Sunday 7 February 2010

Malaysia ke Piala Dunia FIFA...

Setelah kejayaan merangkul pingat emas bolasepak Sukan Sea disember lalu, Malaysia sekali lagi mencipta nama. Kali ini Malaysia secara rasminya telah melayakkan diri ke Piala Dunia FIFA Afrika jun nanti.
Namun begitu, yang akan ke Piala Dunia nanti bukan lah skuad K Rajagopal mahupun skuad Slovakia Azrai. Yang akan ke sana nanti ialah Subkhiddin Salleh, pengadil Malaysia yang mendapat jemputan untuk menjadi salah seorang warga kerja pengadilan 32 pasukan terbaik dunia nanti. Tahniah buat Subkiddin. Sekurang-kurangnya kebolehan anak Malaysia mendapat pengiktirafan FIFA untuk bersama-sama menjayakan Piala Dunia Afrika Selatan nanti.

MALAYSIA BOLEH

No comments: