Sunday, 8 November 2009

Bakpo Kelate Kaloh?

PERINGATAN ! Tulisan ini bukan mengkritik kelantan, tapi mengutuk sebilangan rakyat kelantan yg berfikiran tak rasional..

Aku memulakan tulisan ini pada pukul 6.20..
balik dari stadium smalam x tido lagi. Ingat tak mau menulis pasal perlawanan akhir semalam. Sebab semua orang dah tau yang kelate kalah 3-1. Dan semua orang tahu yang perlawanan akhir ini paling meriah dari segi jumlah kehadiran tapi paling tak meriah dari segi permainan.
Tapi jari ini gatal, mulut ini banyak mengemam , hati ini masih tergamam..
Kenapa kelate main macam tu?
Kenapa senang2 je disayurkan oleh Jang?

Hari ini kita berdiari sikit.
Semalam aku sampai di Stadium Nasional Bukit Jalil pada pukul 3.25 petang. Lautan merah sudah kelihatan sana sini. Aku kagum, aku bangga. Bangganya jadi anak kelate kerana rakyatnya yang betul-betul gilakan bola. Sampai je di perkarangan stadium, budak kelate memang gila... sebab? Sebab masa tu ada 5 orang peronda polis berkuda sedang meronda. Penyokong kelate terjerit-jerit bersorak kearah abang2 polis berkuda tu. Tiba-tiba depan mata aku ada sorang mamat mana tah bakar mercun bola bersaiz besar sikit dari guli putih, dan menggelekkan bahan letupan tu ke arah kaki salah seekor kuda yang membawa polis. Meletop ! sikit lagi nak kena kuda tu, nasib baik kuda terlatih PDRM ini tangkas menangani situasi keganasan manusia di muka bumi ini. Cool je dia elak mercun tu.. jap, kalau aku jadi kuda tu, aku dah sumpah habis-habisan... Dan aku rasa kuda tu memang menyumpah dan berdoa sekali agar kelate kalah.. Ingat sikit brader ! binatang selalu berzikir dan bertasbih tau. tak macam kita. dan bila kuda yang tak bersalah tu mendoakan kekalahan kelate, 10 % ruang kekalahan mula menjelma.

Kemudian, aku ke surau dekat LRT untuk menunaikan tanggungjawab umat Islam pada waktu petang disamping memantau pergerakan lautan merah yang kian pekat warnanya. Sorakan x pyh cakap la. Meriah beb! Meriah menyambut penyokong2 kelate yg baru tiba dari LRT. Itu untuk yg berbaju merah saja. Bila tiba segerombolan manusia kuning turun dari LRT, lain macam meriahnya. Sumpah seranah maki hamun carut mencarut kedengaran. But its ok.. aku masih boleh terima, sebab aku sendiri pun turut menyumbangkan suara untuk meng'gege'kan suasana. Tp bila makin ramai, makin meriah jadinya, bila makin meriah, makin tak terkawal jadinya. Ketibaan laskar berkuning ini disambut dengan botol2 100+, mineral singgit, vitagen dan bermacam-macam jenama air lagi.. ok lagi, sehinggalah aksi baling mercun ke arah laskar kuning bermula. Kesian beb, depan mata aku budak kecik, orang pompuan kene baling mercun. Sikit lagi nak kena kepala akak tu. Nasib baik tak kena, kalau tak abis terbakar tudung yuna kaler itam yang dia pakai tu..
Kalau aku jadi akak dan budak2 kecik tu yg tak bersalah tu, aku akan mendoakan kekalahan kelantan. Dan aku rasa akak tu berdoa walaupun dalam hati. Peratusan kekalahan bertambah lagi jadi 20%.. Ingat brader, doa orang teraniaya sentiasa dimakbulkan Allah.

Masuk stadium.. NS memang dah kalah awal. Kelantan 75% tempat duduk diisi oleh tentera merah. Aku bangga, tp yang tak bangga nya bila mana brader2 Jang sedang memasang banner "Daulat Tuanku" dan disambut 'boooo' oleh penyokong merah. Ish, tak kena tulah ke nanti? haha, takpe laa yang tu. Mungkin peratusan tu tambah 5% je kot..

Game mula. aku dah x sedap hati tengok percaturan B Satianathan ni. Taktikal apa yang dia guna? Apa strategi dalam kepala dia? Nizad Ayub main 1st eleven instead of khalid jamlus? Zamri, budak umur 19 tahun yg biasa main forward tu mlm ni main left back? come on la macha, ini final sudaaah. no time for trial laa. Big game, Big risk !

