Sunday 4 April 2010

Glory, Glory, Glory episod dua...

Bukan glory-glory men yunaited...Ini cerita bukan pasal game MenU & Celshit ok!... dua2 gua x minat.

Ini cerita tentang Piala FA Malaysia. Diulangi MALAYSIA, yg mana ramai yg xsedar piala FA dah sampai ke penghujung saingan walaupon 2 jenis tibi menayangkan siarang langsung utk rakyat malaysia. Tibi satu dan Tibi estero... tapi game MenU & Celshit jugak yg jadik sebutan, jadi perhatian.. takpelaa, bukan salah rakyat, salah FAM!.

gambar lama dari lanun fotography..
paparan gambar ini hanya sekadar suka-suka,
tidak semestinya kedah akan berpesta macam ni sabtu nanti.


Tahniah kedah kerana berjaya mengharungi liku-liku untuk sampai ke final, mengulangi kembali sejarah ke final Piala FA 2007 menentang selangor.. tp kali ini bukan selangor yg jadi lawan..kih,kih (gelak bakar)...

Negeri Sembilan mengakhiri saingan selangor untuk mara bergaya ke final. Tengok awek tu senyum gembira kat stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam tadi.. Kemaraan Negeri Sembilan bagaimanapun disusuli bersama kontroversi 'tangan shukor adan' yg menghalang jaringan selangor... haha, kata kawan gua fan selangor, "shukor dah setaraf ngan maradona, dah satu level ngan Thiery Henry..sebaris pemain-pemain bolasepak yg membawa 'glory' kpd pasukan masing-masing. Maradona bawak piala dunia, henry bawak perancis ke piala dunia dan shukor bawak NS ke final Piala FA, selangkah lagi ke piala dunia..

Apa-apapun, tahniah kepada penyokong-penyokong kedua2 pasukan.. bertempurlah kalian di Bukit Jalil 10 April nanti. Gua pun akan ke Bukit Jalil jugak.. Sedang pening pikir nak sokong team mana.Dua2 team ada dendam tersendiri. Dendam ngan NS dalam final piala malaysia tau lepas belom berbalas, dendam dengan kedah kerena depa laa kelantan bungkus awal piala FA ni..

*gua rindu setahun yg lepas. ketika Pahlawan Merah me'merah'kan Bukit Jalil....harap kita boleh bermerah lagi ujung taun nih.....

Glory, Glory, Glory.....

"brilliant drive.." katanye si tony pernandes..
Petak 15 oleh Heikki Kovaleinen dan petak 18 oleh Jarno Trulli pada perlumbaan kelayakan adalah satu pencapaian yg cukup mengagumkan ditunjukkan oleh sebuah pasukan baru seperti Lotus. Diharapkan pada perlumbaan sebenar petang nanti, pasukan Lotus Malaysia mampu mencuri satu dua mata di litar sendiri.. sape tau kan? Dunia F1 ni banyak bergantung kepada tuah. Eksiden 15 kete kat depan, silap2 lotus boleh naik podium.. Glory Lotus !

Wednesday 31 March 2010

F1: Lotus menuju Grand Prix Malaysia

Menjelang Grand Prix Petronas Malaysia hujung minggu nanti, bahang saingan sudah terasa. Baik bagi pasukan gergasi mahupun muka-muka baru. Pasukan gergasi seperti Mclaren, Ferrari, Mercedes tentunya hadir bersama dengan misi mengejar kejuaraan. Namun, kehadiran pasukan baru seperti Lotus, Virgin dan Hispania(yg ni menyemak je) juga tidak sekadar melengkapkan saingan. Mereka punya misi tersendiri. Dan misinya, sudah tentulah menjadi pasukan terbaik dalam kalangan pasukan-pasukan baru disamping cuba mencuri perhatian untuk melakukan kejutan mengutip satu dua mata..

Bercakap mengenai pasukan baru, sudah tentunya perhatian kita terarah kepada pasukan dari negara kita, Lotus F1 Racing. Sesudah menempatkan diri di tempat ke13 pada Grand Prix Melbourne minggu lepas, Lotus dibawah teraju Datuk Tony Fernandes dan rakan-rakan terus memandang ke hadapan untuk menderum di laman sendiri.

BERITA NOMBOR SATU;
Dengan disokong oleh konsortium tempatan seperti Tune Group, Naza dan Proton, Lotus kini terus mengorak langkah mengutip satu demi satu penaja. Bermula dengan kejayaan menarik minat CNN International, Lotus seterusnya mendapat penajaan syarikat minuman UK, LR8 , terbaru Lotus berjaya menarik minat gergasi telekomunikasi negara MAxis untuk sama-sama melekatkan logo di badan jentera Lotus di litar nanti.

