa,
lihat mereka terlalu leka,
memilih untuk memperlekehkan kita,
orang kita jua....

namun aku gembira,
masih ada yang tidak lupa,
tentang jati diri perjuangan bangsa,
mereka memang orang kita,
ya, orang kita,
aku sangat bangga..............

tuan punya gambo

ULTRAS MALAYA.
WALAU SEDIKIT TIDAK MENGAPA.
KITA ADALAH KITA WALAUPUN MEREKA SEBAHAGIAN DARI KITA........

Sunday 19 July 2009

Setan Merah hampir dimalukan

Berita sensasi ! Anak-anak rimau meng'ayam'kan Setan Merah! hehe...
Buat kesekian kalinya gawang manchester united atau setan merah tembus jua. bangganya aku tidak terkata melihat anak malaysia mampu membocori gawang united yg sebelum agak liat dan agak riak membelasah lawan2 kerdil dari asia tenggara ini. para pengkritik, apa lagi nak dikato? nasib? 2 gol beb ! 2 gol !!!

Kelibat amri yahyah memang memukau. 2 gol jaringannya membawa nama amri yahyah kembali meniti bibir peminat bolasepak tanah air. Pernah digelar golden boy satu ketika dulu, namun menyepi agak lama dari pentas antarabangsa gara-gara masalah disiplin. kini amri kembali ! dan rajagopal membuat keputusan tepat dengan menyenaraikan kembali kapten selangor ini. Agak tidak keterlaluan andainya aku menobatkan amri yahyah sebagai pemain teerrrrrrrrhebat tika ini. terhebat kerana bagi aku kerana 2 gol menembusi gawang kelab terbaik dunia, barisan taraf berbintang-bintang, setiap seorang mewakili negara masing2 ke pentas antarabangsa samada piala dunia mahupun euro... apa lagi?

Ya, amri terbaik kerana beberapa percubaan malaysia sebelum ini untuk menembusi gawang united gagal! Malah, pada zaman mokhtar dahari yg dikatakan skuad terbaik malaysia sepanjang zaman pun, tidak ada yg mampu membolosi jaring united...

Kata laa apa saja, gol nasib, keeper x fit, x redi ke, apa2 alasan lagi laa. yang penting MALAYSIA HAMPIR MEMALUKAN MANCHESTER UNITED !

sangkunang : terpikir, wajar ke FAM menerima perlawanan ulangan dengan MU???? alih2 pro event jugak yg untung !

Friday 10 July 2009

PPSMI - Media yang poyo....

Aku gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah mengambil langkah tepat menghapuskan PPSMI demi memastikan survival bahasa kebangsaan terus berpanjangan.
terima kasih !

Tapi aku kecewa dan muak dengan sikap media arus perdana negara ini. Aku bukanlah anti-surat khabar arus perdana mahupun penyokong kuat akhbar-akhbar nyamuk pembangkang malah aku juga bukan sebahagian dari mereka yang berarak ramai-ramai ke istana negara dulu. Tapi aku muak dengan tulisan-tulisan yang tak abis-abis membodek, bila-bila masa boleh tukar pegangan bergantung pada tempat dan keadaan.

Kenapa aku kata gini? Aku rasa media ni 'poyo' sebab masa isu PPSMI tengah memuncak, dikala rakyat berdemonstrasi membantah PPSMI, disaat kerajaan tegas mempertahankan PPSMI, akhbar perdana sana sini menyiarkan artikel mengenai kepentingan PPSMI dan mengkritik mana-mana pihak yang membantah PPSMI. Sana sini bercakap satu hala sehingga banyaklah fakta-fakta baru yang timbul serta hujah demi meyakinkan yang PPSMI itu penting.

Tapi sekarang???...
Sejak kerajaan mengumumkan pemansuhan PPSMI 2 hari lepas, akhbar-akhbar yang sama juga berbicara. tapi berlainan gaya. Corak penyampaian artikel-artikel yang disiarkan sama sekali berbeza dengan apa yang tersiar selepas rakyat berdemonstrasi membantah PPSMI satu ketika dulu. sedangkan akhbar itu SAMA dan penulisnya SAMA. Kini mereka memilih untuk mengeluarkan seberapa banyak hujah yang ada untuk membuktikan yang PPSMI itu silap.
huh.....

Cikgu Sangkunang: Terima kasih Datuk Seri Najib & Tan Sri Muhyiddin !