Friday 2 December 2011

FA Pelingkup Bola Malaysia

pencuri bakat

Bengang Ong Kim Swee [OKS]. Bengang bukan main bangang lagi setelah beberapa tonggak utama Harimau Muda A khabarnya mendapat tawaran lumayan dari beberapa FA bagi menghadapi saingan Liga Super musim 2012.

Bengang kan. Aku pun bengang. Seperti kata OKS, tak pernah berlaku lagi dalam mana-mana negara, pasukan kelab bergantung kepada pasukan kebangsaan untuk melahirkan pemain berkualiti. Sepatutnya kelab/FA negeri yang bertanggungjawab melhirkan bakat baru berkualiti seterusnya disalurkan kepada pasukan kebangsaan untuk manfaat negara. Malaysia tidak. Disini unik. Tugas FA adalah hanya mengepau pemain sedia ada dari pasukan kebangsaan/pelapis kebangsaan. Tiada hala tuju, tiada perancangan, malah pemimpin FA sendiri sebenarnya tiada minat dalam pengendalian pasukan bolasepak.

Di negara-negara maju bola, pasukan kebangsaan sebenarnya tak payah bekerja keras sangat. Sebab pemain-pemain dicedok dari kelab. Dari akdemi kelab masing-masing. Tugas jurulatih kebangsaan ialah memilih pemain, dan mengadunkan bakat pemain dengan taktikal sendiri.

Disini. Tugas seorang jurulatih kebangsaan ialah, mencari, menilai, menguji, melatih, mengajar balik dari A-Z, termasuklah stamina pemain. Itu hanya untuk satu kejohanan saja. Berdepan dengan satu kejohanan yang lain atau perlawanan yang lain, tugas-tugas yang disebutkan tadi akan berulang dari mula mencari sampai yang part A-Z.

Sekian. Majulah FA untuk MALAYSIA

5 comments:

Kurast said...

itu masalah bolasepak sekarang, malaysia satu-satunya negara yang ade banyak fa. diaorang ni la punca sebenar bolasepak malaysia gagal. setakat asia tenggara saje, sampai bile? sultan bola paling bangang..okbai

SangKunang said...

FA bersepah-sepah tanpa fungsi..
suke ayat sbelom okbai..
okbai !...

kudabesi said...

dah nak wat cam mana..FA mana daya upaya

lemah hampeh, jenis sorang tu pegang banyak2 jawatan..dari RELA sampai ke persatuan kabadi semua dia join, pangkat tak nak kecik

bayar yuran tak tau la..

jawatan dalam FA sekadar tenggekan sebelum ke FAM atau pun pentadbiran negeri

alasan FA ke Olahraga Amatur negeri ke senang jer..creme de la creme sudah dicekup awal2 lagi di SSBJ, SSBP

yg lain tinggal yang tak power

SangKunang said...

shahidan kassim n the sultan forever.. kehkehkeh.. RELA 4ever..

Anonymous said...

tau x sbabnya jd cmni? jwpanya snang.2 ayat je.SAMBIL LEWA