Thursday 22 December 2011

Mengendali Pasukan Profesional Secara Profesional

Hari ini saya mahu bercakap bahasa surat khabar...Supaya nampak lebih sopan.

Sebelum itu, sila baca surat khabar.

Satu mukasurat sukan Utusan Malaysia hari ini membicarakan persiapan pasukan yang baru dapat mengecap nikmat beraksi di Liga Super setelah berusaha 8 tahun lamanya. Tahniah buat PKNS FC, Juara Liga Perdana 2011 dan menjadi keluarga terbaru Liga Super bersama Sarawak dan anak angkat merangkap anak emas, LION XII.

Sudah membaca laporan diatas? Ianya tentang persiapan rapi pengurusan PKNS FC dalam menguruskan bajet 7 juta. Banyak juga angka tersebut jika nak dibandingkan dengan angka yang dibelanjakan oleh Pahang. Mungkin separuh, mungkin tidak. Kalau tidak masakan mereka mahu kekal lama di liga kelas dua tersebut. Sedangkan sejarah pernah mencatatkan bahawa mereka adalah Juara Liga Super edisi pertama sejak ia diperkenalkan di tanah air ini. Masakan mereka mahu melupakan yang seantero Malaya pernah melabelkan mereka sebagai Real Madrid Malaysia lantaran mereka memiliki barisan bintang Malaya ketika itu. Belum ada Khairul Fahmi, Nazmi Faiz mahupun Fakri Sarani. Jauh lebih hebat dari barisan ini, mereka punya segalanya termasuk Vietcheslav Melnikov. Siapa tak kenal dia. Adik-adik generasi baru sila google siapa beliau. Mereka juga sama macam Real Madrid dari segi pemakaiannya. Adidas paparannya..
Oh, nampaknya saya terbabas sedikit dari landasan. Sila maafkan saya.

Berbalik kepada cerita PKNS yang tiada kaitan langsung dengan Real Madrid, saya sebenarnya ingin mengulas laporan yang disediakan di akhbar tersebut. Dari perenggan pertama, semuanya nampak lancar sehinggalah kepada perenggan ke 5 yang berbunyi,

"Dalam masa yang sama kami juga mengharapkan saingan musim depan PKNS FC akan mendapat sumbangan penajaan yang besar tanpa hanya mengharapkan geran tahunan sahaja.-Othman Omar, Penaung PKNS FC.

Mendapat sumbangan penajaan yang besar adalah salah satu contoh corak pengendalian kelab profesional yang sempurna. Berpandukan kata-kata tuan penaung tersebut, ianya kelihatan bagus untuk sesebuah kelab profesional bersaing dengan bantuan korporat. Seperti yang ditegaskan oleh bijak-pandai bolasepak dimana-mana sahaja, kuasa bolasepak banyak dijana oleh sektor korporat. Sama juga dengan PKNS. Selaku kelab tertua di Malaysia, sudah sampai masanya mereka muncul sebagai kelab yg mampu menjulang kejuaraan di Malaysia ini. Bukan sekadar bertanding untuk menunjukkan yang syarikat mereka ada nama. Lepas tu setahun dua bungkus. Oh, itu bukan PKNS. Itu Proton FC, Naza FC, KL Plus FC - sekadar menyebut beberapa nama.

Mencari sumbangan penaja bagi kelab yang dinaungi oleh syarikat sebesar PKNS adalah satu tugas yang tidak sukar sebenarnya. Sebab ianya PKNS, atau nama penuhnya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, sebuah syarikat yang ada kepentingan dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan dan pembangunan di negeri Selangor. Dalam projek-projek pembangunan PKNS, terdapat berpuluh-puluh lagi syarikat bernaung tender dibawahnya sama ada berskala kecil, sederhana mahupun bertaraf mega seperti Glomac contohnya. Jadi, apa salahnya kalau pengurusan PKNS menggunakan kelebihan sedia ada untuk memperoleh pernajaan dari mereka ini. Lainlah halnya dengan kelab bolasepak bertaraf nyamuk yang hidup segan mati tak mahu. Sinar Di Manja Maisarah misalnya. Entah dari mana, dari siapa dan untuk siapa kelab itu diwujudkan.

Situasi di Malaysia sekarang, ramai pengusaha bolasepak mengeluh kerana sektor korporat tidak mahu menyumbang kepada pembangunan bolasepak. Ayat menghentam selalu keluar dari mulut pemimpin bola ditujukan khas kepada mereka yang berduit kencang kerana enggan terlibat menghulur seringgit dua ringgit untuk bolasepak setempat. Sebenarnya pemimpin bola tersebut tidak pernah meminta pun secara langsung kepada korporat-korporat. Mereka terus menyuarakan kepada media. Dengan harapan syarikat korporat akan berlari-lari anak membawa kertas kerja -

"encik kelab A, kelab C, kelab X, tolonglah terima penajaan kami. Kami amat berminat menaja pasukan encik." situasi ini tidak berlaku di Malaysia.

