Friday 15 May 2009

Cuti tugas

buat pengunjung offside sangkunang, penulis-sangkunang tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog ini dengan post serta wallpaper bolasepak kerana bebanan kerja seminggu dua ini.
post2 serta wallpaper bolasepak 'the red warriors' akan menyusul tidak lama lagi setelah kekalutan kognitif serta kepenatan medula oblungata menghilangkan diri buat seketika.

terima kasih =)

Tuesday 5 May 2009

PPSMI - Hasil meja bulat ditolak

Laporan pelaksanaan PPSMI bukan penanda aras tepat: TPM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran diarah membuat kajian semula terhadap pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains serta Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ekoran Kabinet tidak berpuas hati dengan hasil laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI yang dibentangkan baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet berpendapat laporan daripada beberapa persidangan meja bulat PPSMI sebelum ini bukan penanda aras yang tepat untuk menilai kewajaran pelaksanaan dasar berkenaan.

"Kita tidak boleh membuat keputusan tanpa fakta dan bukti yang kukuh untuk menyokong sesuatu dasar itu. Saya hanya akan berpuas hati apabila mendapat maklumat lengkap yang diperoleh dari semua sudut.

"Persidangan meja bulat mungkin hanya membolehkan sesetengah pihak mengemukakan pandangan peribadi. Kita memerlukan pandangan menyeluruh sebelum memutuskan sama ada dasar PPSMI perlu ditambah baik atau ditukar," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini semalam. Hadir sama ialah Pengerusi Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz.

Laporan Persidangan Meja Bulat PPSMI sebelum ini merumuskan tujuh cadangan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI, iaitu:

  • Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;
  • Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda pada peringkat sekolah rendah tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;
  • Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;
  • Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;
  • Penggunaan bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditentukan oleh sekolah;
  • Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda pada Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam; dan
  • Penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah atau memansuhkan mata pelajaran Sains pada Tahun Satu hingga Tiga tetapi mengajar Sains dalam subjek lain.
Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) bagaimanapun mahu kerajaan memansuhkan dasar itu kerana mendakwa pelaksanaan PPSMI selama enam tahun sejak 2003 gagal memanfaatkan pelajar, khususnya pelajar Melayu di luar bandar.

Selain itu, 25 kesatuan dan persatuan yang mewakili kira-kira 350,000 guru di seluruh negara juga menolak pelaksanaan PPSMI pada peringkat sekolah rendah.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan, sebarang keputusan berhubung pelaksanaan dasar PPSMI tidak boleh dilakukan secara terburu-buru kerana ia membabitkan masa depan pelajar.

"Saya mengalu-alukan jika ada pihak yang hendak kemukakan pandangan, hendak menyerahkan memorandum atau hendak berjumpa saya jika ia bersesuaian dengan apa yang hendak disampaikan.

"Walau apapun pandangan dan pendapat, akhirnya ia perlulah mengambil kira kepentingan bahasa kebangsaan, selain bahasa Inggeris yang menjadi bahasa penting di dunia," katanya.

Muhyiddin turut menggesa sektor swasta menyokong usaha kerajaan memperkasakan penggunaan bahasa kebangsaan.

"Kita akui sektor swasta menggunakan bahasa Inggeris dalam komunikasi dan urusan mereka, tetapi kerajaan berharap mereka turut menggunakan bahasa kebangsaan.

"Kerajaan serius memartabat serta memperkembangkan bahasa kebangsaan dan berharap Bulan Bahasa yang akan kita laksanakan tidak lama lagi akan mendapat sokongan sektor swasta," katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan turut meneliti kembali Akta DBP, sekali gus menyokong usaha badan itu memartabatkan bahasa kebangsaan secara lebih berkesan dan menjadi titik mula untuk DBP bergerak dengan lebih aktif.

sumber : berita harian

Friday 1 May 2009

Bolasepak oh bolasepak

bolasepak itu peperangan,
bolasepak itu pertentangan,

bolasepak itu penuh dengan perancangan,
bolasepak itu penuh dengan pertarungan,
bolasepak itu penuh dengan pelaburan,
bolasepak itu selalunya berakhir dengan kekejaman,

namun,
di dibalik gempita sebiji bolasepak itu,
muncul satu hakikat,
terbit satu hembusan keramat,
betapa manusia boleh sepakat,
tutur mesra tangan berjabat,
melalui sukan maruah diangkat.

