Sunday 31 January 2010

Harimau Muda ke Slovakia?

Tengok buletin sukan tibi tige tadi, rasanya ramai yang dah tau pengumuman FAM bahawa skuad HArimau Muda A akan beraksi di liga junior Slovakia. Satu perkembangan yang menarik dan menggembirakan semua peminat bolasepak Malaysia kerana akhirnya pasukan ini tidak dibubar sepertimana kekalutan yang melanda sebelum ini.

Terpaksa laa aku menarik balik kritikanku terhadap FAM? oh tidak... Aku hanya tabik kat FAM sekiranya mereka dah sampai ke Slovakia dan betol kompem beraksi disana. Sebab aku takut ade masalah 'teknikal' disaat peminat teruja menanti aksi Harimau Muda di slovakia. Bukan apa, aksi Liga Singapura dulu pun diwar-warkan kompem, tp apa yang dah jadi.

Andaikata pemergian mereka ke Slovakia menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Nasib mereka akhirnya terbela. Tapi aku harus tangguhkan dulu ucapan terima kasihku terhadap FAM sehingga mereka menyepak bola di negara yang mempunyai awek2 cun itu kelak...

2 comments:

Pokjak a.k.a. Aizat said...

harimau tua per kabar lak, cm da syap da skang

anak sulong hassan said...

harimau tua dah xde dah..
terkorban selepas disembelih unta arab tahun lepas..
geng2 rimau tua pun dah ramai bersara jadi peniaga dvd pasa malam.

tinggal rimau remaja ngan rimau muda je skrg nih...