Wednesday 13 October 2010

Gaduh Lagi : sudah ku bilang....

Dalam entri terdahulu sebelum perlawanan antara selangor dan Kelantan sini .
Sudah ku katakan, pembahagian tempat duduk yg tidak adil oleh pihak pengurusan stadium Shah Alam bakal mengundang kejadian yang tak diingini...

Dan ia sememangnya telah berlaku. Pembahagian yang memberi 'gap' yang kecil buat kedua-dua penyokong mengundang padah. Perang telah meletus ketika pemain sedang beraksi di padang.

Dan ia tidak tamat disitu, provokasi melampau dari kedua-dua belah penyokong berlarutan ke luar stadium. Riot sana sini. Belasah-membelasah jadi semacam pesta. Dan hasilnya...

SEORANG PENYOKONG KELANTAN KHABARNYA TERBUNUH SETELAH DITIKAM!

Aku ingin tegaskan disini, insiden ini bukan salah kedua-dua belah penyokong baik kelantan mahupun selangor. Tapi yang bersalah ialah pengurusan stadium @ pihak FAS yang memandang ringan isu pembahagian tempat duduk. Mungkin dimata mereka benda ni nampak remeh. Tapi tidak dimata penyokong yang cintakan kedamaian.

Kenapa tidak Kelantan diberi separuh bahagian iaitu di sebelah pentas VIP dan Selangor berada di tempat mereka setentang pentas VIP? Bahagian kerusi hijau belakang kedua2 pintu gol harus dikosongkan sebagai penghalang ataupun 'gap'.

Tahniah FAS ! Tahniah kepada semua yang terlibat. Tahniah juga kepada pembunuh tadi kerana anda telah mencorakkan dimensi baru bolasepak Malaysia....

TAHNIAH SEKALI LAGI !

*Diminta bertenang. Kritikan aku bukan atas dasar aku penyokong Kelantan. Tapi atas dasar 'prevention is better than cure'. Nah, dah berlaku sekarang.

UPTADE : LAPORAN POLIS MENGESAHKAN HANYA SEORANG MENINGGAL AKIBAT SESAK NAFAS DAN LAPORAN TV3 MENYEBUT HANYA SEORANG PENYOKONG CEDERA DI KEPALA..

Monday 11 October 2010

Jalan Ke Shah Alam


Kelana Jaya telah menjadi saksi. Betapa semangat dan kesatuan yang tinggi dalam kalangan rakyat Kelantan mampu menjadikan Lembah Klang sebagai 'homeground' mereka. Stadium MBPJ berkaler merah. Meroh meran !!! Alhamdulillah 4-0 tercipta, membuka laluan The Red Warriors segerombolan ke Shah Alam pula selasa ini.

Tidak akan kurisaukan mengenai kehadiran laskar ke-12 The Red Warriors, kerna ku tahu laskar-laskar merah ini akan sentiasa mendukung barisan pimpinan Abe Ya dan rakan2 Indra Putra walau dimana jua beraksi.

Aku risaukan sesuatu. Bukan FRU atau RELA. Biarkan mereka.. Tidak juga kurisaukan pendokong Red Giant. Ku yakin, mereka tidak akan mengatasi jumlah pendokong TRW walaupon Shah Alam wilayah mereka, kubu mereka. Tidakkan ku gentar !

Aku cuma risaukan Pengurusan Stadium Shah Alam. Pengalaman-pengalaman sebelum ini di Shah Alam seeloknya dijadikan panduan. Kegagalan menyediakan ruang buat penyokong Kelantan menyebabkan kesesakan di pihak laskar merah putih. Perlawanan Liga Super sebelum ini memberi bukti ketidak adilan pengurusan stadium. Dari kapasiti 70 000 yang dimilik Stadium Shah Alam, hanya suku tempat diberikan kepada penyokong Kelantan. Menyebabkan berlaku kesesakan yang teruk. Penyokong berasak-asak. Lalu berlakukah insiden penyokong melompat pagar ke tempat VIP. Salah sape?

Ruang yang terhad juga menyebabkan sekumpulan penyokong bertindak berani merentasi sempadan dan mula memasuki bahagian Selangor sehingga mencetuskan provakasi kedua-dua pihak. Salah sape?

Aku harap, untuk perlawanan esok, stadium besar luas terbentang itu dibahagikan seadilnya. Kem Selangor biarkan di tempat mereka iaitu menghadap VIP. Dan Pasukan pelawat biarkan di sebelah sini untuk separuh bahagian lagi. Jangan ada campur-campur. Nanti kalau berlaku apa2 yg tak diingini, semakin galak lah media menyiarkan cerita yang penyokong kelantan ni samseng.

Friday 8 October 2010

Wallpaper Bola | Pemain ke 12 Red Warriors


____________________________________________
Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Tuesday 5 October 2010

MSL 2011 mungkin berwajah baru

"Sementara itu seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan rundingan bersama penaja Liga Malaysia, Telekom Malaysia (TM) yang kontraknya akan tamat pada 31 Disember hujung tahun berada di peringkat rundingan.

‘‘Selain TM, kami sedang memperincikan penaja-penaja baru yang berminat, antara aspek baru yang akan diubah mengenai pendekatan jersi dan ruang iklan,” jelasnya."

sumber

_________________________________________

Alhamdulillah..
Sepertimana yg dijanjikan, nampaknya Tan Sri Annuar Musa menerima pakai & melanjutkan surat ke Majlis Eksekutif FAM berkenaan cadangan yang sangkunang utarakan melalui surat yang dihantar kepada beliau beberapa hari selepas beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden FAM tak lama dulu..

Antara idea penambahbaikan yang dicadangkan kepada beliau ialah mengenai kedudukan TM selaku penaja utama, dan paparan logo besar pada jersi setiap pasukan yang aku kira banyak membantutkan usaha 'bussines in football' kerana ia bersifat monopoli sekaligus menghalang korporat lain dari turut serta dalam Liga Malaysia...


Sama-sama kita nantikan....

Monday 4 October 2010

Awang Import Mungkin Kembali


Melalui sumber FAM, pemain import dijangka akan kembali memeriahkan saingan Liga Malaysia. Namun, bila masanya belum pasti. Besar kemungkinan untuk musim 2012. Tapi tak mustahil kelibat awang import kembali seawal musim 2011 bergantung kepada keputusan Majlis Eksekutif FAM.

Sebelum ini sudahpun diwarwarkan oleh media bahawa khidmat pemain import ditangguhkan ke tahun 2012. Alasannya, menurut FAM, pasukan-pasukan dalam Liga Malaysia masih belum bersedia dari segi kewangan yg stabil untuk memiliki pemain import.

Pendapat aku, ia tak sepatutnya jadi alasan, sebab khidmat pemain import bukannya diwajibkan keatas semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia. Ia bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kata oram putih, ukur baju di badan sendiri. Rasa tak mampu tak payah lah. Kalo nak jugak, usaha cari pendapatan lebih. Guna otak sikit nak jana kewangan. Bukan semata-mata mengharapkan wang poket dari FAM melalui geran tahunan yang seciput itu..