Friday, 24 April 2009

Sedetik Menanti Sejarah

tidak sampai 24 jam dari sekarang, sejarah bakal tercipta buat bolasepak kelantan.
sejarah kali pertama beraksi di pentas final piala fa sejak piala ini diperkenalkan pada tahun 1990.
sejarah juga buat skuad red warriors kerana sudah 39 tahun skuad kijang tidak merasa nikmat pentas final sebarang piala utama.
dan sejarah gemilang bakal tercipta andai kata kelantan mampu menewaskan selangor esok untuk membawa pulang piala ini ke negeri cik siti wan kembang. sesuatu yang tampak sukar jika diambil kira prestasi semasa pemain2 selangor, namun dalam bolasepak segalanya boleh berlaku ditambah lagi dengan aksi final yang menuntut kedua2 pasukan bermain secara berhati-hati untuk meminimakan kesilapan.
menjelang saat2 akhir sebelum sepak mula final, bahang aksi semakin terasa. sesuatu yang dinanti pastilah kehadiran penyokong setia kedua-dua pasukan yang dijangka mampu mengembalikan semula kemeriahan bolasepak malaysia seperti dulu kala.
rakyat kelantan tika ini, tidak mengira pangkat kedudukan serta lokasi, sibuk bercakap mengenai bolasepak. dikedai kopi, pejabat, pasar malam dan dimana-mana saja semuanya ghairah untuk menanti kepulangan wira merah bersama trofi.
tempoh 39 tahun adalah satu tempoh masa yang terlalu panjang dimana ia menyaksikan berbagai-bagai episod suka duka, dan peristiwa untuk memahat sejarah bolasepak kelantan. pernah bergelar jaguh, juga dijolok pasukan samseng, episod duka jatuh merudum, melalui zaman gelap di liga fam, masalah kewangan yang kronik, sehingga membuatkan peminat setia menderita rindu terlalu lama.
kini, kita 'tok seghupo mulo'.. kita bangkit membina kekuatan. kehadiran tan seri annuar musa membawa sinar. sinar baru untuk bolasepak kelantan, sinar baru simbol perpaduan rakyat kelantan ditengah-tengah perbezaan fahaman politik. kini kita di landasan yang betul untuk menggenggam sesuatu. kita di masa yang tepat untuk menterjemah kehebatan.

ayuh kelantan...
inilah masanya, inilah saatnya, pulanglah bersama kejayaan.
kami sebagai penyokong sentiasa sedia mendukungmu !

TAHUN 2009 TAHUN BERMAKNA,
TAHUN KELATE MASUK FINAL,
JUMPA SELANGOR KAMI DAH JANGKA,
TAPI KAMI PASTI JADI JUARA.......!!!!!!!

8 comments:

Tom yam Pok Tek said...

semoga kelantan bakal mencipta sejarah, gomo kelate gomo

SangKunang said...

insyaAllah...
pakak mitok doa blako

pokjak said...

ameen

arlik said...

Macamana result? kah kah kah

anjut said...

perth, jangan sedih yer.

Anonymous said...

Kita kalah bermaruah...team kita telah bermain dengan baik n bg sy game dlm final tu lah game yg paling menarik ditunjukkan oleh kelate kita..Cma luck menyebelahi kita...walaubagaimanapun tahniah saya ucapkan n teruskan sokongan.."Kelate Meme Best"

jiwaseni said...

mana post kelate kaloh?hahaha...budak kecik nak nyibuk..sudah lama ku follow blog ini ...hehe..

SangKunang said...

to anjut;
aku x sedih ler. aku bangga giler kelate boleh sampai tahap ni. even kami x pernah main final, tp kami mampu menghalang selangor dari menang mudah.

to anony;
betul tu, kite xde luck. tmbah plak pengadil mlm tu subkiddin yg memang sedia maklum melampau2 tahap kebiasannya. aku dah agak dah sebelom game, kalo subkiddin ref, awan mendung akan memeyungi kelate.

to jiwaseni;
lambat sikit post pasal kalah tu. sebab habis je game, sangkunang terpaksa berkejar ke ipoh. ada program pj. diorang gi ipoh petang sabtu lagi ngan bas kampus tp sangkunang gi sendiri sebab x sanggup melepaskan peluang merasa nikmat final kelate.
huhuhu...