Dan kerisauan aku menjelma jua pada minit 17. Hasil kesilapan kecil tp besar kesannya, dilakukan oleh pemain yg aku risau tu, zamri menyebabkan lautan merah tenang seketika. Tompok kecil baju kuning mula bersorak riang. Memang kesilapan zamri adalah satu kesilapan yg x sepatutnya berlaku di final di kala semua pemain mengambil langkah berhati-hati.
Tp masa tu aku masih yakin. Sathia should do something.

2nd half, kemasukan Khalid & Cik Hisham mengembirakan penyokong merah. Tp kegembiraan itu hanya sekejap. 10 saat berlalu NS menambah gol.. salah sape? defend lagi..
dipendekkan cerita, gol ke3 salah sape??? orang yg sama, zamri. (tp xpe la, ko mude lagi)

Masa ini hatiku sayu dan sedih melihat banner panjang yg tertulis " Terima Kasih Tan Sri Presiden" dijatuhkan oleh mereka2 yg tak mengenang budi. Sedih sungguh melihat banner yg berpuluh2 meter panjang itu jatuh sikit demi sedikit. Sedih bukan sebab banner tu mahal, tp sebab nilai di sebalik banner tu. Jatuhnya sebuah perjuangan yang sering dilaung-laungkan. Dan jatuhnya kehormatan penyokong terhadap insan yang telah menaikkan martabat bolasepak kelantan 2 tahun kebelakangan ini. Aku paham perasaan penyokong, aku pun sama rasa macam diorang rasa. Diorang kecewa aku kecewa, diorang marah aku pun marah.

Apapun, gol tunggal indra sedikit mengubati kekecewaan. Gol cantik plak tu, bertaraf antarabangsa. Dan gol itu juga berjaya menobatkan indra selaku penjaring terbanyak Piala Malaysia, 1 gol mengatasi Zaquan.

Habis perlawanan, pertempuran masih belum tamat. Insiden baling membaling, pukul memukul berlaku di luar stadium. Member aku dari kelatedotnet, dipukul oleh rakan senegeri kerana member aku cuba mempertahankan sorang penyokong NS yg dibalun beramai-ramai.. Kesian mu adib. Tp aku respek mu, mu lah wira sejati. Sanggup mempertahankan penyokong NS yg kene balun ngan budak2 hooligan tu.

secara keseluruhan, aku menganggap kekalahan dengan gol2 yg pelik ni adalah berpunca daripada sikap penyokong kelate sendiri, (sebilangan).. aku ikhlas katakan doa mereka yg tak bersalah DIMAKBULKAN ALLAH.

Apa-apa pun, yg menang tetap menang yg kalah tetap kalah.
Tahniah Negeri Sembilan, Daulat Tuanku Muhriz. Syabas jugak buat kelate, kerana daripada 20 pasukan yg bertanding, berada di tempat kedua adalah satu pencapaian yang 18 pasukan lagi tak mampu untuk lakukannya..
dan
TERIMA KASIH TAN SRI ANNUAR MUSA.
Bapa bOlasepak Kelate. TEruskan usaha murnimu untuk membangunkan bolasepak negeri CIk Siti Wan Kembang... !

KELATE TETAP TERBAIK !!!!!!
Champion in the making ..........kito gomo lagi pahni.. gomo pialo, buke gomo oghe

41 comments:

Pak Man laksam said...

Pak Man ingat separuh masa kedua Zamri akan di gantikan dengan orang lain , tapi tak.
Apa nak buat......

~nazma said...

betul tu sangkunang, sedih tengok sikap penyokong, langsung tak profesional. fanatik tak bertempat.. agaknya pemain pun tension dengan kefanatikan membabi buta ni..

suppose i will be there too, tapi last minute ada sikit problem, dan tak jadi.. nasib baik, kalau tak sanggup berhujankan mercun..

dan percaturan sathia, memang SALAH!

ibnulazim said...

Ambo sebagai rakyat klate malu tgk sebahagian penyokong2 klate yg xcerdik ni..

