Tuesday 16 July 2013

'MENANG TAK PENTING'

 Oleh Wan Fakhrul BakarCetak
'MENANG TAK PENTING'Datuk K Rajagobal
Rajagobal mahu cari rentak temu Chonburi sebelum berdepan Chelsea, Ahad ini

Kelana Jaya: Mentaliti dan falsafah Datuk K Rajagobal masih tidak berubah setiap kali skuad Harimau Malaya turun beraksi dalam perlawanan persahabatan. 
Semalam, ketua jurulatih skuad kebangsaan itu seperti biasa menegaskan dia tidak terlalu mementingkan kemenangan pada aksi persahabatan menentang kelab Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. 

Pasukan kelab pastinya cukup teruja menentang skuad kebangsaan dan sama juga seperti ketika Chonburi FC menewaskan skuad kebangsaan Thailand sebelum ini. Persembahan mereka pasti meningkat tanpa memerlukan apa-apa motivasi tambahan kerana mereka tahu berdepan pasukan lebih baik” Datuk Rajagobal, Jurulatih kebangsaan

Pada tanggapan pengendali berusia 57 tahun itu, perlawanan berkenaan hanya medan mencari rentak menjelang pertemuan menentang gergasi Inggeris, Chelsea di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

Malah, dia berasakan apa juga keputusan boleh berlaku apabila sebuah pasukan kebangsaan berdepan dengan pasukan berstatus kelab atau negeri.

“Semua kena faham, kita (skuad kebangsaan) juga pernah bertemu Sabah (menang tipis 1-0) dan Sarawak (seri 1-1) pada tahun lalu. Itu semua boleh berlaku di seluruh dunia.

“Pasukan kelab pastinya cukup teruja menentang skuad kebangsaan dan sama juga seperti ketika Chonburi FC menewaskan skuad kebangsaan Thailand sebelum ini. Persembahan mereka pasti meningkat tanpa memerlukan apa-apa motivasi tambahan kerana mereka tahu berdepan pasukan lebih baik. 

-----------------------------
This is Raja

Wednesday 3 July 2013

Kelantan Gah, JDT Cuba Lagi


Kelantan mengesahkan status gergasi bolasepak Malaya masih belum terhakis. Menumpaskan Johor Darul Takzim 1-0 pada final tempoh hari membuktikan semangat juang anak-anak buah Bojan Hodak masih membara untuk menyaingi kuasa-kuasa bolasepak Malaysia yang lain seperti Selangor, Lion 12 dan pasukan paling meningkat, Johor Darul Takzim.

Tidak banyak perbezaan kualiti kedua-dua pasaukan pada final tempoh hari. Kedua-duanya hebat. Penyokong pun hebat. Cuma yang membezakan Kelantan dan JDT ialah pengalaman.

Kepada penyokong JDT, banyak-banyakkan bersabar. Kerana ini baru permulaan bagi kalian. Pada awal kebangkitan Kelantan dulu pun, penyokong Kelantan merasai pedihnya tangisan kekalahan. Tahun 2009, dua kali penyokong Kelantan menangis ketewasan di final. Kalah penalti kepada Selangor dalam final piala FA 2009. Dan tumpuan dan harapan menjulang kejayaan diberi, pada penghujung musim TRW kalah lagi di final Piala Malaysia kepada Negeri Sembilan. Nikmatnya tangisan kekalahan, TRW belajar sesuatu, mendaki sedikit demi sedikit sehingga menjulang treble 2012.

Kepada JDT, anda juga akan merasai perjalanan hebat ini..

#PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN

Friday 31 August 2012

SALAM MERDEKA

SYUKUR...
55 Tahun sudah, rakyat di tanah bertuah mengecapi nikmat kebebasan, melayari bahtera perjuangan bernama MERDEKA.

Sungguhpun tidak sempurna pada mata kita, tapi terbaik di sanubari kita.
Kita adalah kita.
Kita bukan mereka.

MALAYSIA adalah MALAYSIA.
Wargananya bukan boneka.

SALAM KEMERDEKAAN buat semua yang cintakan negara.

Ini benderaku:
Jika bendera kamu lain dari bendera kesayangku ini, bermakna kamu bukan berkongsi negara denganku....

Ini pula lambang kedaulatan negaraku. Lambang turun temurun berpaksi payung raja berpelembagaan. Panji keramat milik rakyat berdaulat


dan.......


ini,

Ini pula FAM.. FAM memang patut dirombak, diubah, diselerak dan ditransformasikan. Kalian nak berjuang mengubah yang ini, berjuanglah. Aku sokong !!! Demi kedaulatan negara...

SALAM KEMERDEKAAN KE-55