Sehari selepas pengumuman tajaan bernilai jutaan ringgit kepada skuad The Red Warriors, persiapan Kelantan menghadapi perlawanan Sumbangsih Liga Super 2011 dikejutkan dengan berita perletakan jawatan ketua Jurulatih, B. Satianathan berkuatkuasa serta merta (info dari INFOSUKAN Tv1). Perletakan jawatan Satia ini disebabkan oleh keputusan Jawatankuasa Disiplin FAM yang mengumumkan pengekalan hukuman gantung 6 bulan kepada bekas jurulatih kebangsaan itu kerana mengkritik badan induk bolasepak Malaysia pertengahan tahun lalu.
Di saat Kelantan bersiap sedia melangkah ke padang menghadapi sesuatu kejohanan, cerita duka perletakan jawatan jurulatih seperti sudah menjadi satu badi buat skuad yang dahulunya dikenali dengan jolokan Kijang Emas ini. Untuk rekod, pada tahun 2008, jurulatih pasukan Norizan Bakar meninggalkan Kelantan beberapa hari sebelum bermulanya sepak mula Piala Malaysia. Skrip yang sama berulang setahun kemudian apabila jurulatih, Peter James Butler meninggalkan pasukan secara mengejut, juga beberapa hari sebelum Kelantan memulakan kempen Piala Malaysia 2009.
Di saat bahang pertembungan di Shah Alam 29 Januari ini semakin panas, berita perletakan jawatan ini nyata menambahkan lagi gelisah dalam kalangan peminat tegar The Red Warriors, apatah lagi skuad ini sebelumnya turut dilanda kontroversi perpindahan 'haram' beberapa pemain berstatus bintang, masih lagi belum mencapai jalan penyelesaian.
Pemimpin nombor 1 bolasepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa juga tidak terkecuali merasai kegelisahan ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau melalui laman Facebook rasmi miliknya, beliau nyata kecewa dan dukacita dengan perkhabaran terbaharu ini. Tambahnya, apakah seperti suatu kebetulan setiap kali kita menghadapi sesuatu kejuaraan, kita terbeban dengan masalah yang berat. Namun, beliau meminta semua pihak bertenang kerana menurutnya Satia masih belum meletak jawatan secara rasmi.
Apa pun, kami berharap, isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar persiapan yang telah disusun tidak hancur begitu sahaja. Dan kepada Jawatankuasa Disiplin FAM, insaf-insaf lah. Orang tu kritik sikit je, terus kau hancurkan karier orang tu...
FAM..... RAKYAT SUDAH MULA MENERIMA KALIAN, TAPI KALIAN MASIH CUBA MENGULANGI RENTAK LAMA. BERUBAHLAH !!!!
3 comments:
waaaa.. abe ya weh!!! jgn la majuk sapa gitu skali T_T
oit saperaku... abe ya x majuk laa.. tp terpakso.. buke sebab merajuk deh.. kalu dio stay pun xleh duk di bench pemain jugok.. 6 bule lamo tu... haha..
soalan...apa makna pemimpin no 1 bolasepak kelate sebagai orang besar fam?
Post a Comment