Apa2 pun tahniah negeri sembilan, you deserve the cup. Tahniah juga kepada team kelantan, nanti kita usaha lagi.. huhuhu

en sesengat said...

aku setuju sgt dgn entri ni...kt tmpat aku nih (sarawak) siap pasang skrin besar lagi......mula ok2.tp last2 dgr org dok maki ja.kesian kt anak2 dgr bapak2 ni dok maki org. mgkin tu cara diaorg asuh anak kot

aku ada trbaca satu forum nih (forum utk pnyokong bola klntan kot)masing2 bising menyumpah2 kata penyokong bola perlis darat sbb sggup baling mercun kt player yg trbaring kt padang. semalam membuktikan sapa lebih darat sebenarnya.

sot said...

Aku pun kecewa:
1. Sikap setengah penyokong yg baling objek, bakar mercun, bakar kerusi, & bergaduh.
2. Taktik dan teknik pasukan yg tak setanding ngan N9 menyebabkan mudah di buli mereka terutamanya barisan pertahanan yg tah hapa2.
3. Namun aku harap Kelantan belajar dari pengalaman ini dan bangkit kembali dgn lebih matang.
4. Dan aku bangga dgn pemain2 Kelantan yg tetap bersungguh2 bermain dgn baik walaupun tekanan dari penenton dan pasukan lawan yg hebat.

H.R PuTeRa YuSoFF said...

jai just tgk kat kafe je coz jpp ada pasang layar. tp my YDP, NYDP dan beberapa rakan ada kat sana. dh la mutu bola sepak malaysia mcm ni.. ditambah pulak dengan penyokong yg mcm ne.. sukan kita takkan kemana...

Anonymous said...

Kelante kalah sebab penyokongnya sendiri. Penyokong patut beri tekanan pada pemain NS tp sebaliknya.Kesian belum habis game pemain NS dah membuat Penyokong Kelante keluar stadium tak yah baling mercun bola pun tapi sumbat bola dlm gol Kelante.....Guano mu

My Longest Yard said...

Baca ni...

http://nasionalis1982.blogspot.com/2009/11/sketsa-piala-malaysia.html

gulaikawah said...

salam sangkunang..selpas gol panalti kawe kuar dah..bukan kecewa sgt dengan game,tapi kecewa dengan penonton..hampir2 kawe kena mercun dan botol air..bodoh punya orang!

aku dengan ini mengaku, masih ada rakyat kelantan yang bangang dan x bertamadun!

Anonymous said...

Ape2 pun, Negeri Sembilan vs Kelantan, coach dgn captain Johor yang angkat piala

kudabesi said...

hobing jang hobing..

haha..

nuff said, holiganisme tak dialu-alu kan

dari awal lagi, dorang pecah pintu stadium

kalau ada yg berforum kat cari, blh tgk org dari pelbagai aliran politik pun dah kutuk2 pasal benda nih.

ada yg tanye, nape fru x tembak tear gas..jawapan mudah je, sbb tu kat dlm stadium. bila kat dalam kawasan tertutup ngan bilangan yg padat. amat la berbahaya.

lg satu tear gas pye asap kita x boleh kawal. byg kan klu asap tu kena kanak2..org tua, org asma, yam tuan dsb.

GombakRock said...

salam...
bagus!!satu ulasan yang matang... jika ditanya kpd saya kenapa kelantan kalah saya akan jawab satu huruf dan satu perkataan saja..."b.sathianathan"...hahaha
kpd penyokong kelantan harus diingat kejayaan tidak akan datang dgn bergolek...N9 pon selepas kalah dua final sebelum ini (2000,2006)... kejayaan menjelma pada tahun 2009...

p.s:tadi kat info sukan tv1 anuar musa sempat mengumumkan yg norshahrul idlan talaha dah "sign" dengan kelantan...tahniah ar... dalam duka ada suka...

jonit said...

hmm..salam pert..sedeh2..xpe..tggu tahun ke 40...maybe dpt kot..hehee..
pasal kes SUMPAHAN oleh kuda..bdak2..kakak2..dh macm2 lg sumpahan tu betul gak..atas sikap diorang kelantan kena label cam2..
pasal player plak..aku mmg F***K si Zamri...bkn pot die la die main malam tu..si "cha" tu mmg xpandai lg r nk susun strategi.serius defend diorang truk la...kasi bdak IPG main ok lg kot..

Pokjak a.k.a. Aizat said...