Monday 27 April 2009

WHAT A NIGHT !!!



tuan punya gambar

fantastik!
itu yang mampu terluah dari bibir pabila kaki melangkah masuk ke stadium nasional bukit jalil malam sabtu lepas. buat pertama kali dalam sejarah empat lima tahun final bolasepak malaysia, perlawanan akhir piala FA 2009 adalah perlawanan yang paling menarik.
menarik kerana stadium boleh dikatakan 'full house' dan sudah lama kita tisak merasai suasana sokongan yg hebat sebegini. suasana dan panorama di stadium sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. namun gambar diatas boleh menceritakan segala-galanya bahawa bolasepak malaysia masih belum mati. semangat juang yang ditunjukkan oleh kedua-dua penyokong baik kelantan mahupun selangor membuktikan semangat cintakan pasukan masih menebal walaupun liga malaysia tahun ini tanpa kelibat awang import.
tahniah buat penyokong terutamanya penyokong kelantan yang datang jauhnya dari kelantan.
pemandangan di stadium sebenarnya lagi menarik jika pihak keselamatan tidak mengenakan sekatan di bahagian tengah stadium yang menampakkan sedikit kerongakan. namun, untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini antara kedua-dua belah pihak langkah mengenakan sekatan itu wajar demi memisah dan menjauhkan jarak untuk sebarang provokasi.
alhamdulillah, perlawanan berlangsung dan berakhir dengan tenang.pujian untuk penyokong kelantan yang menunjukkan semnagat profesionalisme sukan yang tinggi walaupun pasukan kelantan tewas dalam perlawanan akhir ini. dan pujian juga untuk penyokong selangor kerana tiadanya provokasi-provokasi melampau yang boleh membakar emosi penyokong kelantan.
red giant menang, red warriors kecundang. namun hakikatnya kedua-dua pasukan adalah pemenang setelah mengenepikan saingan pasukan2 lain untuk menjengah tempat ke slot akhir. terbukti, pengalaman 7 kali bermain di final piala fa menobatkan selangor sebagai juara 2009 berbanding kelantan yang sudah 39 tahun tidak merasa debaran pentas final.
buat skuad kelantan, tidak ada apa yang harus dikesalkan. ada baiknya kelantan tewas. sekurang-kurangnya pemain2 tidak mudah leka, tidak mudah berasa gah dengan prestasi pasukan. esok masih menanti. jadikan pentas final yang sudah sebagai azimat berguna untuk mengharung cabaran liga super dan piala malaysia yang masih panjang perjalanannya. biar kita bermula dengan pendakian konsisten untuk mencapai puncak. perjalanan menuju gemilang baru bermula sebenarnya. biarpun mengambil masa tidaklah mengapa. teringat sangkunang akan sejarah pasukan mppj fc satu ketika dulu. ada seorang penganalis sukan mengulas mengenai mppj fc, "adat dunia ini, sape yang naik cepat, maka cepatlah dia turun".

buat selangor, tahniah!
buat kelantan, tahniah !
selamat berjuang di liga super.
jumpa nanti di piala malaysia.

-SAYANGI BOLASEPAK MALAYSIA-

Friday 24 April 2009

Sedetik Menanti Sejarah

tidak sampai 24 jam dari sekarang, sejarah bakal tercipta buat bolasepak kelantan.
sejarah kali pertama beraksi di pentas final piala fa sejak piala ini diperkenalkan pada tahun 1990.
sejarah juga buat skuad red warriors kerana sudah 39 tahun skuad kijang tidak merasa nikmat pentas final sebarang piala utama.
dan sejarah gemilang bakal tercipta andai kata kelantan mampu menewaskan selangor esok untuk membawa pulang piala ini ke negeri cik siti wan kembang. sesuatu yang tampak sukar jika diambil kira prestasi semasa pemain2 selangor, namun dalam bolasepak segalanya boleh berlaku ditambah lagi dengan aksi final yang menuntut kedua2 pasukan bermain secara berhati-hati untuk meminimakan kesilapan.
menjelang saat2 akhir sebelum sepak mula final, bahang aksi semakin terasa. sesuatu yang dinanti pastilah kehadiran penyokong setia kedua-dua pasukan yang dijangka mampu mengembalikan semula kemeriahan bolasepak malaysia seperti dulu kala.
rakyat kelantan tika ini, tidak mengira pangkat kedudukan serta lokasi, sibuk bercakap mengenai bolasepak. dikedai kopi, pejabat, pasar malam dan dimana-mana saja semuanya ghairah untuk menanti kepulangan wira merah bersama trofi.
tempoh 39 tahun adalah satu tempoh masa yang terlalu panjang dimana ia menyaksikan berbagai-bagai episod suka duka, dan peristiwa untuk memahat sejarah bolasepak kelantan. pernah bergelar jaguh, juga dijolok pasukan samseng, episod duka jatuh merudum, melalui zaman gelap di liga fam, masalah kewangan yang kronik, sehingga membuatkan peminat setia menderita rindu terlalu lama.
kini, kita 'tok seghupo mulo'.. kita bangkit membina kekuatan. kehadiran tan seri annuar musa membawa sinar. sinar baru untuk bolasepak kelantan, sinar baru simbol perpaduan rakyat kelantan ditengah-tengah perbezaan fahaman politik. kini kita di landasan yang betul untuk menggenggam sesuatu. kita di masa yang tepat untuk menterjemah kehebatan.

ayuh kelantan...
inilah masanya, inilah saatnya, pulanglah bersama kejayaan.
kami sebagai penyokong sentiasa sedia mendukungmu !

TAHUN 2009 TAHUN BERMAKNA,
TAHUN KELATE MASUK FINAL,
JUMPA SELANGOR KAMI DAH JANGKA,
TAPI KAMI PASTI JADI JUARA.......!!!!!!!