Tuesday 19 October 2010

Wallpaper | Separuh Akhir Kedah-Kelantan

__________________________________________
Anda akan jadi lebih berintegriti jika meninggalkan komen
terutamanya selepas memuaturun sesuatu dari blog ini....
terima kasih

Sunday 17 October 2010

Anugerah Bolasepak Kebangsaan FAM / 100 Plus 2010


SENARAI PENCALONAN

Calon Penjaga Gol Terbaik
1. Mohd Sharbinee Allawee (Terengganu)
2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
3. Sani Anuar Kamsani (N. Sembilan)
4. Hamsani Ahmad (Selangor)
5. Syamsuri Mustaffa (T-Team)

Calon Pertahanan Terbaik
1. Nasriq Baharom (Selangor)
2. Md Aidil Zafuan Abdul Razak (N. Sembilan)
3. Azizi Mat Rose (Kelantan)
4. Marzuki Yusof (Terengganu)
5. Reithaudeen Emran (Sabah)

Calon Tengah Terbaik
1. Safiq Rahim (Selangor)
2. Amri Yahyah (Selangor)
3. Amirulhadi Zainal (Selangor)
4. S. Kunalan (N. Sembilan)
5. Baddrol Bakhtiar (Kedah)

Calon Penyerang Terbaik
1. Norsharul Idlan Talaha (Kelantan)
2. Ashaari Shamsuddin (Terengganu)
3. Mohd Safee Sali (Selangor)
4. Azlan Ismail (Kedah)
5. Mohd Zamri Hassan (PKNS)

Calon Pemain Muda Terbaik
1. Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah striker - 20 tahun)
2. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan goalkeeper - 21 tahun)

Calon Jurulatih Terbaik
1. K. Devan (Selangor)
2. B. Sathianathan (Kelantan)
3. Gary Phillip (Sabah)
4. E. Elavarsan (Felda United)
5. Ahmad Yusof (Kedah).

Saturday 16 October 2010

Jalan Keluar Untuk 'King of Malaya'.


Alhamdulillah..
hanya itu yg mampu terucap tatkala melihat pasukan kesayangan berjaya menundukkan ego Selangor dan berjaya menunjukkan pintu keluar untuk 'King of Malaya', Lagenda 32 kali Piala Malaysia.

Tiupan penamat dari pengadil di gelanggan keramat, Stadium Sultan Mohamad ke-IV, mengesahkan kemenangan 3-0 Kelantan dan membuka laluan ke separuh akhir, menanti pemenang perlawanan Kedah-Terengganu.

Berakhir perlawanan, keriangan usah dikata. Sebak di dada, hampir berair di mata..

Terharu kerana kejayaan ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan maruah rakyat kelantan yg tercalar teruk ekoran diskriminasi media2 dan pihak2 yang galak melabelkan segala bentuk keburukan terhadap The Red Warriors.

Sebak juga, kerana ini adalah hadiah paling bermakna buat mereka yg telah GUGUR & tak sempat melihat kejayaan ini.

Dalam kita bergembira meraikan ini, jangan lupa perjalanan masih panjang. masih ada 180+ minit sebelum menjejak Bukit Jalil sekali lagi.. dan

Jangan juga sesekali kita melupakan rakan kita yg telah gugur semasa berjuang;
  1. Wira Merah yg terkorban dlm kemalangan motosikal semasa dalam perjalanan menyaksikan perlawanan KL Plus - Kelate di stadium MBPJ minggu lepas.
  2. Wira Merah yg terkorban sesak nafas dalam perlawanan Suku Akhir 1 di Shah Alam.
  3. Wira Merah yg khabarnya gugur dibelasah samseng2 bolasepak selepas aksi di Shah Alam.

AL- FATIHAH untuk mereka yang telah pergi.................


Friday 15 October 2010

MALAM PENENTUAN

Malam ini, Kota Bharu menanti, 2 barisan bertembung lagi, mencari barisan unggul digeruni, namun yang pasti, hanya satu yang akan terus mendaki. Sementara yang satu lagi, akan menangis dan ditangisi....

Ayuh perwira-perwira merahku. Masanya sudah tiba, tunjukkan keunggulanmu. Berjuanglah sepenuh hati hingga ke titisan keringat terakhirmu.

Penat lelah pengorbanan wang ringgit, keringat dan darah para pendokongmu pasti terubat andaipun tidak terbayar. Masanya sudah tiba. Jangan dikau biarkan pejuang-pejuang di belakangmu menangis lagi. Cukuplah jerih payah penderitaan yang mereka harungi selama ini demimu PERWIRA MERAH.

"andaikata kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara"...

KINI MEREKA TELAH GUGUR,
MENJADI TANGGUNGJAWABMU WAHAI PERWIRA SEKALIAN UNTUK MENABUR BUNGA DI ATAS PUSARA MEREKA.

Thursday 14 October 2010

Gaduh | KAFA Pun Bersalah ???

FAM bakal memanggil Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk memutuskan hukuman yang bakal dikenakan setelah tragedi yang tercetus malam selasa lepas. Lihat sini.