*Thanks pert sbab penuhi request ak aritu.

tp tu la ak sdiri pn sdih tgk oghe kito gitu, bg ak kaloh nk wk guano dh kaloh trima jah la. Next year ado lg, blatih sdak lg jngn dok ule bnde saloh tu.

ak personally mintok maaf kpd mano org negori y kna baling mercun ke botol ke kna blasah. Ak mmg xsokong violence apatah lg ke atas bdak2, wanita n org xbslah. so sory.

anyway thanks to tan sri nuar kito sbab taja kelate smpai ko tahap loni.
waslam

skamals said...

Salam...
pade saye...
kelantan kalah sebab gugup...
dan lambat nak settle downkan gugup tu...
final PM ni lain macam aura die...

15minit pertama kedua2 team gugup...
passing tak tepat....
tapi gugup n9 tu ditampung oleh gol mereka pada minit ke-18...
dan mase tu...kelantan still tak settle downkan gugup tu...
masih passing tak tepat...
terutama daudsu....
nak bagi ke indra....tak leh lepas lansung....
sedangkan n9 dah mula disiplin...
defend maintain....dapat je patahkan bola kelantan....

lagi satu....
baru minit 60 ramai penyokong dah kluar....
banner GOMO kelate GOMO dijatuhkan penyokong sendiri....
sepatutnye, terukan sokongan...
sorak ramai2...penyokong ramai tu...
kalu satu sorakan atau nyanyian serentak....
kompem dgr sampai ke dalam TV....
mungkin kelantan perlu ade satu kumpulan yang lead sorakan....

tentang keganasan penyokong tu...
minta maaf cakap....
memang sudah dijangka....
sebab tu BOMBA dah standby awal awal...
rasenye first time BOMBA kene standby dalam padang....
dan pendapat saya....
penyokng yang SAMPAH macm tu adalah penyokong yang tak pernah tgk game AWAY....
dan yang gi stadium bile team power jer....

papepun tahniah n9 juara....dan kelantan naib juara....berehhhh =)

Mansor Adabi said...

Salam,
kawe malu tengok perangai penyokong-penyokong Kelate(sebahagiannya lah!!!)maluuuuuu sangat-sangat!!sampai bilo sikap dan perangai buruk penyokong kito nak berubah???? Sikap ini sungguh mengjengkelkannnn...kaloh bola tak apo la, kawe buleh terima lagi,buleh ambik buat pengalaman,..dari segi 'akhlak' (penyokong) kita dah kalah sebelum perlawanan bermula lagi!!!!terlalu fanatik tak bertempat!!!bakar mercun, baling mercun ke padang,lontar objek ke arah jurukamera,macam2 lagi....tak sanggup nak tulisss......sampai bila penyokong kita nak berdisiplin???? KAFA jugak yang kena tanggung beban!!!!!
Kawe tak serik nak sokong pasukan Kelate, tapi kawe benci sikap penyokong yang tak bertamadun!!!
kawe perati game Kelate male tu tak macam biasa,(gemuruh kot??)pergerakan Farhan pun nampak terbantut,Khalid pun tak membantu sangat,Che Hishamudin kurang menjadi...tak lincah macam biasa, tapi so hok kawe respek male tu, Abe Halim kito 'cool' je,(w/pun bolos 3 gol,hi,hi,hi)ni yg kawe suko,hidup Abe Halimmmm....TAHNIAH NS dan TAHNIAH jugok KELATE...itu je la,kalu ikut banyak nok tulis tapi tak sanggup nak mengaibkan negeri sendiri....pah ni layan EPL la pulokkkkk...

Anonymous said...

salam..sy puji cara penulisan sangkunang..pasal bola smale, ishh...sedih,terkilan,tergamey,kuciwaa dan banggo jgk ngn pemain n penyokong kelate leh masuk stadium bkt jalil ke final..permainan yg xkonsisten n penyokong yg dh lari dari tamadun manusia..hanya ttyo2, "bakpo pakat jadi lagu tu?"

Anonymous said...

betapa attitude pun memainkan peranan..cmne nk tukar mindset sebilangan penyokong kelantan ni yg disebabkan mereka,mnjatuhkan imej kelantan tu sndiri..apape pun,kelantan have done their best..congrats!

Kawe said...

