Sunday 10 January 2010

LIGA SUPER | Keputusan

Keputusan Perlawanan 1
LIGA SUPER MALAYSIA

9 Januari 2009

N.Sembilan 1-2 Selangor
K.Lumpur 1-1 T-Team FC
KL Plus FC 3-1 P.Pinang
Pahang 2-1 Perak
Terengganu 0-0 Kelantan
Johor 0-3 Kedah
Perlis 0-1 Johor FC

Saturday 9 January 2010

LIGA SUPER 2010 | Jadual Perlawanan 1

LIGA SUPER MALAYSIA 2010

HARI PERLAWANAN 1
9 Januari 2010

NEGERI SEMBILAN vs SELANGOR
(Perlawanan Sumbangsih, Piala Sultan Ahmad Shah)
Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

KUALA LUMPUR vs T-TEAM FC
Stadium KLFA, Cheras

KL PLUS FC vs PULAU PINANG
Stadium MBPJ, Petaling Jaya

PAHANG vs PERAK
Stadium Darul Makmur, Kuantan

TERENGGANU vs KELANTAN
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, KT

JOHOR vs KEDAH
Stadium Larkin

PERLIS vs JOHOR FC
Stadium Utama, Kangar

Friday 8 January 2010

Pelancaran Jersi Baru The Red Warriors

gambar oleh : userun kelatedotnet


Akhirnya lengkaplah sudah persiapan Liga Super 2010 Kelantan yg akan bermula esok setelah jersi pasukan dilancarkan secara rasminya hari ini. Turut dilancarkan ialah laman web rasmi KAFA yg baru iaitu The Red Warriors http://www.theredwarriors.com/
Jersi baru skuad kelantan untuk musim 2010 memaparkan kesemua logo rakan penaja utama seperti Kumpulan Alhamra di hadapan, Sinar Harian di belakang atas, Air Asia di belakang bawah serta Yusmira Trading pada bahu kanan. Dan yang lebih menarik, jhersi baru ini turut memaparkan logo 1Malaysia sebagai satu sokongan kepada hasrat dan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Memperoleh tajaan sukan daripada UMBRO, jersi kelantan pada musim ini berubah rupa 100% dari segi corak dengan menampilkan identiti baru iaitu petak3 croatia sekaligus memadamkan identiti pahlawan merah yg terdahulu iaitu batik.
Secara peribadi aku gembira dengan pelncaran jersi baru yang sarat dengan penaja ini sekaligus mencerminkan usaha bersungguh-sungguh Tan Sri Anuar Musa dalam memprofesional mengkorporatkan bolasepak kelantan. Cuma, kekecewaan pada jersi baru ini ialah berakhirnya identiti batik yang amat unik dalam arena bolasepak di Malaysia khasnya.

SELAMAT BERJUANG WIRA-WIRA MERAH !

Thursday 31 December 2009

LABUHNYA TIRAI 2009

Kurang beberapa jam sahaja lagi, tirai 2009 secara rasminya akan ditutup. Menutup cerita suka duka sepanjang 365 kali naik turun matahari rutinnya. Melonjakkan lagi angka baru dalam kehidupan manusia di muka bumi. Mengubah 9 kepada 10 dalam paparan tarikh sekaligus menyimpan segala yang berlaku pada tahun ini sebagai sejarah dan kenangan.

Mengimbas memori 2009, banyak peristiwa besar yang berlaku. Yang besarnya sudah tentulah perubahan tampuk kepimpinan negara daripada Tun Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke 6. Mengambil alih pemerintahan negara dalam persekitaran politik dalam negara yang kurang stabil selepas pilihanraya umum ke 12 merupakan satu cabaran getir kepada Datuk Seri Najib Razak dan safnya dalam menentukan hala tuju politik rakyat Malaysia 2 3 tahun akan datang.

Bercerita mengenai bolasepak, topik utama dalam kalendar 2009 sudah tentunya kejayaan Malaysia menamatkan kemarau 20 tahun penantian pingat emas bolasepak Sukan Sea.Menundukkan ego Vietnam pada perlawanan akhir Sukan Sea lalu tentunya kejayaan terbesar buat barisan pimpinan Aidil Zafuan Radzak dalam mencorakkan perjalanan getir bolasepak negara yang seringkali buntu dalam pencarian sinar di hujung kelam. Katalah apa sahaja, gol nasib atau apa saja, semestinya keputusan yang dicari bukannya cara mendapatkan keputusan itu.

Walaubagaimanapun, kejayaan menggondol pingat emas Sukan Sea itu sebenarnya hanyalah satu permulaan kepada suatu perjalanan yang panjang. Tidak harus berpuas hati dengan keadaan semasa, skuad bolasepak kebangsaan mesti mengekalkan rekod dan mengulangi pencapaian ini setidak-tidaknya untuk 2 3 temasya akan datang serta mengungguli saingan Piala AFF/Suzuki. Ketika itu kita sudah berjaya menyaingi kekuatan musuh setempat seperti Thailand dan Singapura untuk menjadi jaguh Asia Tenggara. Selepas mengungguli saingan di pentas Asia Tenggara, Malaysia bolehlah berkira-kira untuk menembusi pentas Asia yang tersangatlah luas serta getir gelombangnya ini seterusnya berjalan dan berlari bersama-sama kuasa Asia seperti Jepun dan Korea. Apabila kita berada di landasan ini, kita sebenarnya mampu untuk ke Piala Dunia.

Untuk mencapai matlamat ini, FAM selaku pemerintah bolasepak di negara ini seharusnya mempunyai pelan jangka panjang dalam merencana kemajuan sukan bolasepak negara. Cuma yang menjadi permasalahannya, pemerintah bolasepak di negara bertuah ini tiada rangka perancangan seolah-olah pasrah dengan keadaan semasa dan menganggap “buatlah apa pun, kita tak akan kemana”..

Layakkah pemikiran seperti ini wujud dalam kepala pemerintah-pemerintah organisasi sukan nombor satu rakyat negara ini? Setidak-tidaknya mereka ada rancangan, ada impian. Dulu pernah ada sasaran Malaysia di Piala Dunia 2018. Sekarang? Masih wujud lagikah misi itu? Kalau wujud, apa yang dilakukan untuk mencapai misi tersebut?

Tepuk tangan tanya mereka....