Friday, 15 October 2010

MALAM PENENTUAN

Malam ini, Kota Bharu menanti, 2 barisan bertembung lagi, mencari barisan unggul digeruni, namun yang pasti, hanya satu yang akan terus mendaki. Sementara yang satu lagi, akan menangis dan ditangisi....

Ayuh perwira-perwira merahku. Masanya sudah tiba, tunjukkan keunggulanmu. Berjuanglah sepenuh hati hingga ke titisan keringat terakhirmu.

Penat lelah pengorbanan wang ringgit, keringat dan darah para pendokongmu pasti terubat andaipun tidak terbayar. Masanya sudah tiba. Jangan dikau biarkan pejuang-pejuang di belakangmu menangis lagi. Cukuplah jerih payah penderitaan yang mereka harungi selama ini demimu PERWIRA MERAH.

"andaikata kami gugur semua, taburlah bunga diatas pusara"...

KINI MEREKA TELAH GUGUR,
MENJADI TANGGUNGJAWABMU WAHAI PERWIRA SEKALIAN UNTUK MENABUR BUNGA DI ATAS PUSARA MEREKA.

2 comments:

Paritbuntarmali said...

Semoga yang terbaik akan berjaya malam ini. Samada Kelantan atau Selangor bertarunglah dengan penuh semangat kesukanan.

Kepada penyokong kedua-dua pasukan terimalah dengan lapang dada keputusan perlawanan nanti. Jangan kecoh-kecoh lagi.

Peminat bolasepak Malaysia...

CIKGU ZAM said...

salam Fik,
ejas sedapp la set kito tuhh, kawe yakin mene. Aminn