Tuesday 5 October 2010

MSL 2011 mungkin berwajah baru

"Sementara itu seorang lagi Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan rundingan bersama penaja Liga Malaysia, Telekom Malaysia (TM) yang kontraknya akan tamat pada 31 Disember hujung tahun berada di peringkat rundingan.

‘‘Selain TM, kami sedang memperincikan penaja-penaja baru yang berminat, antara aspek baru yang akan diubah mengenai pendekatan jersi dan ruang iklan,” jelasnya."

sumber

_________________________________________

Alhamdulillah..
Sepertimana yg dijanjikan, nampaknya Tan Sri Annuar Musa menerima pakai & melanjutkan surat ke Majlis Eksekutif FAM berkenaan cadangan yang sangkunang utarakan melalui surat yang dihantar kepada beliau beberapa hari selepas beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden FAM tak lama dulu..

Antara idea penambahbaikan yang dicadangkan kepada beliau ialah mengenai kedudukan TM selaku penaja utama, dan paparan logo besar pada jersi setiap pasukan yang aku kira banyak membantutkan usaha 'bussines in football' kerana ia bersifat monopoli sekaligus menghalang korporat lain dari turut serta dalam Liga Malaysia...


Sama-sama kita nantikan....

7 comments:

aFiQ said...

terbaik la pert!hntar surat baru mntak TSAM arrange kn friendly utk national team bley x?

Paritbuntarmali said...

Bertukar wajah lagi MSL kita. Ini adalah kemahiran tertinggi yang ada pada FAM iaitu melaksanakan peraturan baru pada kadar yang amat kerap sedangkan yang lama pun masih dalam pelaksanaan dan belum mencapai kejayaan positif pun.

Mungkin mengikut kehendak barisan terbaru kabinet FAM. Tukar kabinet aje maka bertukarlah juga peraturan dan wajah Liga Malaysia kita.Hasilnya kita dapati perjalanan Liga kerap bertukar dan kadangkala perubahan berlaku hanya disebabkan untuk menyelamatkan sesebuah pasukan.

Sepatutnya sudah lama masalah iklan dan tajaan penaja utama FAM yang menguasai jersi dan stadium pasukan bertanding MSL ini diselesaikan. Setiap pasukan seharusnya dibenarkan logo atau lambang penaja atau pemilik utama pasukan masing-masing diletakkan pada bahagian hadapan jersi mengambil alih tempat logo TM. Barulah ianya dapat mencerminkan erti iklan dan tajaan yang sebenarnya.

Dengan cara ini ianya dapat menarik syarikat,individu atau mana-mana organisasi untuk melibatkan diri dengan aktif dalam perjalanan MSL. Ini baru di jersi, mungkin di masa akan datang tajaan untuk nama stadium, papan iklan di tepi padang dan lain-lain lagi yang sepatutnya idea ini dimaksimakan penggunaannya.Tetapi dengan peraturan FAM sekarang ini ianya amat sukar untuk dilaksanakan dan sedikit sebanyak menghalang minat penaja.

Apabila setiap pasukan mempunyai penaja dan sumber kewangannya sendiri yang kukuh, FAM sendiri mungkin tidak perlu lagi memberi geran tahunan. Setiap pasukan dalam MSL seharusnya berusaha untuk keluar dari budaya menerima subsidi atau geran tahunan.Jika tidak ianya bukanlah satu taraf professional dalam erti kata yang sebenarnya. Berlagak macam pro tapi tangan masih menadah memohon bantuan dari FAM. Harap dapat glamour aje.Cari duit sendiri tak tau atau mungkin lebih tepat lagi tak mahu. Malu le dengan pengurusan bolasepak macamni.

Peminat bolasepak Malaysia...

Anonymous said...

setuju ngan paritbuntarmali....

pengurusan liga tak pernah konsisten. ikut mood. mereka mengurus sukan seperti mengurus sebuah parti politik

SangKunang said...

afiq: aku x pakar lah nak menulis pasal friendly match tu.. hehe.. apakata ko tuliskan. nanti aku bagi kat tan seri...

SangKunang said...

paritbuntarmali & anony:

format liga malaysia yg sering bertukar2 dengan kerap tu adalah perkara biasa dalam FAM. sekaligus menyebabkan liga super kita yg sepatutnya dan jadi hebat, tp sebaliknya. kita dah mulakan liga super pada tahun 2004, berbanding jiran kita indonesia yg memulakan liga super mereka pada tahun 2008 kalo x silap.
tp skrag perbezaan jelas ketara, dengan liga super indonesia diiktiraf antara saingan liga terbaik di rantau ini dan mendapat tempat otomatik dalam piala juara2 asia. kita kemana? piala afc pun masih tersangkut2.

nampak disini hala tuju liga kita masih belum jelas dan fam sebenarnya tiada misi dan visi khusus dalam merencana masa depan liga malaysia amnya & liga super khasnya...

aFiQ said...

Betul ni Pert?klo ko serious nk hntarkan ak pon serious nk tulis!tp ak rser ko tulis lg kick kot..so ak bg input sket la aper yg ptut TSAM tau psal International Friendly ni..

bkn aper, skunk ni org dok kecoh2 psal import utk next season Super League smpai org cm da lupa yg tahun depan ni, National Team kita akan main bnyak Qualifying..

Qualifying ni bsar mkna nye bkn just main ske2 jer..klo Malaysia x layak msuk Asia Cup ker World Cup ker hbis sumer public kutuk..tp bler main Qualifying game tu sndri, ader mereka tahu bler nye skuad kebangsaan kita main?

so utk next year, ak just nk cdangkan kt TSAM supaya susun jadual Liga M btul2 ikut International Week..bler mner liga luar stop 2 minggu utk International Week, hrapnye liga kita pon cuti 2 minggu supaya senang nk prepare utk national team..dan supaya senang utk FAM organize friendly awal2..dan supaya senang peminat nk tau bler Malaysia ader game..ni klo x asyik tngu jerla bler Malaysia nk ader friendly..balek2 tngu Pestabola x pon tngu bler ader team ajak..klo tader mmg trus menunggu la peminat bola sepak Malaysia...

mcm yg berlaku skrng ni la..team2 jiran sumer berlumba lumba main friendly..kite melopong trus hanyut..sedey bai!

SangKunang said...

serius laa beb..
ko tuliskan.. masukkan point2 penting skali. tp make sure jangan campur aduk ngan isu lain. fokuskan pada masalah bertindih antara liga super dan perjalanan pasukan kebangsaan sahaja.

aku akan hantarkan.. InsyaAllah, TSAM adalah seorang pemimpin yg tidak mengetepikan pandangan peminat..

nanti emelkan pada aku ye