Sudah menjadi kebiasaan, jika terjadi apa-apa perkara buruk yang melibatkan penyokong Kelantan, kesemua media arus perdana sepakat menuding jari menuduh Kelantan punca segala masalah. Lantas FAM pun terikut sama untuk mengheret KAFA ke muka pengadilana gara-gara gagal mengawal tinkah laku penyokong.

Persoalannya, adakah peristiwa hitam di Shah Alam tempoh hari disebabkan oleh KAFA? sedangkan menjadi tanggungjawab dan bidang kuasa FAS selaku tuan rumah untuk menyediakan kawalan keselamatan yang ketat. Tapi lain pula dipihak FAS. Mereka mengatakan kejadianberlaku di luar stadium dan mereka tidak terlibat.

Bagaimana pula dengan peristiwa hitam di Kota Bharu 7 April 2009? Kelantan didenda gantung stadium gara-gara tragedi rusuhan dan bakar trak polis pada malam separuh akhir piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan. KAFA dihukum walaupun ia berlaku selepas perlawanan. Ya, aku terima hukuman itu. Tapi dalam kes terbaru ini, FAS harus dihukum. Bukannya KAFA.

FAS memang gagal. Gagal segalanya. Bermula dari pintu masuk, kawalan keselamatan terlalu longgar tidak seperti di Kota Bharu. Polis dan RELA ramai yang berkawal tapi tidak melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas penyokong yang masuk. Aku sendiri masuk membawa beg galas yang tersimpan 'banner'. Aku memang bersedia jika ada pemeriksaan, kerjasama akan diberikan. Tapi di pihak pasukan keselamatan stadium, mereka hanya bertanya, "Dik, ada apa dalam beg?". "Ada banner encik." OK, masuk....

Itu yang dikatakan FAS sebagai kawalan ketat sudah dilakukan??? Kalau aku bawak bom C4 sekalipun, aku takkan mengaku yang aku bawak bom. Sebab mereka tak check. Kawan2 aku pun sama, yg bawak beg berisi baju hujan, kamera semuanya lepas dengan mudah.

Jika kawalan keselamatan dilakukan dengan ketat, aku percaya keadaan tidak seteruk malam itu. Teringat lagi malam Final Piala FA tahun lepas membabitkan pertembungan Selangor Kelantan di Bukit Jalil. Aku yang membawa beg berisi banner terpaksa melepasi 4 lapis pemeriksaan. Pertama di pintu masuk oleh pegawai stadium. Kedua polis selepas pintu masuk. Ketiga RELA. Dan yg terakhir terserempak ngan FRU yang sedang meronda. Habis segenap inci beg aku dibuka, banner pun dibentang habis untuk memeriksa kalau2 terselit sebijik dua mercun, bedil, bom dan sebagainya. Hasilnya, malam itu perlawanan bersih dari sebarang letupan mahupun ketegangan walaupun Kelantan tewas penalti kepada Selangor.


Jika pemeriksaan ketat telah dilakukan pada malam selasa lepas, tiadalah acara bom mengebom, tiadalah tergolek-golek pasukan paramedik dilancar 'mortar'.

Kegagalan seterusnya di pihak FAS ialah masalah pembahagian seat dalam stadium. Tempat duduk Kelantan penuh dan padat macam sardin ! dan diletakkan pula bersebelahan dengan penyokong Selangor di bahagian kerusi hijau yang jaraknya hanya 10 meter, memudahkan lagi provokasi dan melancarkan lagi perjalanan aksi baling-membaling. Mengapa tidak dibahagikan sama rata dan saling menghadap antara Selangor Kelantan dengan bahagian belakang gol ditutup sebagai penghalang yang luas..?

Melihat penyokong Kelantan memenuhkan ruang kerusi hijau belakang gol malam sabtu lalu, aku dapat menjangka sesuatu yg buruk bakal berlaku malam ini. Terdetik juga di hati, adakah pihak stadium SENGAJA membiarkan jarak yg kecil itu. Untuk mencetuskan pergaduhan dan yang bersalah memang satu malaysia akan sedia maklum. 10 jari akan menuding kearah Kelantan yang imej mereka sedia buruk dimata rakyat Malaysia. Takkan pihak FAS tak boleh jangka benda gini akan berlaku. Pengalaman2 sebelum ni dah banyak mengajar bahawa penyokong Kelantan dan Selangor TAK BOLEH DIBIARKAN BERDEKATAN DALAM STADIUM.

Kegagalan lagi? Pasukan keselamatan dalam stadium GAGAL mengawal tingkah laku penyokong kedua-dua pasukan ketika 'peperangan kecil' mula tercetus. Pada masa itu sepatutnya pihak keselamatan tidak tengok dan biar. Tangkap je kepala-kepala kedua-dua belah penyokong. Takut lah nanti yang lain... Contohi pasukan keselamatan di Kota Bharu, ada je kekecohan, bergari lah kat tangan. Sikap tunggu dan lihat di Shah Alam itulah yang menyebabkan situasi makin parah dengan lebih ramai yang turut serta, menambahkan lagi aksi yang tercetus sampai orang dah tak tengok kenapa Idlan Talaha dan Gunalan dibuang padang. Lagi syok tengok perang agaknya.

Berdasarkan kegagalan-kegagalan yang direkodkan ini, sudah sah bahawa PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR (FAS) harus didenda kerana GAGAL menyediakan venue perlawanan yang selamat !