BERITA NOMBOR DUA;
Bermula Grand Prix Malaysia dan seterusnya, Jalur Gemilang akan memecut bersama jentera Lotus di litar. Upacara melekatkan bendera malaysia pada jentera lotus secara rasminya telah disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir di Pavillion.
BERITA NOMBOR TIGA;
Lotus mungkin bakal menerima penajaan besar daripada Petrobras, untuk membawa gergasi petroleum Brazil itu kembali ke kancah formula satu tak lama lagi. Kalo kompem berita ni, masyuk jugak. kaler petrobras pun sama ngan lotus..
http://www.motorsport.com/news/article.asp?ID=360620
SYABAS DAN SELAMAT MAJU JAYA BUAT PEMILIK, PENGURUSAN, PEMANDU, DAN SELURUH WARGA KERJA LOTUS F1 RACING SERTA SELURUH RAKYAT MALAYSIA YG MENYOKONG LOTUS UNTUK GRAND PRIX HUJUNG MINGGU NANTI..

Wednesday 24 March 2010

Kerisauan Butler Terhadap Bolasepak Malaysia.

Bekas jurulatih Kelantan & pemain West Ham United, Peter Butler percaya bahawa kekalahan kelab bolasepak terbaik Malaysia, Selangor menunjukkan betapa seriusnya masalah mutu bolasepak negara.

Selangor, pemenang kejuaraan liga pada 2009 dan ketika ini diantara pasukan teratas dalam senarai Liga Malaysia, dibolosi 6 gol pada perlawanan pembukaan Piala AFC oleh kelab Sriwijaya dari Indonesia pada awal minggu lalu.

"Ini sangat membimbangkan. " kata Butler, yang kini bertugas di Yangon United, Myanmar setelah meninggalkan pasukan Kelantan tahun lepas.

"Peluang melatih dalam arena bolasepak yang berpotensi cerah seperti Malaysia dan melihat kekalahan 6-1 pasukan Selangor kepada pasukan yang mempunyai beberapa pemain antarabangsa, menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. "

"Ini jelas menunjukkan jurang yang sangat berbeza diantara saingan domestik bolasepak Malaysia dan negara-negara Asia yang lain. Siapa sangka 10 tahun yang lepas kelab bolasepak dari Singapura (Singapore Armed Forces) akan bermain dalam Liga Kejuaraan Asia manakala pasukan seperti Selangor dan Kedah ditundukkan oleh lawan pada saingan yang lebih rendah seperti Piala AFC ? "

"Pada ketika ini Sriwijaya bukanlah pasukan yang terbaik dan hanya mempunyai 2 pemain import. Ini jelas menunjukkan peluang yang kurang cerah untuk Selangor pada kempen seterusnya"

"Selangor ketika ini mengungguli Liga Super Malaysia, bagaimanakah situasi ini dapat menggambarkan status mutu pasukan-pasukan lain ?"

By John Duerden
Goal.com
terjemahan: Kelab Penyokong Bolasepak Malaysia

Saturday 27 February 2010

Persahabatan Antarabangsa :MALAYSIA vs YEMEN


Kepada balatentera-balatentera Ultras Malaya mahupun Harimau Malaya (kedua-dua ni adalah entiti berbeza ok), malam ini ramai-ramai kita memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan yang akan menerima kunjungan Yemen untuk satu aksi perlawanan persahabatan antarabangsa. Kebetulan pula hari ini ada karnival jomheboh tv3 di perkarangan stadium nasional, apa kata kalian berkunjung ke karnival kemudian gerakkan kaki anda, keluarkan 10 hengget untuk bersama-sama kami memberi sorakan kepada barisan harimau kita.

Lupakan kegagalan mendapatkan perlawanan persahabatan menentang negara Adebayor, Togo. Mereka nampaknya sangsi akan tahap keselamatan dan ancaman keganasan di Malaysia memandangkan Malaysia adalah negara kelahiran Azhari. Tak apa lah, mungkin mereka masih trauma dengan terrorist ni selepas tragedi serangan di Kejohanan Piala Negara Afrika di Anggola baru-baru ini.

Kuat ke tak kuat ke lawan kita, itu bukan persoalan. Yang penting perlawanan ni adalah perlawanan kelas A yang memberi kesan kepada perubahan mata untuk ranking FIFA. Ayuh rakan-rakan rakyat malaysia sekalian.
SAMA-SAMA MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN KEBANGSAAN !