Salam,
setuju dgn tulisan SangKunang dan komen dari rakan2 lain spt di atas...

bolasepak Kelantan semakin baik(ditahap membanggakan~didalam proses peningkatan)TAPI
perangai,sikap,akhlak,disiplin(dan seumpamanya)penyokong-penyokong Kelantan adalah seperti orang tak bertamadun!!!! malu kawe gini,,,tak boleh ke kita tunjukkan sikap yang baik,menonton dalam keadaan berdisiplin,tunjukkan contoh yang baik kpd orang lain,
(tak sanggup lagi nak tulis....)

Anonymous said...

Saya antara penyokong Kelate yang tidak memilih Klate untuk muncul juara.Kegugupan dan kegopohan dalam mengawal dan membuat hantaran menjadi punya utama Kelate tewas mudah.Di samping itu rentak permainan Kelate semacam 'tak naksu' nak menang.Seolah-olah nampak lembik dan tidak bermaya.Permainan mereka jauh berbeza sewaktu menewaskan Perlis sewaktu separuh akhir ke-2 di Kangar tempohari.Malam tadi pemain Kelantan tidak mampu untuk mengawal bola seolah-olah baru pertama kali bermain bola sedangkan sokongan penonton seperti bermain di Kota Bharu.Tidak mengawal pemain lawan dan seperti sengaja membiarkan pemain lawan terlepas begitu sahaja dari kawalan..entah, saya sendiri tidak tahu di mana silap mereka pada kali ini.Hantaran meliar,malas mengejar bola dan tidak dapat membuat keputusan untuk menghantar bola ke mana bila terkepung.Jauh berbeza dari permainan sebelum ini.

Masalah penonton, memang tidak dapat dinafikan...mempunyai minda kelas ketiga belas!!!!.Masih tidak berubah.Menang sorak kampung tergadai.Setiap kali Kelate menunjukkan prestasi sedikit menurun, maka penyokong mula berpaling tadah.Setakat menyokong pihak lawan takpo lagi..ini sehingga melontar mercun, membakar kerusi dan sebagainya sudah di luar naluri kemanusiaan.Kalau kecewa, pasukan lain lagi kecewa kerana mereka juga sebenarnya mahu beraksi di final.Kelate sudah 2 kali ke final pada tahun ini, itu sudah lebih dari cukup membanggakan.Kekalahan perkara biasa...adat pertandingan.Kalah hari ini bukan akan terus kalah selama-lamanya.Nasib Kelate setakat naib juara sahaja, cuba lagi tahun depan.

Sepatutnya penyokong Kelate terus memberi sokongan padu..liga England menjadi contoh, walaubagaimana teruk sekali pun pasukan mereka beraksi, namun sokongan tetap padu, tetap bersama pasukan.Mereka terus setia bukannya meniggalkan stadium bila pasukan ketinggalan.Sikap baran, tidak bertamadun perlu ditinggalkan di rumah atau di luar stadium.Pasukan lain sudah berulang kali beraksi di final dan menerima nasib sama, kalah juga di perlawanan akhir, tidak merusuh atau merosakkan harta awam...mereka pulang dengan sugul dan kecewa sahaja.Bijak mengawal perasaan.Penyokong Kelate berani tidak bertempat...ubahlah sikap yang negatif tu.Dunia sudah semakin maju, negara kita juga sudah lama merdeka, buat apa masih taksub dengan perangai gedebe yang membawa musnah nama baik dan maruah negeri Kelate.Pemimpin persatuan, pemimpin negeri awal-awal meminta penyokong bersikap elok..Pemangku Raja ada bersama,tak kah malu menunjukkan sikap sedemikian rupa..

SangKunang said...

salam semua pengomen..
terima kasih sangkunang ucapkan kepada semua yg melawat dan meninggalkan komen2 bernas pada entri ini..

tq PakMan Laksam, nazma, ibnulazim, en sesengat, sot, HR Putera Yusof, Anonymous 1, My Longest YArd, GulaiKawah, anonymous 2, kudabesi, GombackRock, Jonit, Pokjak, skamals, Mansor Adabi, Anonymous 3&4, kawe, anonymous5..

saya dah baca semua komen bernas anda satu persatu, dan hasilnya saya dapat simpulkan yang
KAMI BENCI PERUSUH !!!

asbzain said...

...Kelantan kalah...salah coach...salah percaturan pemain

Semangat juang pemain tidak kuat...ketinggalan 0-2.terus lesu..setakat separuh masa pertama...belum tentu siapa menang...Final piala FA 1990 Perak ketinggalan 0-2.kepada Selangor....boleh sumbat 4 bijik masa kedua.. Perak juara..

