Saturday, 7 April 2012

Bola Shebbie: Murahnya Jawatan Tinggi Dalam FAM

dari Harian Metro

WOW! Begitulah reaksi saya apabila membaca laporan akhbar Tan Sri Annuar Musa digantung dua setengah tahun kerana meluahkan pendapat mengenai pasukan kebangsaan. Sekali lagi kontroversi tercetus membabitkan arena sukan bola sepak negara kita.

Kontroversi timbul apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mempertahankan atau melindungi salah seorang ahli Majlis Tertinggi mereka sendiri. Tiada perlindungan untuk Timbalan Presiden. Tiada perlindungan bagi Pengerusi MSL Sdn Bhd. Tiada perlindungan buat Timbalan Presiden Jawatankuasa Pasukan Kebangsaan serta Pengerusi Pembangunan bola sepak wanita.

Apa yang berlaku bukan membabitkan persoalan apa yang diperkatakan tapi betapa murahnya jawatan itu dalam pentadbiran bola sepak di negara kita.Presiden Fifa, Sepp Blatter mendabik dada dengan laungan ‘Football Family’ tapi di Malaysia, seorang ahli Majlis Tertinggi dianak tiri. Jelas tiada semangat kekeluargaan dalam FAM. Sukan bola sepak sebenarnya membabitkan emosi, ekspresi dan pendapat.Kritikan penting untuk mencapai tahap serta taraf yang lebih tinggi.

Kritikan juga penting sebagai batu loncatan ke arah kejayaan. Pendapat pula menunjukkan minda yang aktif. Ada pendapat baik dan ada pula pendapat buruk tapi apa yang lebih teruk tiada pendapat langsung. Sekiranya keputusan seri dengan Filipina dianggap keputusan baik, maka kasihan bagi mereka yang berpendapat sebegitu. Kita sudah menunjukkan satu peningkatan dalam bola sepak antarabangsa tapi itu hanya satu permulaan dan kasihan juga kepada mereka yang berpendapat prestasi tinggi boleh dicapai dengan sekadar memetik suis.

Selepas menjuarai Piala AFF pada 2010, adakah kita menunjukkan prestasi sebagai juara? Adakah wujud kesinambungan di kalangan pemilihan skuad? Salah satu permintaan seorang jurulatih bola sepak adalah ‘menepati jangkaan’ (manage expectations) dan ini yang menjadi masalah. Penonton serta peminat mengharapkan kemajuan, tidak kira betapa kecil. Penonton dan peminat boleh terima sekiranya pasukan melalui perubahan tapi apabila prestasi sebuah pasukan turun naik maka pendapat akan disuarakan.

Kembali kepada penggantungan Tan Sri Annuar Musa, kini timbul persoalan adakah kejayaan Kelantan di bawah naungan beliau mengganggu pemikiran mereka yang berada dalam FAM? Adakah Tan Sri Annuar Musa dianggap ‘lebih besar daripada bola sepak’ (bigger than football) di negara kita? Seterusnya, kini wujud kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di MSL Sdn Bhd berikutan ketiadaan Stuart Ramalingam tapi perlu ingat, hanya mereka yang tidak mempunyai pendapat saja dibenarkan memohon.

Tanpa Tan Sri Annuar Musa, ada kekosongan sebagai Pengerusi MSL tapi jawatan ini juga memerlukan mereka yang tidak ada pendapat, untuk memohon.

.::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Dengan maksud lain, ayat Shebbie merujuk seseorang yang mahu jawatan tinggi dalam FAM haruslah seorang yang BISU !!!

2 comments:

zhafri™ said...
This comment has been removed by the author.
infoserius™ said...

Memang terbaik ah anuar musa.