Friday, 19 June 2009

Korea Utara ke Piala Dunia... Kita?


Korea Utara ke Piala Dunia. Celik betul-betul. KOREA UTARA, bukannya pasal KOREA SELATAN pasukan park ji-sung mahupun lee hyong-pyo ataupon lee chun-soo. kalau korea selatan orang tak bising sangat sebab korea selatan memang memiliki barisan pemain bintang.. ini kisahnya korea utara, negara nuklear.!
Mengejutkan bukan? tapi itulah realitinya. KOrea Utara menamatkan penantian 44 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di afrika Selatan setelah seri dengan Arab Saudi 0-0 sekaligus mengenepikan laluan pasukan gergasi arab iran, yg terpaksa menerima hakikat gagal ke piala dunia 2010.
bercerita mengenai kejayaan Korea Utara, sememangnya keputusan ini amat menakjubkan bagi mereka sendiri dan sesiapa saja, baik rakyat pyongyang, ban ki-moon (s/u PBB), mahupun datuk che mat jusoh serta shebby singh. tengok saja lah kumpulan B pusingan akhir kelayakan yang menempatkan Korea Selatan, UAE, Iran, arab Saudi dan korea Utara sendiri. pada peringkat awal pusingan kelayakan, ramai yang mampu memberi ramalan mengenai kesudahannya. rata-rata berpendapat korea utara sekadar pelengkap kumpulan B dan tidak mendatangkan banyak masalah buat pasukan seperti arab saudi dan iran. kini, ramalan meleset. korea utara mengiringi jirannya, korea selatan menempah tiket automatik ke piala dunia 2010.
kita? bila lagi? sejenak, malu jugak rasanya. korea utara tu tak memiliki liga bolasepak profesional mahupun semi pro ! kalau dah negara tak ade liga profesional, maknanya pemain yang ada dalam skuad kebangsaan korea utara bukan pro (ramai jadi askar profesional kot).
dan alangkah malunya kita, malaysia yang memiliki pemain dan liga profesional sehingga kini tak payah cerita piala dunia, pingat emas sukan sea pun kita masih terkial-kial !
teringat beberapa tahun lepas (tak lama, baru je beberapa tahun), malaysia dan korea utara tidak jauh bezanya. tapi kini, kita memang di taraf yang BERBEZA !

Friday, 29 May 2009

Gelanggang Keramat Kembali

Keputusan tidak rasmi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat petang tadi memutuskan untuk menerima rayuan kedua Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk kembali membawa perlawanan Liga Super ke Stadium Sultan Mohamad IV.
Walaubagaimanapun, keputusan rasmi penguatkuasaan tarikh kebenaran perlawanan masih belum diputuskan.
Kami di kelatedotnet, memanjatkan jutaan kesyukuran diatas keputusan ini dan amat berharap tiada lagi kejadian-kejadian buruk seperti tragedi 7 april lalu yang telahpun merencat perkembangan dan kemajuan bolasepak kita.

ALHAMDULILLAH.

Thursday, 28 May 2009

Kekejaman komunis

BANGI 27 Mei - "Ayah dan bapa saudara saya diikat dengan tali antara satu sama lain, mereka diseksa, seluruh tubuh ditetak dan ditakik-takik sebelum leher kedua-duanya disembelih.

"Semasa ditemui, mayat kedua-duanya hanya tinggal rangka dan tulang, bercampur antara satu sama lain tanpa kepala, amat jelas kesan takikan bertubi-tubi seperti sebatang pokok kayu yang ditakik-takik bagi dikeluarkan getahnya."

Demikian cerita Profesor Dr. Amat Juhari Moain, bekas Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau berkata, jenazah bapanya, Moain Saridin @ Shahidin dan Hassan Akasah yang dibunuh dengan penuh kejam tanpa perikemanusiaan oleh komunis itu kemudian dikebumikan dalam satu liang lahad di Kampung Sungai Dulang Darat, Rengit, Batu Pahat Johor.

Mengimbas kejadian menyayat hati yang berlaku pada akhir Jun 1945 tetapi masih lagi segar di ingatan seolah-olah baru berlaku semalam, Amat Juhari, 69, berkata, semasa dia dan bapanya mandi di tepi Sungai Dulang pada waktu petang, mereka didatangi beberapa penduduk yang meminta bantuan.

Menurut beliau, arwah ayahnya, seorang ketua kampung, dimaklumkan mengenai penangkapan seorang alim yang dikenali dengan nama Wak Sulaiman oleh sekumpulan komunis.