Manchester United..ketinggalan 0-1 kepada Bayern Munich sehingga minit 90..masa tambahan selang 2 minit sumbat 2 bijik...Juara Eropah 1999...

Malam Sabtu yg sama di EPL..Man.City yg Kelantan berlatih/lawan Ogos lalu ketinggalan 0-2 separuh masa pertama kepada Burnley..akhir boleh seri 3-3 sama...

Watak juara dah ada..bukan senang boleh pergi final semusim DUA KALI di Bukit Jalil...Kelantan sudah boktikan boleh...Teruskan perjuangan ..jangan cepat putus asa..

Negeri Sembilan tunggu 61 tahun..2000 dan 2006..gagal...2009 tahun yang hujung angka 9..tahun bertuah agaknya..Juara

Pasukan Kedah ke final 3 tahun berturut turut..1987,1988,1989..Tahun 1990 baru juara..

Terengganu ke final 1972 dan 1982...Last 2001 baru jadi juara...

lolo said...

salam semua..

sayo baco 95% dari komen2 kat atas.. pd mulenye (sbelom bace blog nih) saye rase kesilapan strategi n coach penyumbang utame kekalahan klate.. tp lepas bace dari yg lihat dgn mate kepale sndr (sori saye x pegi sbb xmampu melawan ombak ganas) byk bende yg klate harus perbaiki. Coach perlu ada mindset yg favor kpd klate. ini x. saye xtau la kisah sbenar di sebalik. tp bile bace paper psl coach kate NS akan menang b4 game.. saye dah bengang smcm.
psl penyokong klate yg saye rase spt syok sndr atau prasan diri xbsalah tu, kite mmg xleh nk tangkap semua. sekurang2 nye kite 'saiko' diorg supaye jgn buat mcm tu. so, entri ni sgt perlu.. syabas pd penulis. nway, gud luck pd kite n semoge klate akan maju lagi..

Salwani said...

Salam..maaf klu sy nie menyampuk jap..wlpn sy nie x minat sgt2 bola tp bila melibatkan pasukan bola sepak negri kito nie, si merah, sy excited la gak. Cuma yg mnyedihkan dgn sikap segelintir penyokong kito yg kononnya nk mnunjuk betapa gedebenya diorg..sy kesal n malu sb sbg ore klate sedikit sebanyak kita sume ore klate akan turut dicop sebagai rakyat yg sukakan keganasan..nie lah jd klu xde kesedaran sivik dalam diri...

hishamuddin said...

memang sedih kelate kaloh, tapi lebih menyedihkan lagi sikap penonton yang masih lagi mentaliti dunia ketiga.....apapun TAHNIAH The Red Warriors kerana berjaya ke final ...tahun depan coba lagi....

ibu comey said...

Sathia kena turunkan zamri. its rule. kena ada at least sorg president player dlm team. Nak buat macam mana... tentu ada hikmahnya. bila aku tengok lautan merah. aku takut jugak klu kelantan menang. takut runtuh!! ahahaha.. sbb terlalu ramai manusia melombat bersorak!!!
Takpe kelantanese... cuba lg tahun depan.. bereh...

kok lanas said...

salam...tahniah pada yang menang..
aku lama juga dok kelate..aku hairan kenapa sikap s/tengah umat kelate nie masih berfikiran kuno..
langsung x ade semangat kesukanan,
suka ikut perasaan.kalu aku nok komen mmg banyak..aku bagi contoh ler dlm tentera..klu x de disiplin alamat hancur ler ..sama juga team+penyokong kelate..mana disiplin demo semuo..sabit tu kelate punoh..apa pun pas nie kelate bangunlah ..bukan senang masuk final..benda dah jadi sesal pun x guna..

wira hitam said...

ibu comey....
instead of zamri, satia masih ada pilihan untuk memasukkkan Hanif d posisi wing kanan atau serangan..
zamri pun masih boleh diturunkan tp bukan sebagai defender tp sebgai forward.. letak zamri di tempat nizad

Tweetseries said...

Aku jarang baca komen org. Tapi bab bola dan kekalahan kelate malam tu membuatkan aku setuju dgn tulisan sangkunang.

