Saturday, 10 April 2010

Debaran Final Piala FA


wallpaper oleh Zaem, Canaries Ultras Knight

Gendang sudah dipalu, perang saraf sudah lama berlaku, kini hanya menanti tiupan wisel memulakan 90 minit debaran perlawanan Akhir Piala FA malam ini. Pertembungan juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan dan juara treble 2007, 2008, kedah pastinya akan berlangsung dalam suasana sengit dan meriah dari segi sorakan pastinya.
Barisan kenari pastinya mengharapkan tenaga muda mereka untuk merobek gawang Negeri Sembilan sementara barisan Wan Jamak Wan Hassan menagih kudrat gabungan muda dan berpengalaman untuk menghadapi perlawanan malam ini. Tidak terkecuali khidmat Maradona malaysia, Shukor Adan..heh heh...

Tidak sampai 8 jam sebelum sepak dimulakan, ada berita kurang enak dari Bukit Jalil.. lebih 40000 tiket masih belum terjual ! Pastinya satu perkhabaran kurang enak untuk bolasepak Malaysia setelah 2 final musim lalu, Piala FA & Piala Malaysia 'sold out' menjelang 24 jam sebelum perlawnan..

Ayuh lah orang negori, orang kedah... Jom penuhkan stadium. TAkkan nak biarkan stadium gergasi tu kosong.. Malu laa, orang negeri lain boleh datang menyokong team korang. Tapi korang sembang je nak kemaih...

5 comments:

Syammil said...

aku xboleh p la.tgk kat tv ja la..

s h e e said...

heheh...go negeri sembilan...

Ms Jade said...

seriously kalau TEam SELANGOR yang masuk stadium melimpah ruah :D

hmmmmmmm takde rezeki tahun ni selangor cuba lagi tahun depan

RED GIANT forever!

kudabesi said...

kALAH penaltI jer WEh

haha..

FA Cup je pung..cewah bunyik cam kerek sket

SangKunang said...

syammil: takpe tgk kat tv pon kalo tak berkesempatan ke stadium. janji sapot liga malaysia..

shee: huhu, tahniah NS menang.

Ms JAde: kene betolkan ayat tu. stadium akan melimpah sampai ke luar kalo team kelantan yg ke final. final piala fa tahun lepas antara kelantan & selangor membuktikan segalanya.. fans kelate lagi ramai dari selangor..

kudabesi: kerek luu.. piala fa pun piala jugak tau.. piala antara rumah sukan pun orang berebut.. huahuahua..