Sunday, 28 November 2010

Medan Maruah atau Pengalaman?

Beberapa hari lagi, Skuad Harimau Malaya akan memulakan misi getir untuk menjinakkan Sang Garuda di Stadium Bung Karno.

Bertandang ke bumi Indonesia, Jurulatih K. Rajagobal tika ini tentunya pening kepala berhadapan krisis kecederaan dalam kalangan pemain utama Malaysia. Hakikat ini diakui sendiri oleh beliau dalam temubual oleh Harian Metro...

“Sekarang, saya terpaksa gunakan apa saja yang ada. Ini juga peluang terbaik buat pemain Harimau Muda membuktikan kemampuan dan saya berharap pemain muda yang diturunkan nanti dapat menggunakan aksi Piala Suzuki sebagai medan untuk menimba pengalaman,” katanya. (K. RAJAGOBAL) -metro
Medan menimba pengalaman???
Sukar sebenarnya menerima kenyataan sebegini walau kita semua tahu dan sedia maklum keadaan yang melanda pasukan kebangsaan sekarang.
Sudah banyak edisi sebelum ini yang kita gunakan sebagai medan menimba pengalaman. Kali ini, bukan lagi tempatnya. Kali ini adalah medan menjulang maruah negara. Status sebagai Juara Sukan Sea merupakan satu kelebihan buat kita. Disitulah sebenarnya pengalaman kita.

Ayuh Harimau. Bangkitlah segera...
Aku yakin dan pasti, tahun ni kita mampu.
Mampu melakar sesuatu.
Mampu mengukir gemilang.
bukan sekadar pengalaman untuk pelajaran.......

Monday, 22 November 2010

Terima Kasih...

Terima kasih, terima kasih, terima kasih....

HAIRUDDIN OMAR,
AKMAL RIZAL AHMAD RAKHLI,
SYED ADNEY SYED HUSSEIN

dan beberapa nama lagi yang bakal meninggalkan The Red Warriors.
Hai-O sudah sah menjadi milik Negeri Sembilan, Akmal sah mencari angin baru di Ipoh, sementara Adney sah memilih Kota Kinabalu sebagai destinasi berikutnya...

Sementara beberapa nama lagi yang dikhabarkan meninggalkan pasukan masih belum dapat dipastikan kesasahihannya..

Apapun, terima kasih atas jasa kalian membawa TRW ke tahap ini. Selamat Maju Jaya di tempat baru...

TRW AKAN MERINDUI KALIAN, DAN KALIAN PASTI AKAN MERINDUI KELIBAT LASKAR KE 12 MERAH PUTIH DI SEGENAP PENJURU GELANGGANG....

Masihkah Kau Ingat?

LIGA M DISWASTAKAN 2011

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin menswastakan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2011 jika pelbagai masalah masih lagi membelenggu perjalanan liga tahun depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, antara masalah terbabit adalah kewangan seperti pembayaran gaji pemain dan pegawai, kemerosotan kualiti permainan dan kekurangan sambutan daripada penonton.

"Saingan Liga M musim depan akan menjadi medan terakhir FAM mencari jalan keluar daripada permasalahan itu dan kerana itu juga terdapat beberapa syarat tambahan kepada pasukan yang bertanding," katanya baru-baru ini.

Antara syarat yang perlu dipenuhi semua pasukan adalah membayar deposit penyertaan kepada FAM dan mempunyai bukti kedudukan kewangan yang kukuh sepanjang musim bagi mengharungi saingan Liga M musim depan.

Pasukan yang bersaing dalam Liga Super juga perlu membayar deposit penyertaan sebanyak RM150,000 manakala RM100,000 kepada pasukan yang bertanding dalam Liga Perdana.

Pasukan Liga Super pula perlu mempunyai bukti kedudukan kewangan berjumlah RM2.5 juta manakala Liga Perdana adalah RM1.5 juta.

"Jika semua syarat-syarat itu dapat dipenuhi dan dipandang serius oleh anggota-anggota gabungan, ia merupakan satu petanda yang baik untuk bola sepak negara ini," katanya.