Semangat pemain kelate seawal 10 minit berlangsung sudah di'down'kan oleh para penyokong kelate sendiri. Elok2 permainan sedang berlangsung, dah ada yg mula lempar mercun. Aku sbg rakyat kelate terasa amat malu di atas sikap bahlul bodoh bangang penyokong seperti tu. Tak usah cakap lah term 'profesional' kat diorang, yang layak mereka digelar bangsat. Tak nak ambik pengajaran di atas tindakan disiplin penonton kelate sblm ni. Sekaligus menjatuhkan maruah penyokong2 yg lain. Aku heran dari mana datangnya puak2 tak bertamaddun tu, dengan mercun, tak jaga akhlak suka ejek2 orang. Orang luar dah tak respek sebenarnya kat kita org kelate nih. Mereka buat diam jer bila berdepan dengan org klate sebab diorang tahu peel rakyat kelate dalam isu2 sokong menyokong benda sukan nih. Yang meyakinkan aku, rata2 penyokong klate yg bangang malam tu adalah dari jenis tak suka baca surat khabar, kepala khayal, hadapai masalah akhlaq tahap gaban serta yg perasan gedebe. Rasa diri kuat bila berkumpulan, tapi bila bersendirian penakut hangit.

Berubahlah deh..kesian tok guru, bertambah sakit jantung tuk guru bila kelih bola malam tu. Berbuih tuk guru duk nasihat kpd rakyat kelate, tapi kpd golongan nih, tak sampai ketelingan dan lubuk hati rupanya pesanan2 baik dari golongan ulama.

red warrior said...

pix,paste dale KDN..sedih kawe baco..

Anonymous said...

kjayaan x mari scara tibo2...
moga2 pasni kjayaan milik red warrior plop..
y penting pyokong keno bagi sokongn padu n profesional..
comey pon negeri kito,uduh pon ngeri kito jugk..
red warrior tetap dihati!!

Anonymous said...

sangkunang, u got my respect bro!!

aku salah seorang hardcore fan n9 yg hanya menonton dari tv1 je pada mlm tu.
dan utk pengetahuan, petang itu aku juga mengikuti konvoi berkereta fan n9 dari STAR paroi mengibarkan bendera n9 hingga ke tol sg besi dan kemudian berpatah balik ke seremban hanya utk merasai kemeriahan dan semangat menyokong pasukan kesayangan 'den' ni.

dan utk pengetahuan, sblm ini aku tidak pernah terlepas aksi n9 ketika final 2000, 2009, aksi quarter dan semi yang melibatkan n9 sejak dari dahulu lagi, malah tidak ketinggalan juga pada aksi liga sepanjang musim..ada kalah, dan ada yg menang..tp alhamdulillah jika kalah sekalipun, tiada perkara buruk berlaku.

tetapi apabila final tahun ini mempertemukan n9 dgn kelantan, aku ambil keputusan utk hanya duduk dirumah dan menonton di kaca tv sahaja kerana insiden ganas/liar sebelum, semasa dan selepas perlawanan memang sudah dijangkakan. - ini berkaitrapat dgn keganasan bolasepak yg diakibatkan oleh SEGELINTIR penyokong kelantan yang sudah diketahui umum sebagai penyokong yg tidak bertamadun. aku ambil keputusan ini kerana aku bimbang sesuatu yang buruk berlaku, lebih² lagi aku selalu membawa 'hero' aku ikut serta.

apa yg aku nak ceritakan disini ialah mentaliti peminat/penyokong seperti aku yang sudah lama menge'cop' - jika ada perlawanan melibatkan pasukan kelantan, baik aku duduk rumah. walaupun pada hakikatnya aku agak terkilan tidak dapat meraikan kejayaan pasukan aku dan menjulang piala kebanggaan. tetapi demi keselamatan diri dan hatrabenda aku, aku terpaksa korbankan.

akhir sekali, utk penyokong matang dan setia kelantan, aku ucapkan tahniah kepada deme disebabkan anda, kelantan semakin bangkit dalam bolasepak negara kita, cuba lagi pada tahun hadapan, dan pada penyokong kelantan yg tidak bertamadun , ubahlah sikap demi kebaikan pasukan kesayangan deme nih..

berehh

cyberfly said...

