Friday, 3 April 2009

Akhirnya Sempurna....


Hari ini, 3 April 2009 telah menyempurnakan segala-galanya.
Meneruskan tradisi seperti sebelumnya, peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Abdullah) kepada Datuk Seri Najib Razak selamat dijalankan setelah berlangsungnya upacara angkat sumpah jawatan di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong di istana negara sebentar tadi.
Peristiwa ini sebenarnya mencatatkan satu lagi sejarah negara. teori R.A.H.M.A.N akhirnya sempurna.

R- Rahman (tunku)
A- Abdul Razak

H- Hussein

M- Mahathir

A - Abdullah

N - Najib


selamat bertugas buat Datuk seri najib. semoga negara bertambah makmur dibawah pimpinanmu.
dan selamat bersara buat Tun Abdullah. pengorbananmu amat disanjung tinggi

Thursday, 2 April 2009

Hakikat kezaliman (bukan versi apit)

satu ketika dahulu, tika aku di perkampungan, banyak kezaliman bagi diriku seorang khalifah di muka bumi yg aku lakukan keatas makhluk2 Allah lain.
seawal usia sehari, kerana terlalu sayang dan kasihkan aku, bonda menjagaku siang malam sehingga terpaksa bondaku membunuh nyamuk2 yg berhinggapan di jasadku. begitu juga dengan lalat2 kerana andai dihinggapinya pada tubuhku, maka banyaklah tahi lalat akan bertempekkan di kulit yg halus mulus.
aku membesar sebagai budak desda pinggiran hutan. anak desa tidak sah jika tidak melastik burung, menangkap pepatung untuk dibakar yg bukanlah untuk disantap. memburu belalang, menangkap semut hitam untuk dilagaka sesama kaum mereka sendiri.
hobiku berubah pabilaku menerjah usia baligh. kasihanku pada mahluk lain yg punya hak untuk hidup lantasku membebaskan terkukur2 jantan dan betina, serindit tua dan muda, merbah gelap dan cerah, kerna ku yakin mereka menderita hidup di sangkaran yg pada hemat pencinta burung mereka harmoni dan bergumbira dihidangkan sekoi dan air free setiap hari.
usia dewasa menerpa,
ahhhhhhhhhhhhh, persetankan semua itu. aku geram pada semut2 yg menceroboh bilikku sehingga rosak kertas bukuku, sehingga longgar ikatan pintuku...
aku pasrah! semuanya aku spray dengan ridsect walaupon aku tau mereka akan kembali dengan bala tentera yg lebih besar.!

hakikat kezaliman yg best,
http://freddiefitri.blogspot.com/2009/02/hakikat-kezaliman.html

Tahniah Dato' Pa


disaat negara kini sedang memberi tumpuan kepada proses peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib, sangkunang ingin mengambil sedikit kesempatan untuk seorang ahli politik yang sangkunang hormati.beliau bukan PM mahupun TPM. beliau hanya menteri pertanian dan industri asas tani, yg juga ahli parlimen jeli.rasanya masih belum terlewat untuk sangkunang mengalungkan setinggi2 tahniah dan syabas kepada beliau atas kejayaa mengungguli tempat pertama daripada 59 calon dalam perebutan untuk ahli Majlis Tertinggi UMNO baru2 ni dengan mendapat 2295 undi.
sebagai seorang anak jeli, tentunya sangkunang berkongsi kegembiraan ini bersama-sama penyokong kuat beliau yang lain memandangkan wajah jeli yang wujud hari ini adalah madah perjuangan beliau yang begitu kuat memperjuangkan kebajikan rakyat jeli dan berusaha keras membawa jeli keluar dari zon yang dikatakan daerah di kelantan yang paling mundur satu ketika dulu.
kejayaan datuk pa sudah dijangkakan dari awal sebenarnya. dengan imej orang kampung, beliau sangat mudah didekati rakyat dan perwatakan beliau ini bukan sahaja disukai kawan malah dikagumi lawan. masakan tidak, ketika seluruh kawasan di negeri kelantan dikuasai PAS, tetapi di jeli perwatakan dan jasa beliau masih cukup kuat di hati rakyat jeli untuk menidakkan hasrat PAS menguasai jeli.
masih kuingat, ketika zaman budak2 dulu, datuk pa selalu masuk kampung dan tugasnya meronda kampung berjumpa orang ramai. bukan berkereta, tapi meronda dengan membonceng motosikal penduduk yang dijumpainya ketika sampai. dan amalannya itu masih diteruskan sehingga hari ini walaupun beliau sudah pun menjadi seorang menteri.
semoga datuk pa terus berjuang menabur khidmat bakti untuk rakyat jeli khasnya, serta kelantan dan juga negara malaysia amnya. insyaAllah... bersama masyarakat orang asli jeli

berkopiah, berkain pelikat melawat rakyat

membonceng motosikal

Sunday, 8 March 2009

Piala FA :Kelantan ke separuh akhir


BERAKSI di hadapan lebih 20,000 penyokong sendiri jelas memberi kelebihan kepada Kelantan apabila berjaya membenam UPB-MyTeam 3-1 pada aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan Kelantan mara ke saingan separuh akhir menerusi kemenangan agregat 4-2.

Turun dengan kelebihan satu jaringan di tempat lawan, Kelantan sepatutnya tampil lebih yakin, namun akibat ‘lambat panas’ mereka ketinggalan pada minit kesembilan.

Penyerang UPM-My Team, Norsharul Idlan Talaaha berjaya merobek gawang tuan rumah selepas menyudahkan hantaran lintang Bunyamin Umar.

Sang Kijang yang tersentak dengan gol awal tersebut terus menggandakan asakan dan pada minit ke-26, pemain sayap, Zamri Ramli meledak gol penyamaan.

Perlawanan menjadi semakin rancak apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan dan malang bagi UPB-MyTeam apabila dua percubaan mereka dinafikan palang gol.

Pada babak kedua, Kelantan mengeluarkan Khalid Jamlus dan memasukkan Ramzul Zahini.

Gol kedua Kelantan hadir pada minit ke-53 menerusi Nor Farhan Mohamad yang berjaya menanduk masuk hantaran ketua pasukan Badri Radzi.

Kelantan yang bagai dahagakan jaringan terus mengatur gerak dan selang lima minit kemudian, stadium bergema lagi.

Badri melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah melalui sepakan percuma melepasi jangkauan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussin.

-Harian Metro.