
Kembali ke Kota Bharu.
Peminat TRW sudah pun menerima perkhabaran bahawa Kelantan kini mendapat sentuhan orang lama setelah bintang-bintang sepakat meninggalkan pasukan. Untuk musim 2011, skuad bimbingan Satianathan bakal mendapat sentuhan kembali Hero lama iaitu Khalid Jamlus, Wan Rohaimi dan Danial Fadly selain nama-nama yang sudah diumumkan sebelum ini iaitu Azwan Roya, Aziz Ismail dan Solihin Kanasian (K Soley).
Berbicara tentang pengambilan Khalid Jamlus yang disifatkan peminat sebagai langkah kebelakang yang diambil KAFA. Kembalinya Khalid juga dilihat sebagai langkah terdesak KAFA yang kehilangan beberapa nama besar yang mengambil keputusan berhijrah ke pasukan lain.
Walaupun ramai yang meragui keupayaan Khalid yang sudah semusim berehat panjang dari saingan kompetitif, saya berpendapat langkah Khalid kembali ke Kota Bharu waja DIPUJI !
Disaat segelintir pemain kesayangan KAFA yg dahulunya 'nobody', tapi menempa nama bersama The Red Warriors, kini mengangkat kaki melupakan budi, Khalid mungkin jadi penyelamat. Khalid Jamlus melupakan ego diri untuk kembali menyahut cabaran walaupun suatu ketika dahulu dia pernah dibuang walaupun KHALID JAMLUS pernah menyuarakan hasrat untuk menjadikan Kota Bharu sebagai destinasi terakhir sebelum menggantung but.
Pernah disingkirkan suatu ketika, sesetengah pemain bergelar bintang mungkin akan buat2 merajuk atau jual mahal jika pasukan lama mencarinya untuk rujuk kembali, tapi tidak bagi Khalid.
Sehingga kini, sentuhan Khalid Jamlus mungkin diragui, tetapi keikhlasan dan ketulusan hatinya usah diragui...
VIVA KHALID JAMLUS !!!