Wednesday 23 November 2011

BOLASEPAK ITU EMOSI - Episod 1


Emosi = Tragedi

Takziah buat pendukung Timnas Indonesia atas musibah menimpa. Dua pendukung khabarnya mati akibat kesesakan maksimus di lapangan bergelora Jakarta.

Sememangnya tragedi seperti ini merupakan suatu peringatan. Amaran untuk semua, bukan saja di pihak pemerintah bola Indonesia, malah turut sama memberi satu notis berjaga-jaga buat kaum kerabat pemerintah bola Malaya.

Aspek keselamatan di stadium-stadium di Malaysia aku tengok semakin lama semakin teruk. Mungkin kerana terlalu mengikut rentak ghairah para peminat, pihak penganjur sudah lupa akan risiko keselamatan, lantas turut sama menari ditaburi dengan angka-angka ringgit lewat susuli angka korban.

Stadium berkapasiti 90 000, di buka kepada 100 000 hadirin hadirat... ~ terjadi di Gelora BUNG KARNO.

Stadium berkapasiti 100 000, dibuka kepada 120 000 para musibat ~pernah terjadi di Gelora Bukit Jalil.

Al-fatihah buat mereka yang gugur...

Wednesday 16 November 2011

Brendan Gan Sertai Sabah


Brendan Gan

Pemain muda Australia berdarah Nogori Semilan yang pernah mencetus prospek menyarung jersi Harimau Malaya dari Australia, Brendan Gan kini sah kembali ke Malaysia setelah menandatangani kontrak menyertai pasukan Sabah untuk Liga Super Malaysia 2012.

Brendan tiba ke Kota Kinabalu bersama rakan senegara, Michael Baird untuk menggalas tugas sebagai pemain import sekaligus membawa harapan besar SAFA dan seluruh warga Sabahawks untuk mengembalikan era kegemilangan Sabah seperti satu ketika dahulu.

Michael Baird

Sebut era kegemilangan Sabah dulu kala, negeri di bawah bayu ini boleh dikatakan antara pasukan gergasi dalam saingan liga kita. Merupakan pencabar utama dalam beberapa edisi Piala Malaysia, hampir-hampir menumbangkan Selangor dalam final 9
6 dimana tahun adalah tahun Sabah menjuarai Liga Perdana 1 (liga tertinggi ketika itu).

Zaman emas Sabah sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan sentuhan Australia. Ingat lagi beberapa nama pemain kebangsaan Australia yang pernah menjadi tunjang kekuatan Sang Badak ini. Scott Ollerenshaw misalnya yang sememangnya sehingga kini masih menjadi lagenda buat peminat-peminat tegar Sang Badak. Robbie Mark Gaspar juga tidak terkecuali disamping sentuhan jurulatih dari Australia, Ron Smith yang mengemudi Sabah menjulang kejuaraan liga tahun 1996.

Jadi, tidak hairanlah kedatangan dua awang import dari Australia untuk musim akan datang menjadi cerminan aspirasi pihak SAFA membentuk skuad mantap dan kembali mengungguli saingan liga domestik.

Selamat Maju Jaya buat Sabahawks !!!

=)

Monday 14 November 2011

Espanyol Ikat Bintang Muda Garuda


Debar menanti detik pertembungan musuh tradisi Malaysia-Indonesia dalam kancah Sukan Sea. Sang Garuda muda mengibas sayap ke bumi Sepanyol. Penyerang muda berusia 18 tahun, Athur Irawan lengkap menandatangani kontrak dengan kelab profesional La Liga, Espanyol. SUMBER dan SUMBER.

Permergian Irawan ke Sepanyol, mencatatkan sejarah tersendiri khasnya buat anak muda ini dan bolasepak Indonesia amnya, mengukir catatan warga Indonesia pertama beraksi dalam kancah liga kelas tinggi itu.

*menanti bintang muda Malaysia diterbangkan ke sana ~