Friday, 10 April 2009

Terima Kasih Wahai Perusuh !

sangkunang sebagai salah seorang ahli kelate.net serta penyokong bolasepak kelantan, ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada makhluk-makhluk yang melakukan kekacauan di kota bharu tempoh hari. kalian sememangnya telah membantu kita mencapai sesuatu yang jarang dicapai oleh pasukan lain.
aksi kalian pada malam keramat itu menghasilkan kejayaan yang besar buat kita dan inilah implikasi tindakan kalian.

1. no more futbol in kota bharu. stadium kita dah tak selamat dan digantung sampai ujung musim !

2. seorang remaja penjual makanan di luar stadium diisytiharkan buta sebelah mata akibat serpihan kelongsong gas pemedih mata fru yg dilancarkan utk menyuraikan perusuh.. apa perasaan jika remaja itu sebahagian dari keluarga kalian yang merusuh? pikir laaaa...

3. kelantan fa yang baru saja keluar dari zon kemiskinan kini mungkin akan kembali miskin. KAFA didenda RM 100, 000 akibat huru hara yang tercetus. kesian tan sri annuar musa. penat carik duit nak kembalikan martabat bolasepak kelantan. duit habis wat bayar denda je.

4. rentetan denda, kelantan mungkin akan menarik diri dari persaingan liga malaysia jika tidak mampu membayar!

so, buat perusuh dan penghuruhara sekalian, sekali lagi diucapkan terima kasih. 'jasa dan sumbangan' kalian kepada bolasepak kelantan tidak mungkin kami lupakan.

6 comments:

kudabesi said...

haha tu la samseng sangat..

tu ngamalkan EQ sungguh

suh la yg kena tangkap tu bayar denda dgn kos kerosakan malam tu

x bayar..rampas harta ngan blasah beramai2

baru tau dia samseng ke tak..

lepas ni kena wat screening la kat penyokong nih..mana2 yg tunjuk samseng tahan n x bg masuk dah

pokjak said...

nk wk guano tai ado lagi ore hok letak otak kt kpla lutut,

lg pn ni bkn gayo ore debe main ramai2, ore debe g sorang2 jah klo xpuas ati..

Encik KhaL said...

fam pon bodo
blum bice gapo lagi teruh jatuh hukum
kawe sbg ahli kdn pon frust jugok
frust buke psl kaloh tp psl kes malaun hok wat kuca male tuh
biar poklis igat blako hok merusuh tu
kalu wat senyak jah ore ake buat lagi
kawe brani jamin lepas poklis ambik tindake, ore takut doh nok merusuh

aFiQ said...

Ak tumpang dukactita dgn berita hukuman yg jahil dari FAM ni..Kelate sumer cekalkan smangat anda!

Am_7riel said...

pathetic!no other words can explain them. Sbb nila rosak susu sebelanga,buat bende x nk pikir...sume ikut kepala angin sendiri...tmsukla si Halim Napi tuh,punca segala isu.

SangKunang said...

KAMI TENTANG PERUSUH !