"Adalah menjadi tanggungjawab arwah ayah untuk membantu anak buahnya, lantas dia yang berselempang kain merah segera bergegas ke kawasan hutan di pinggir kampung, kawasan yang menjadi persembunyian komunis itu dengan ditemani oleh Hassan.

"Sehingga lewat tengah malam ayah, Hassan dan Wak Sulaiman masih tidak pulang dan selepas beberapa minggu, langsung tiada berita mengenai mereka bertiga, sama ada hidup atau mati.

"Pada malam yang sama terdapat seorang Cina bersenjata mundar-mandir di kawasan rumah kami, seperti tidak membenarkan kami keluar mendapatkan bantuan.

"Keadaan itu berlarutan sehingga beberapa minggu menyebabkan kami sekeluarga menjelang malam terpaksa menyorok di kawasan pokok buluh berhampiran bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beberapa minggu selepas itu apabila keadaan telah menjadi aman, penduduk kampung mula berani keluar rumah untuk mengerjakan kebun masing-masing dan ketika itulah mayat Moain dan Hassan ditemui di bahagian hutan.

Sementara itu, Amat Juhari berkata, pada akhir Mei tahun sama, sebelum kejadian itu berlaku, sekumpulan kira-kira 20 komunis yang lengkap bersenjata mengunjungi bapanya di rumah bagi mempelawa dan meyakinkan arwah supaya menyertai kumpulan haram mereka, tetapi telah ditolak.

Tambah beliau, kekejaman komunis tidak hanya terhenti di situ malah ramai lagi penduduk kampung yang berpengaruh seperti penghulu, orang alim dan pendekar dibunuh kerana enggan memberikan sokongan dan kerjasama kepada mereka.

"Saya masih ingat lagi kejadian di Kampung Sungai Tongkang berhampiran kampung kami apabila komunis menyerang rumah penghulu, mereka tembak bertubi-tubi sebelum dibakar menyebabkan kira-kira 30 orang yang berlindung di rumah berkenaan mati," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, arwah bapanya sebenarnya telah menghidu lebih awal kegiatan komunis di negara ini apabila mendapat maklumat melalui pembacaan dalam Utusan Melayu dan Utusan Zaman yang dilanggan terus daripada Singapura pada masa itu.

sumber : Utusan Malaysia

Bernafas semula...

5 kekalahan berturut-turut sejak menjadi naib juara piala fa cukup memberi azab yang teramat pedih buat The Red Warriors. situasi tidak menentu seolah-olah memberi satu gambaran bahawa zaman kejatuhan The Red Warriors yg bermula garang musim ini sudah bermula.
Namun, malam semalam membuktikan kembalinya sinar. kemenangan 1-0 ke atas KL Plus FC cukup memberi tonik berguna kepada pasukan untuk terus bernafas mengharungi baki perlawanan yang masih tinggal.
mungkin ada yang meramalkan bahawa kelantan sudah terkeluar dari perebutan takhta liga super musim ini. tapi siapa tahu. dengan saki baki perlawanan yang masih tinggal kelantan mampu mendaki semula. bola ini bulat. segalanya boleh berlaku.
kemenangan 1-0 malam semalam nyata mengembirakan kira-kira 1000 penyokong yang hadir ke stadium dan mungkin selepas ini mampu menarik semula mereka yg telah 'hilang'.
penulis sebenarnya cukup terharu dan bangga dengan mereka yg ke stadium semalam. disaat-saat pasukan mengalami zaman kemelesetan, tempoh masalah, mereka masih setia berdiri di belakang pahlawan2 merah. sebelum perlawanan bermula, ketika pemain masuk ke padang, penulis terdengar jeritan seorang penyokong fanatik, "gomo sek kito, biar meney kali nih, toksoh duk rusing, sek kawe ado lagi, aloh mene sek kawe maghi, " (gomo kelantan, biar mng kali ni. jangan dibimbang, penyokong akan setia disini).
begitulah jiwa penyokong setia. kalah menang bukan persoalan, yang penting sokongan sejati. biar kita sentiasa disisi. mengharungi duka dan duka. penyokong bukan hanya ketika senang sahaja !
kepada pemain, ayuh! masa masih ada. bangkitlah wiraku, bangkitlah !

Saturday, 23 May 2009

Wallpaper | Kelantan



Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih