Friday 8 January 2010

Pelancaran Jersi Baru The Red Warriors

gambar oleh : userun kelatedotnet


Akhirnya lengkaplah sudah persiapan Liga Super 2010 Kelantan yg akan bermula esok setelah jersi pasukan dilancarkan secara rasminya hari ini. Turut dilancarkan ialah laman web rasmi KAFA yg baru iaitu The Red Warriors http://www.theredwarriors.com/
Jersi baru skuad kelantan untuk musim 2010 memaparkan kesemua logo rakan penaja utama seperti Kumpulan Alhamra di hadapan, Sinar Harian di belakang atas, Air Asia di belakang bawah serta Yusmira Trading pada bahu kanan. Dan yang lebih menarik, jhersi baru ini turut memaparkan logo 1Malaysia sebagai satu sokongan kepada hasrat dan gagasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Memperoleh tajaan sukan daripada UMBRO, jersi kelantan pada musim ini berubah rupa 100% dari segi corak dengan menampilkan identiti baru iaitu petak3 croatia sekaligus memadamkan identiti pahlawan merah yg terdahulu iaitu batik.
Secara peribadi aku gembira dengan pelncaran jersi baru yang sarat dengan penaja ini sekaligus mencerminkan usaha bersungguh-sungguh Tan Sri Anuar Musa dalam memprofesional mengkorporatkan bolasepak kelantan. Cuma, kekecewaan pada jersi baru ini ialah berakhirnya identiti batik yang amat unik dalam arena bolasepak di Malaysia khasnya.

SELAMAT BERJUANG WIRA-WIRA MERAH !

4 comments:

aFiQ said...

Mantap2!

SangKunang said...

mantap...
bukan saje kelate..
team lain pun aku tgk mantap jugak..
semoga LIGA M kita kembali meriah !

aFiQ said...

btul2..
paling mntap Pahang la..
ader imuniti kot~

tok gajah tua said...

pahang memang sejak azali mempunyai imuniti..

malah jika ditakdirkan pahang jatuh ke liga FAm sekalipun, nescaya mereka akan diselamatkan untuk ke liga super...

VIVA PAHANG