Puiiiiii, Ptuuuuih laa.

Arena bolasepak kita masih belum bertaraf industri bolasepak diamana korporat perlu berebut-rebut menempek nama pada pasukan bolasepak. Belum lagi bertaraf Liga Perdana Inggeris. Belum lagi taraf dimana Mr Potato menghulur salam persahabatan dengan Manchester United. Belum lagi taraf jutawan-jutawan berebut membida pegangan dalam kelab. Belum lagi bertaraf semua itu.

Taraf kita sekarang ialah taraf pengendali pasukan atau pemimpin bola sesebuah kelab/negeri perlu menebalkan muka membawa kertas kerja, naik lif bangunan, ketuk pintu pejabat korporat, dan dengan renfah dirinya memohon tuan punya bangunan itu agar sudilah menguhulur sedikit dana kepada kami. Tak dapat banyak dikit pun jadi lah. Kalau dapat banyak, maka banyak dan besarlah nama syarikat tuan pada pasukan kami. Itu caranya.

Tambah Othman, PKNS FC juga perlu mencari strategi baru untuk meningkatkan penjualan tiket dengan mengharapkan kehadiran penonton.

Ini lagi satu hal sebenarnya. Mengharap kedatangan penonton berbekalkan usaha belas ihsan. Kesian mungkin orang akan datang tanpa ada sebarang usaha untuk memujuk mereka datang. Tanpa ada sebarang ikhtiar untuk menceritakan kepada penonton, kenapa mereka perlu datang. Langsung tidak ada sebarang langkah untuk memberitahu penonton bahawa mereka sebenarnya perlu datang.

"Saya merayu supaya rakyat negeri ini sama-sama memenuhkan stadium memberi sokongan kepada pasukan." Rayu seorang Yang Berhormat merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri V.

Kepelikan dan kejelikan ini sebenarnya bukan hanya berlaku dalam kem PKNS. Ianya berlaku pada hampir kesemua pasukan negeri mahupun kelab yang bertanding dalam liga profesional di Malaysia. Kecuali sebuah pasukan di pantai timur, yang lain semua 'LOST !'.

Saya bagi contoh yang mungkin dikatakan bias atau berta sebelah. Namun itulah hakikatnya. Sekakat ini, hanya Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sahaja yang tahu bagaimana untuk menarik penonton ke stadium.

"Eleh, Kelate boleh la. Orang dia fanatik. Gila bola", kata peminat G dalam Sokernet.

Saudara, kefanatikan dan keghairahan itu hanya mempengaruhi boleh jadi dalam 34 peratus sahaja. Itu pun terserap dan terfaktab dalam kalangan orang-orang kategori 'hard core' sahaja. Selebihnya ialah ketertarikan melalui PROMOSI. Promosi ialah cara terbaik untuk menarik kehadiran penonton ke stadium. Sama situasinya anda mempromosi barang dagangan anda dalam facebook. Semestinya mahu mendapat respon baik bukan?

Menjual gelas kaca, sudah semesti anda memaparkan gelas kaca dalam keadaan terbaik, cantik berkilat. Hanya peniaga-peniaga yang tolol dan bangang saja akan memuatnaik gambar gelas yang berdebu serta retak untuk dipromosi serta diniagakan.

Sama juga halnya dengan bolasepak. Bolasepak adalah produk. Pasukan adalah produk. Skil, kemahiran dan kecantikan permainan dalam pasukan adalah produk. Kekacakan serta kecomelan pemain dalam pasukan adalah produk. Pendek kata, dari stokin, telinga pemain, nama pasukan, padang stadium semuanya adalah produk yang harus diniagakan. Dan sebelum diniagakan, promosikan terlebih dahulu.

Kisah promosi akan bersambung~

2 comments:

✿Sakura_chan✿ said...

mak aii banyaknya smpai 7 juta?hope mampu survive~untung sabut timbul,untung batu tenggelam..ok what klo pemain ada pakej,muka comel skill hebat~tp muka comel payah pulak,dok kalut dgn skndal sna-sni..*sigh!baru nk cuci mata ckit~kehkehkeh

SangKunang said...

comel macam adik nazmi kan.. hahaha.. belasan tahun hot la. masuk umur veteren nanti adakah kecomelan beliau abadi.. hehehe...