Salam. kawe antara penyokong kelate hk ada male tu.

kecewa sungguh tengok budok2 bengom duk buat onar. kawe perati sek2 dio buke gi tengok bola, meme gi nak buat onar jah.

semua ore sek dio kaca, buke penyokong n9 jah. guano eh nak hale sek2 bengom tu mari? wak malu kelate jah.

lepastu kawe baco dale paper, 1400 guard tok cukup nak kawal 100k penyokong. kawe raso tu tak betul.sbbnya hk bengom main bedil habis banyok pn tok sapa 100. Jaga hk bengom tu je la. Hk bengom keno igat, buke penyokong baik nak merusuh pun.

sepatutnya napok jah mano ore main bedil, gi ata guard situ selalu. stay situ jaga. ni kawe tengok guard duk ralik tengok bola jah belako.

Encik Azizan said...

bakpo klate kaloh? sbbnye mudah..taktik org men hoki buke taktik ore men bola..

kawe skng wan jamak..ptot dio oyak sathianathan org baru..mmg btol..bg kawe die mmg baru..bnyak yg die xtaw..kite ley tgk cmno die urus player malaysia..org yg die amik adalh muka yg sama dan lngsung tiada peningkatan,,tgk rajagopal nmpk kepandaian dalam menilai player bukan menilai muka yg da femes sbb wakil malaysia bkn femes bantu kmngan utuk malaysia,

apa motif die memasukkn nizab ngn norhisyam? kawe meme respect care permainan norhisham,walaupon slow tp skill passing n open game mmg die pandai tp knape masukkn die sbagi 1st eleven,sdgkn game sblm sbgai gantian je n juga sebgai pemain pinjamn..persefahaman dngn palyer len mash kurang..itu satu..

ke 2..kenapa nizab?sdgkan pemain ini hnye bermain utk game2 last je slps ketiadaan khlid ketika mlgsngkn perkahwinan.kpd sathiantan,ini final bkn peringkat kumpulan,.sdgkan zamri yg ona bermain dalam final ketika bertemu sgor bnyak buat kesilapan..aptah lg die yg belum ada pngalaman.final penyokong bukan sepuluh org tp berpuluh2 ribu..kdg2 tekanan dr penyokong sndri lebih kuat untuk pemain yg x berpengalaman seperti nizab..perlu ingat,wlpon khalid jenis malas lari tapi khalid kaki gol..ingat tu..klu nk banding ng nizab?bpe gol dpt?padahal peluang yg dbri sudah bnyak..

kawe mmg x puas hati dgn tactic die..dan kalau klate nk menang kena ada sorg strker yg prolifik...kawe brani cabar nizab klu kawe dberi kesempatn utk bermain.

dan satu lg,klate kna berbelanja utk mndapatkn player tgh yg boleh membuka sesuatu game dan membuka peluang kpda stker utk lebih bnyk membuat gol

dgr cte klate da dpt nor idlan talaha..bg kawe die ni antara player yg boleh dididik utk mnjadi player yg bagus..lg pula die bleh bermain d posisi strker n kiri mcm indra.satu klbhan pada team red warrior..cari lah lebih ramai player yg kreatif..

kpda pnyokong,gomo klate gomo bkn klate gomo klate..kawe keciwa sbb ada diantara pnykng kito hk baloh samo sndri..kawe mls nk kecek pasal pnyokong sbb bnda ni ramai doh ore kecek dan bnda ni boleh memalukan kite yg mmg minat bola..bkn sesaje nk suka..

be part of the winning team on the pitch..not on the bench...sekian..

Anonymous said...

kelate kaloh sebab penyokong..
mamang pun, perangai macam tu menggambarkan pemimpin mereka..

dah pemimpin PAS suke berdemonstrasi, suke wat rusuhan..
itu lah mereka..

no wonder, penyokong=ahli PAS=perusuh

Anonymous said...

aku pun malu ngan penyokong yg mcm binatang ni...

ape aku dpt cakap....

mmg biadap n mcm nate babi...

cpanel reseller said...

This topic awesome hasn’t been much discussed on the internet, information about "Bakpo Kelate Kaloh?" make my knowledge increases, always a spirit and create a new article and i already bookmarked it. Regards

CNA Certification Michigan said...

I got many information from this site ,I will have to keep that in mind for my second child.

Medical Degree Arizona said...

Thank you for providing the perspective. I just read a part of the article, so I don’t know much what to say. Good luck for the new member!

Motos electricas precios said...

Beuatiful site. Full of information. Regards!

website development company said...

Thanks for posting this informative article This is a really good read for me. Hey this is a great post. I am going to email this to my buddies. Thanks for posting this informative article I was searching some information.