Friday, 10 July 2009

PPSMI - Media yang poyo....

Aku gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah mengambil langkah tepat menghapuskan PPSMI demi memastikan survival bahasa kebangsaan terus berpanjangan.
terima kasih !

Tapi aku kecewa dan muak dengan sikap media arus perdana negara ini. Aku bukanlah anti-surat khabar arus perdana mahupun penyokong kuat akhbar-akhbar nyamuk pembangkang malah aku juga bukan sebahagian dari mereka yang berarak ramai-ramai ke istana negara dulu. Tapi aku muak dengan tulisan-tulisan yang tak abis-abis membodek, bila-bila masa boleh tukar pegangan bergantung pada tempat dan keadaan.

Kenapa aku kata gini? Aku rasa media ni 'poyo' sebab masa isu PPSMI tengah memuncak, dikala rakyat berdemonstrasi membantah PPSMI, disaat kerajaan tegas mempertahankan PPSMI, akhbar perdana sana sini menyiarkan artikel mengenai kepentingan PPSMI dan mengkritik mana-mana pihak yang membantah PPSMI. Sana sini bercakap satu hala sehingga banyaklah fakta-fakta baru yang timbul serta hujah demi meyakinkan yang PPSMI itu penting.

Tapi sekarang???...
Sejak kerajaan mengumumkan pemansuhan PPSMI 2 hari lepas, akhbar-akhbar yang sama juga berbicara. tapi berlainan gaya. Corak penyampaian artikel-artikel yang disiarkan sama sekali berbeza dengan apa yang tersiar selepas rakyat berdemonstrasi membantah PPSMI satu ketika dulu. sedangkan akhbar itu SAMA dan penulisnya SAMA. Kini mereka memilih untuk mengeluarkan seberapa banyak hujah yang ada untuk membuktikan yang PPSMI itu silap.
huh.....

Cikgu Sangkunang: Terima kasih Datuk Seri Najib & Tan Sri Muhyiddin !

5 comments:

Norfa90.com said...

Bahasa cerminan bangsa....bahasa identiti kita...:)
Sayangi bahasa ibunda kita...hehe...

pokjak said...

haha bak kate org bace boleh, nk percaye, pikir2 lah ..
ak da lama da muntah ijau pert..

red warrior said...

ni lnk blog baru kawe

epiq835.blogspot.com

wiegreat a.k.a. zeq said...

sabo..sabo.. bertenang...
tgk guru bi... dapat tmbahan masa lagi.. best giler...

SangKunang said...

norfa:
betul tu, bahasa cerminan bangsa.

pokjak:
bakpo nok mutoh?

redwarrior:
bereh piq

bro zeq:
haha,,, suke laa tu dapat ngaja lebih masa taun depan. aku dah jangka dah. mesti cikgu subjek2 'x penting' cam aku ni akan dikurangkan masa.. bagus jugak.. haha