Ketika ditanya kenapa FAM perlu menunggu sehingga 2011 sedangkan telah terbukti liga-liga luar negara yang diswastakan telah pun berjaya, Azzuddin berkata, ia berhubung rapat dengan budaya rakyat Malaysia.

"Cara kita sebagai rakyat Malaysia adalah dengan berdialog terlebih dulu, serta memberi ruang yang secukupnya sehingga sampai satu tahap apabila semuanya telah diberi barulah tindakan diambil," katanya.

Azzuddin berkata, anggota-anggota gabungan perlu menggunakan masa yang ada untuk berubah terutamanya bagi mencari dana serta mengambil insiatif sendiri untuk membuat hala tuju persatuan.

"Ini kerana dalam beberapa aspek seperti mencari sumber kewangan serta pengurusan dan pentabdiran anggota-anggota gabungan FAM tidak boleh campur tangan kerana ia tidak dibenarkan oleh perlembagaan persatuan," katanya.

Liga M kini diuruskan sepenuhnya oleh FAM di mana terdapat jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dibentuk bagi mengendalikan perjalanannya. - Bernama

Monday, September 28, 2009

Masihkah kau ingat?
September 2009 S/U FAM, Azzudin dengan bangganya mengumumkan yg liga kebanggaan negara bakal diurus tadbir oleh badan swasta untuk saingan liga 2011.
Aku pun dengan bangganya rasa perubahan akan berlaku.
Hari ini, beberapa minggu sebelum menjelang tahun 2011. Adakah pelan penswastaan itu masih berjalan???

Sunday, 14 November 2010

Ben William -Ref Gred Double D


Satu Malaya sudah tonton tibi, menyaksikan gelagat Ben William di tengah padang. Sesuai dengan namanya pengadil, beliau sepatutnya bersikap adil bukan?

Takpelah, kalau itu yang dimahukan tuan rumah China. Sangat terdesak untuk menang kerana menyedari skuad Malaysia bukan calang-calang pasukan. Barisan yang bukan senang untuk diperbudak-budakkan.
3 layangan kad merah, dan hampir semua pemain menerima layangan kad kuning. 3 bola mati hadiah dari Ben William memberi 3 gol ihsan kepada China.

Untuk pengetahuan semua, malam ini bukanlah malam pertama Ben William menaikkan darah rakyat Malaysia. Tanggal 21 Januari 2009, Ben telah menaikkan darah hampir 10000 rakyat malaysia di stadium Cheras, Kuala Lumpur dalam aksi kelayakan Piala Dunia menentang UAE. Malaysia tewas akibat percaturan pengadil. Tindakan tak masuk akal, ketika memberikan penalti untuk gol pertama UAE. Tindakan berat sebelah pengadil dari Australia ini menyaksikan padang stadium Cheras dhujani botol minuman, selipar jepun dan juga bungkusan nasik yg masih belum dijamah.

Malam ni, Ben mengganas lagi. Pengadilan yang sangat teruk mutunya. Namun begitu, sekalung tahniah buat barisan Malaysia yg mampu mengimbangi rentak lawan walaupun beraksi dengan 8 orang pemain berbanding China yang bermain 13 orang (11 pemain, 1 pengadil & penyokong).

Andai padang sama rata, kekuatan sama seimbang, aku yakin perlawanan tadi mampu dimenangi oleh Malaysia.

Syabas juga buat pemain dan barisan kejurulatihan yang menunjukkan kematangan dan sikap profesional yang tinggi walaupun tertekan dengan tindakan pengadil...

Apapun, kita layak ke pusingan kedua, 15/11/10 menentang Iran.

Monday, 8 November 2010

SUKAN ASIA GUANGZHOU | Malaysia Beroleh Kemenangan Pertama


Bolasepak Sukan Asia ke-16 Guangzhou, China.

Keputusan Perlawanan Pertama;

MALAYSIA 2 - 1 KYRGYZSTAN

Gol Malaysia dijaringkan oleh Nurshahrul Idlan Talaha & S. Chanturu.

Perlawanan seterusnya, menentang Jepun, Rabu (10 Nov 2010).