Thursday, 14 October 2010

Gaduh | KAFA Pun Bersalah ???

FAM bakal memanggil Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) untuk memutuskan hukuman yang bakal dikenakan setelah tragedi yang tercetus malam selasa lepas. Lihat sini.

Sudah menjadi kebiasaan, jika terjadi apa-apa perkara buruk yang melibatkan penyokong Kelantan, kesemua media arus perdana sepakat menuding jari menuduh Kelantan punca segala masalah. Lantas FAM pun terikut sama untuk mengheret KAFA ke muka pengadilana gara-gara gagal mengawal tinkah laku penyokong.

Persoalannya, adakah peristiwa hitam di Shah Alam tempoh hari disebabkan oleh KAFA? sedangkan menjadi tanggungjawab dan bidang kuasa FAS selaku tuan rumah untuk menyediakan kawalan keselamatan yang ketat. Tapi lain pula dipihak FAS. Mereka mengatakan kejadianberlaku di luar stadium dan mereka tidak terlibat.

Bagaimana pula dengan peristiwa hitam di Kota Bharu 7 April 2009? Kelantan didenda gantung stadium gara-gara tragedi rusuhan dan bakar trak polis pada malam separuh akhir piala FA antara Kelantan dan Negeri Sembilan. KAFA dihukum walaupun ia berlaku selepas perlawanan. Ya, aku terima hukuman itu. Tapi dalam kes terbaru ini, FAS harus dihukum. Bukannya KAFA.

FAS memang gagal. Gagal segalanya. Bermula dari pintu masuk, kawalan keselamatan terlalu longgar tidak seperti di Kota Bharu. Polis dan RELA ramai yang berkawal tapi tidak melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas penyokong yang masuk. Aku sendiri masuk membawa beg galas yang tersimpan 'banner'. Aku memang bersedia jika ada pemeriksaan, kerjasama akan diberikan. Tapi di pihak pasukan keselamatan stadium, mereka hanya bertanya, "Dik, ada apa dalam beg?". "Ada banner encik." OK, masuk....

Itu yang dikatakan FAS sebagai kawalan ketat sudah dilakukan??? Kalau aku bawak bom C4 sekalipun, aku takkan mengaku yang aku bawak bom. Sebab mereka tak check. Kawan2 aku pun sama, yg bawak beg berisi baju hujan, kamera semuanya lepas dengan mudah.

Jika kawalan keselamatan dilakukan dengan ketat, aku percaya keadaan tidak seteruk malam itu. Teringat lagi malam Final Piala FA tahun lepas membabitkan pertembungan Selangor Kelantan di Bukit Jalil. Aku yang membawa beg berisi banner terpaksa melepasi 4 lapis pemeriksaan. Pertama di pintu masuk oleh pegawai stadium. Kedua polis selepas pintu masuk. Ketiga RELA. Dan yg terakhir terserempak ngan FRU yang sedang meronda. Habis segenap inci beg aku dibuka, banner pun dibentang habis untuk memeriksa kalau2 terselit sebijik dua mercun, bedil, bom dan sebagainya. Hasilnya, malam itu perlawanan bersih dari sebarang letupan mahupun ketegangan walaupun Kelantan tewas penalti kepada Selangor.


Jika pemeriksaan ketat telah dilakukan pada malam selasa lepas, tiadalah acara bom mengebom, tiadalah tergolek-golek pasukan paramedik dilancar 'mortar'.

Kegagalan seterusnya di pihak FAS ialah masalah pembahagian seat dalam stadium. Tempat duduk Kelantan penuh dan padat macam sardin ! dan diletakkan pula bersebelahan dengan penyokong Selangor di bahagian kerusi hijau yang jaraknya hanya 10 meter, memudahkan lagi provokasi dan melancarkan lagi perjalanan aksi baling-membaling. Mengapa tidak dibahagikan sama rata dan saling menghadap antara Selangor Kelantan dengan bahagian belakang gol ditutup sebagai penghalang yang luas..?

Melihat penyokong Kelantan memenuhkan ruang kerusi hijau belakang gol malam sabtu lalu, aku dapat menjangka sesuatu yg buruk bakal berlaku malam ini. Terdetik juga di hati, adakah pihak stadium SENGAJA membiarkan jarak yg kecil itu. Untuk mencetuskan pergaduhan dan yang bersalah memang satu malaysia akan sedia maklum. 10 jari akan menuding kearah Kelantan yang imej mereka sedia buruk dimata rakyat Malaysia. Takkan pihak FAS tak boleh jangka benda gini akan berlaku. Pengalaman2 sebelum ni dah banyak mengajar bahawa penyokong Kelantan dan Selangor TAK BOLEH DIBIARKAN BERDEKATAN DALAM STADIUM.

Kegagalan lagi? Pasukan keselamatan dalam stadium GAGAL mengawal tingkah laku penyokong kedua-dua pasukan ketika 'peperangan kecil' mula tercetus. Pada masa itu sepatutnya pihak keselamatan tidak tengok dan biar. Tangkap je kepala-kepala kedua-dua belah penyokong. Takut lah nanti yang lain... Contohi pasukan keselamatan di Kota Bharu, ada je kekecohan, bergari lah kat tangan. Sikap tunggu dan lihat di Shah Alam itulah yang menyebabkan situasi makin parah dengan lebih ramai yang turut serta, menambahkan lagi aksi yang tercetus sampai orang dah tak tengok kenapa Idlan Talaha dan Gunalan dibuang padang. Lagi syok tengok perang agaknya.

Berdasarkan kegagalan-kegagalan yang direkodkan ini, sudah sah bahawa PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR (FAS) harus didenda kerana GAGAL menyediakan venue perlawanan yang selamat !


2 comments:

Paritbuntarmali said...

Inilah keadilan cara FAM selama ini. Keadaan akan jadi lebih teruk merapunya apabila ianya melibatkan pasukan negeri Selangor. Selangor seperti dilindungi sepenuhnya dan jika berlaku sesuatu insiden pasukan lain akan kelihatan lebih salahnya. Dan ini bukanlah perkara baru dalam bolasepak Malaysia.

Aspek keselamatan di Stadium Shah Alam seharusnya menjadi kewajipan pasukan tuan rumah (FAS) daripada sebelum, semasa dan selepas perlawanan samada di dalam mahupun di luar stadium.

Jika kawalan keselamatan yang ketat dikenakan, sekurang-kurangnya dapat mencegah sebarang kemungkinan untuk berlaku kekecohan. Stadium sebesar itu sepatunya menjadi tempat yang amat selesa untuk menonton perlawanan bolasepak jika dapat diatur dengan baik oleh tuan rumah.

KAFA tidak patut diseret bersama dalam permasalahan yang berpunca dari kelalaian FAS sendiri.

Kita tengoklah nanti samada FAM sanggup untuk mengambil tindakan tegas terhadap kegagalan FAS atau KAFA juga akan dianggap salah bersama atas kegagalan pihak lain. Alahai FAM...

Peminat bolasepak Malaysia

WIRAN MERAH KUNING said...

suke ati laaa abe sangkunang...

kiteorang punya stadium, kiteorang punya suka laaa !

abe kalo nak duduk luas2, abe balik ke kotor bharu nun... denga cite stadium kat sana luasssssssss !

hehehe... jangan marah abe sangkune...

HIDUP BOLASEPAK MALAYA