Saturday 7 July 2012

SELAMANYA FAM...............



Selamanya FAM bingai, bebal, malah mungkin bangsat juga.

Sejujur-jujurnya, gua dah berikrar taknak lagi menulis pasal FAM kerana terlalu bencikan persatuan bolasepak paling hebat di dunia ni. Tapi nak jugak komen, sebab? Sebab FAM selamanya bangsat mungkin.

Kontroversi terbaharu semua orang sedia maklum. Belia Malaysia bawah pimpinan Ong Kim Swee gagal layak ke Piala Asia Bwh 22. Ditewaskan tiga kali oleh tuan rumah Myanmar.

Kali pertama tewas 2-1 diatas padang 90 minit permainan.

Kali kedua melalui percaturan tahap najis pengurusan Myanmar, meletakkan pemain lebih umur.
Sememangnya rakyat Myanmar mempunyai kebolehan luar biasa berbeza dengan manusia-manusia lain di dunia ini. Manusia lain umur akan meningkat saban hari saban tahun. Tapi manusia Myanmar tarikh dan tahun lahir mereka yang akan meningkat, dengan kata lain, semakin hari umur mereka semakin muda. Awwww, banyak makan anjing dan kucing gitu la jadinya kan...

Info Pemain di Laman Web Yangon United sebelum kejohanan.

Info pemain di laman web Yangon United selepas kecoh Myanmar guna pemain tua

Kali ketiga menerusi kebebalan pemerintah bola yang enggan melakukan bantahan rasmi dengan alasan tiada bukti. Mek mung xdok bukti !!!

Bukti ada di mana-mana wahai FAM ku sayang. Dunia maya era globalisasi ini tiada apa yang dapat ditipu. Hanya kaum dan masyarakat bodoh saja yang senang-senang ditipu. FAM mungkin tergolong dalam golongan kaum atau masyarakat yang bodoh serta bangang abadi bertubi-tubi.

Lagi alasan tiada bukti. PPuiiiiii...bukan nya suruh cari bukti woih.. Buat repot beserta surat bantahan. Cukup lah. Cari bukti bukan kerja kau FAM. Itu kerja Jawatankuasa Penyiasat dari AFC...
Bangang. Moto lu kene curi. Pastu lu wat repot kat balai polis. Ada ke polis tu suruh lu gi cari bukti, wat siasatan sendiri dan tangkap pencuri tu??? Bangang abadi jua...

Sekadar info, Peter James Butler (Terengganu) yang pernah bertugas di Myanmar turut mengesahkan bahawa pemain itu memang lebih umur.

Isu penggunaan pemain lebih umur oleh Myanmar bukan sahaja mencetus kemarahan rakyat marhaen Malaysia. Malah turut juga menarik perhatian penggemar bola dari negara-negara serantau. Paling menarik perhatian ialah dari Indonesia dan Singapura. Myanmar tu memang la, dah melibatkan negara dia. 1Myanmar la bersatu mempertahankan penipuan mereka.

Gua melayari beberapa forum bola jiran-jiran tetangga. Ada yang menghentam Myanmar, dan tidak kurang juga yang menghentam Malaysia kerana menjadikan isu lebih umur sebagai alasan kegagalan.

Oit, bapak-bapak sekalian. Kalau dah namanya kejohanan bawah 22 tahun, ikut lah peraturan. Guna pemain bawah 22 tahun. Kalau peraturan senang-senang dilanggar, maka tidak perlulah Malaysia bersusah payah guna pemain-pemain baru nak up. Boleh lah kan guna Khairul Fahmi, guna Norshahrol Idlan. Kan, kan, kan.....

Menanti kejutan pembatalan kemenangan Myanmar. Itu tidak mungkin berlaku kerana FAM merelakan kenazian Myanmar.

Di pihak rakyat Malaysia,
seanjing-anjing Myanmar, anjing lagi FAM.
seanjing FA Myanmar, mereka sudah menggembirakan rakyat mereka walau dengan cara anjing.
tapi seanjing FAM, memang itu hakikat kerana tiada sebarang usaha untuk menggembirakan rakyat marhaen pencinta bola Malaya....


"sudah, sudah cukup sudah Azzudin...


SELAMANYA, MOHON BUBAR !!!

3 comments:

Anonymous said...

mek mung.
mek azudin ado lagi ko.
hahhaa

Fakhrul Iskandar said...

Konspirasi. Kenapa nak buat rakyat semakin benci dengan kalian, kenapa? gua tak faham betul. Tapi Myammar kekal pasukan belasahan di Asia Tenggara. Percaya lah ckp aku.

SangKunang said...

Fakhrul Iskandar:
hehehe, konspirasi mempertahankan jawatan presiden AFF gua syak...mahu melobi rakan asean, anak2 jadi korban