Thursday, 23 September 2010

Masalah lampu limpah. Apa Tindakan FAM ?

Mat saleh penyokong Pahang meninggalkan stadium dengan perasaan hampa.
[gambar dari HarimauMalaya forum]



Minggu lepas, 17 September 2010. Mengikut jadual pertandingan liga tempatan, Piala Malaysia Kuala Lumpur bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk bertemu tuan rumah, Pahang untuk aksi perlawanan kedua Piala Malaysia 2010.

Tapi, alangkah kecewanya penyokong dan penonton yang sudah berada di stadium kerana perlawanan itu terpaksa ditunda kerana masalah lampu limpah stadium yang tidak menepati standard. Maka pegawai perlawanan memutuskan perlawanan ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan.

Disini, aku boleh simpulkan bahawa kes ini terletak di bawah kategori 'GAGAL MENYEDIAKAN VENUE PERLAWANAN YANG SESUAI'. Kegagalan ini jika dirujuk dari undang-undang pemerintah bola era chemat jusoh, ianya harus melibatkan denda. Kenapa?

Sebab tahun lepas, tanggal 7 Januari 2009, Stadium Sultan Mohamad ke-IV Kota Bharu dituduh atas pertuduhan yang sama. Iaitu GAGAL MENYEDIAKAN VENUE PERLAWANAN YANG SESUAI akibat hujan lebat menyebabkan banjir di padang stadium. Rujuk sini, dan sini yang menyebabkan perlawanan tidak dapat dilangsungkan. Bezanya disini, peristiwa di Kuantan adalah melibatkan kesilapan manusia yang boleh diatasi jika pemeriksaan awal dilakukan, manakala peristiwa di Kota Bharu melibatkan bencana alam yang mana ia ditentukan oleh Tuhan.

Bezanya lagi, peristiwa di Kuantan hanya mengundang marah penyokong akibat terpaksa pulang hampa kerana tiada perlawanan, manakala di Kota Bharu padah yang diterima cukup besar. Akibat gagal menghalang hujan daripada turun dengan lebat sehingga menyebabkan banjir, Pasukan Kelantan dihukum 'kalah tanpa berlawan' dengan memberi 3 mata percuma kepada pasukan lawan iaitu KL Plus.

Berbalik kepada isu kegagalan pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) membaik pulih kerosakan lampu limpah, aku rasa FAM sepatutnya mengenakan hukuman denda kepada persatuan itu kerana dengan jelas telah berlaku kecuaian di pihak PBNP sedangkan kerosakan sudah lama dilaporkan.

Tak nak bagi kalah percuma pun tak apa lah, tapi kenakan denda sebagai peringatan kepada pengurusan pasukan lain agar aspek persediaan stadium tidak dipandang ringan oleh pihak pengurusan pasukan..

Sekian. Majulah Bolasepak Pahang Untuk Malaysia.

Tuesday, 21 September 2010

Penjaga Gol Bangang...



huahuahuahua... agak bangang kan..
Cepatnye beliau memberlagakkan diri beliau.. hehehe..

Tapi kan,
Aku rasa gol penalti ni tak patut dikira. Sebab ini penalti penentuan (shoot out). Bukannya penalti dalam 90 minit permainan.

Kalo penalti 90 minit main, bola susulan yang masuk selepas penjaga gol menahan/menepis/menangkap adalah dikira. Tapi dalam penalti penentuan selepas masa sebenar berakhir, bola gol hanya dikira apabila bola terus masuk, bukannya berhenti lama. Sebab itu namanya 'shoot out'.

Tapi tak tau laa keputusan pengadil ni macam mana.

Monday, 20 September 2010

Cadangan Yang Tak Cerdik....

Johor FA Cadang Hanya Pasukan Negeri Untuk Piala Malaysia

JOHOR BAHARU 20 Sept. - Persatuan Bolasepak Johor (Johor FA) mencadangkan supaya pertandingan Piala Malaysia dihadkan kepada hanya pasukan-pasukan negeri.

Johor FA berkata, cadangan itu bertujuan membawa kembali kegemilangan Piala Malaysia seperti di masa lampau sejajar dengan tradisi pertandingan itu.

"Kita mesti akui bahawa format sekarang di mana kelab-kelab dibenarkan bermain pada Piala Malaysia adalah tidak kondusif dan tidak akan membantu menaikkan status pertandingan.

"Terlalu banyak pasukan bertanding... ia merampas bakat terbaik yang wujud dari pertandingan perdana bola sepak Malaysia,” kata presiden JFA, Jais Sarday. - Bernama

SUMBER UTUSAN


_________________________________________


Macam bodo aje cadangan tu...
Kata beliau, format sekarang iaitu penyertaan pasukan kelab menyebabkan persaingan Piala Malaysia tidak kondusif dan tidak mampu menaikkan status pertandingan.


Beliau juga dengan bijak pandainya berkata bahawa terlalu banyak pasukan bertanding menyebabkan berlaku rampasan bakar terbaik yang wujud dari pertandingan..


What the F&*$ !!!


Untuk pengetahuan encik, semakin banyak pasukan yg bertanding, semakin ramai bakat yg akan diperoleh. Untungnya nanti bolasepak Malaysia jugak kan.. Huh !!!!


Lagi satu, apa guna penyertaan pasukan negeri kalo duit nak baya gaji pun tak ade.


Patutlah pasukan tak berkembang. Ada pemimpin bolasepak tak cerdik macam nih..


* Dia jeles kot, pasukan Johor FC lagi hebat dari Johor FA.

Saturday, 18 September 2010

Mercun Untuk Bola... Apahal ????


Namanya mercun bola. Tapi ia bukan dicipta untuk perlawanan bola sekalipon bentuknya dan coraknya sama dengan sebijik bola yang disepak sana sini.

Namun isu kali ini, bukanlah biografi tentang encik mercun bola. Tapi tentang kisah mercun yg diletupkan di Stadium Sultan Mohamad IV jumaat lalu yg terus menjadi bahan berita dan bahan tulisan media-media utama.

Penyokong buat hal lagi. Penyokong Setan. Penyokong tak serik-serik !
Itulah yang dilemparkan media kepada para pendokong The Red Warriors. Persoalannya, apahal yang kecoh sangat. Kalo penyokong Kelantan yang buat, kecoh satu Malaya, sedangkan pada musim raya ni, insiden letupan mercun berwajah bola ini kedengaran di hampir semua stadium kecuali stadium yang tak ade penyokong.

Aku tak kata yg perbuatan membakar mercun ni mulia. Malah aku sendiri mengutuk orang yang membakar mercun di stadium kerana risikonya adalah kecederaan pada orang lain yang tak bersalah termasuk pemain-pemain.

Tapi berpada-padalah menulis berita. Jangan main hentam aje.
Setan oh Setan....

Wednesday, 15 September 2010

Piala AFF / Suzuki 2010 | Undian Kumpulan

Kumpulan A

1. INDONESIA
2. THAILAND
3. MALAYSIA
4. (juara kelayakan)


Kumpulan B

1. Vietnam
2. Singapura
3. Myanmar
4. (naib juara kelayakan)

*Laluan sukarrr????
kat mana2 pun sukar beb kalo kita lemah...