Sunday 12 October 2008

AZAN.........


Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan
melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan
Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'
Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan
kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang
dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah
S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa
antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula
di-Malaysia.
Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas
Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar
dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka
masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di-Afghanistan dan Muscat.
Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka
masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman,
Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur
Atlantik.
Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke
pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini
sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu
sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

3 comments:

anjut said...

seruan sembahyang memang tak pernah berhenti, tapi iman kita ni kejap naik kejap turun, kadang2 kita pun wat tak dengar je azan tu sampai lebur segala subuh , zohor, asar, gorib n isya'...setakat kagumi tak perlu, yg penting hayati. i'm talking bout myself, abg perth tak macam ni kan?hehehe, so saper yg rasa2 pedas tu, tambah kicap la sikit heh.

Hilmi Zulfadli Shahrom said...

Subhanallah

SangKunang said...

betul yg anjut cakap tu...
setakat kagum tp x hayati apa guna.

lagi satu stakat nk tunjuk banyak ilmu, bersyarah sana ceramah sini, tp diri tu penuh dengan kejahatan, tak guna jugak..