Monday, 9 February 2009

Musim Amfibia Melompat dan Mengawan

Tika ini, negara Malaysia sedang mengalami musim melompat dan mengawan bagi sejenis amfibia yang datangnya daripada pelbagai spesis. umum mengetahui bahawa musim ini spesis2 ini mempergiatkan usaha untuk melompat dan mencari rakan kelaminan. fenomena ini sememangnya sudah dijangka seawal 8 Mac tahun lalu. Kalendar lompat-melompat sudahpun dipampang apabila spesis ulung amfibia yg juga kawanan tertua dalam kalangan spesis negara ini sudahpun meramalkan akan berlakunya lompatan besar-besaran tahap sarjana spesis2 ini kearah mencari kawanan yang lebih harmoni menjanjikan makanan melimpah ruah.
dua tiga hari ini, ramalan serta catitan kalendar amfibia ini menjadi kenyataan. namun, banyak tersasar dari ramalan awal para pengkaji habitat amfibia ini. mereka sebenarnya menjangkakan beberapa kawanan dari spesis dominan akan mencari kawanan dan rakan kelaminan di dalam komuniti spesis campuran yang satu lagi. tp sebaliknya yang berlaku. spesis yang dominan terus dominan menyebabkan satu kawasan paya yang menempatkan 2 kawanan yang hampir sama banyak, sudahpun kehilangan wilayah ke tangan spesis dominan.
para pengkaji dan pemerhati makhluk ini sudahpun memulakan post mortem, mencari punca mengapa berlaku perubahan mendadak pada sifat amfibia-amfibia ini.
setelah dikaji, jawapannya muncul. dengar ceritanya, spesis yang tewas di kawanan tersebut sebenarnya terlalu bongkak dan angkuh bercerita tentang kehebatan pengaruhnya di depan makhluk-makhluk lain di habitat negara ini. seperti cerita zaman persekolahan dulu-dulu, "lembu dan ibu katak yang sombong"...pernah baca? pegi baca..

4 comments:

Anonymous said...

Boss kodok yang berkawan dengan Raja Katak amat tidak mengemari aktiviti spesis katak ini. Igauannya menjadi kenyataan bila bising mulut Raja Katak menyebabkan beberapa anak katak telah melompat lari ke spesis dominan. Kawasan paya yang baru beberapa bulan dikuasai sang kodok telah dikuasai spesis dominan. Sang kodok salahkan Raja Katak. Raja Katak pulak salahkan Tuan Tanah. Wakil spesis kodok di paya tu tak mahu angkat kaki sebab dia rasa dia besar dari Tuan Tanah. Tuan Tanah geleng kepala tengok aksi amfibia. Kalau Tuan Tanah naik angin nanti habis Raja Katak dan Boss Kodok kena penangan.

algojo yang baik said...

idup katak..

sudah terbukti..tiada sape dapat menerima politik lompat katak nih

baik BN..baik PR

Freddie said...

jadi,haruskah aku terus menjalani proses pemendapan dan serkupkan kepala hotak aku dalam baldi yang tak berwarna itu bagi mengelakkan spesis amfibia itu melompat bertepek memalit lumpur ke muka aku?aku sendiri masih memikirkan,adakah lebih baik jika kita sekalian penduduk kampung gunakan katak2 dan kodok2 itu sebagai umpan untuk memancing ikan besar di serata lubuk...

Faiz0707 said...

Salam sahabat..harapnye politik lompat katak ni dapt dihapuskn sebb semuanya menaniaya rakyat baik BN mahupn PR..lucu bile tengok situasi politk malaysia leni..huhu.moge Allah swt lindung pemimpin2 di pihak BN mahupn PR.yg benar2 bekerjA kerana Allah swt dan utk rakyat

dekt blog aku pon aku crite pasl katak, tp tema tk same..huhu.
Jage diri Pert, jzkk dn salam ingatan dri sahabt di perantauan=)