Friday, 19 June 2009

Korea Utara ke Piala Dunia... Kita?


Korea Utara ke Piala Dunia. Celik betul-betul. KOREA UTARA, bukannya pasal KOREA SELATAN pasukan park ji-sung mahupun lee hyong-pyo ataupon lee chun-soo. kalau korea selatan orang tak bising sangat sebab korea selatan memang memiliki barisan pemain bintang.. ini kisahnya korea utara, negara nuklear.!
Mengejutkan bukan? tapi itulah realitinya. KOrea Utara menamatkan penantian 44 tahun untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di afrika Selatan setelah seri dengan Arab Saudi 0-0 sekaligus mengenepikan laluan pasukan gergasi arab iran, yg terpaksa menerima hakikat gagal ke piala dunia 2010.
bercerita mengenai kejayaan Korea Utara, sememangnya keputusan ini amat menakjubkan bagi mereka sendiri dan sesiapa saja, baik rakyat pyongyang, ban ki-moon (s/u PBB), mahupun datuk che mat jusoh serta shebby singh. tengok saja lah kumpulan B pusingan akhir kelayakan yang menempatkan Korea Selatan, UAE, Iran, arab Saudi dan korea Utara sendiri. pada peringkat awal pusingan kelayakan, ramai yang mampu memberi ramalan mengenai kesudahannya. rata-rata berpendapat korea utara sekadar pelengkap kumpulan B dan tidak mendatangkan banyak masalah buat pasukan seperti arab saudi dan iran. kini, ramalan meleset. korea utara mengiringi jirannya, korea selatan menempah tiket automatik ke piala dunia 2010.
kita? bila lagi? sejenak, malu jugak rasanya. korea utara tu tak memiliki liga bolasepak profesional mahupun semi pro ! kalau dah negara tak ade liga profesional, maknanya pemain yang ada dalam skuad kebangsaan korea utara bukan pro (ramai jadi askar profesional kot).
dan alangkah malunya kita, malaysia yang memiliki pemain dan liga profesional sehingga kini tak payah cerita piala dunia, pingat emas sukan sea pun kita masih terkial-kial !
teringat beberapa tahun lepas (tak lama, baru je beberapa tahun), malaysia dan korea utara tidak jauh bezanya. tapi kini, kita memang di taraf yang BERBEZA !

7 comments:

meyour said...

ape yang kite boleh buat...

orang-orang atas tu lagi intelek dari kte......

kiamat 10 kali la....pn tak leh tgk malaysia ke piala dunia

aFiQ said...

Kita?men congkak sudahla..wlopon Korea Utara tader liga pro, tp top striker dorunk men kt J-League..Chong Tese..men utk Kawasaki Frontale..team ni men AFC Champs League..so exposure de main high profile game mmg x dpt dipertikaikan lg..player Malaysia, knon pemain Pro dalam liga yang FAM kata Pro, men Suzuki Cup apa jd?bola bounce pon x nmpak...

itu ayat negatif la, ayat positif plak, tnggu team U-23 skunk ni da matured nnt..1 donia tunggulah!hehe

SangKunang said...

meyour;
sampai bile 'keintelekan' mereka nak diterjemah atas padang? kecewanya aku.huh

afiq;
kita sek2 ultras sentiasa positif. walaupon zaman berzaman menanti. sungguh sukar jadi penyokong malaysia tapi aku dilahirkan untuk menyokong malaysia

dal.ya.nun.ya said...

generasi lepas dengan susah payahnya memperjuangkan kemerdekaan negara,maka mereka merasa nikmatnya apabila pasukan bolasepak kita menempa nama di mata dunia.perit juah mereka dibalas juga.

generasi sekarang pula tak merasa bagaimana susahnya memperjuangkan kemerdekaan negara.maka kita diuji dengan kesetiaan kita bersusah payah menyokong Malaysia,tak kira jatuh bangunnya.sekaligus sedikit sebanyak menjadi penanda aras sejauh mana kita mampu pergi jika kita diletakkan pada zaman penjajahan dahulu.

generasi sekarang mudah hanyut,mudah lalai.tanggungjawab kita Ultras untuk mendidik mereka.

sekian teori dari seekor SangBelang.

SangKunang said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

piala dunia?????...
tak payah berangan..
korang yg duk sokong malaysia hari ni pun buang masa ! buang duit ! buang tenaga korang !!!
apa korang dapat????
orang fam dapat duit, korang buang duit beli jesi masuk stadium... ada jasa korang diorang hargai???
baik korang duk depan tv tgk astro liga eropah...

-harimau sakit

SangKunang said...

kpd anonymous....

bukan soal buang masa.
tp soal tanggungjawab.

kalo sume orang xnak sokong team malaysia, sapa lagi yg nak sokong?

ingat, penyokong adalah nadi jatuh bangun sesebuah pasukan.
tanpa penyokong, tiadalah pasukan