Saturday, 29 May 2010

Rakyat Malaysia Berjuang Untuk Piala Dunia (WAJIB BACA)

Piala Dunia 2010 makin hampir. Setesen2 tivi semakin galak menyiarkan iklan2 tentang bola.. Tokei-tokei jersi dari siam pun makin lebar senyumnya, jualan jersi makin laris. Sebut apa saja, England, Jepun, Belanda, Portugal, pendek kata semua kuasa yg pernah menjajah kita kita berada di pentas piala dunia 2010...

Berbicara tentang Piala Dunia, aku teringat cerita orang2 tua satu ketika dulu. Kisah perjuangan rakyat Malaysia di piala dunia. Pernah diceritakan oleh mak aku..(mak aku pun folo kisah bolasepak tau!).. dan kisah sedih itu muncul kembali pabila ku membaca tulisan brader dingin dari sokernet....
............................................................................

ESPANA 1982: KISAH PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA

SUMBER : SOKERNET


Tahun itu adalah tahun mereka. Pada setiap hari yang mereka lalui, mereka berharap semoga piala dunia tahun ini adalah milik negara mereka. Pasti... tahun ini adalah tahun milik Sepanyol. Pasti! Itulah kegembiraan dan itulah harapan rakyat Sepanyol kerana piala dunia tahun itu berlangsung di sana. Tanpa mereka tahu, mereka sekali lagi akan kecewa.

Jauh di Amerika Selatan, skuad yang dicanang-canangkan sebagai skuad paling berbakat di dunia sedang gigih menjalankan persiapan. Tidak ada yang kurang. Mereka ada Junior, Falcao, Socrates, Zico, Serginho dan Eder. Semua serapah sudah cukup cuma belum diuji di padang rumput.

Brazil 1982 - penuh bakat


Kembali ke Eropah, di sebuah stadium yang kosong di Itali, kelibat seorang pemain yang bakal menggegarkan piala dunia tahun itu sedang gigih berlatih. Dia bukan sandaran utama tetapi sesuatu akan terjadi, sesuatu yang akan menobatkannya menjadi lagenda yang bernama Paolo Rossi.

Rossi, tengah tak sedap hati.


Jauh di Argentina, pekik tawa pemain bercampur baur dengan satu semangat, semangat mahu mempertahankan Piala Dunia 1978. Di sebalik kelibat pemain-pemain yang penuh semangat itu, terselit seorang legenda yang sedang dalam pembikinan. Piala dunia tahun itu adalah yang pertama untuknya, piala dunia yang akan mengajarkan erti perjuangan, dan hari-hari Deigo Maradona pun semakin hampir.

Maradona, kalau cikgu disiplin sekolah nampak, siap rambut dia


Di Eropah Barat, di hujung padang berdiri satu susuk pemain, memandang jauh ke langit Perancis. Dia sedang memasang azam yang kukuh. Dia mahu menjadi yang terbaik dan dia mahu menjadi yang paling hebat. Dia mahu menunjukkan kepada dunia siapa Michel Platini.

Platini, agak kacak



Sementara itu jauh di hujung benua Asia. Di sebuah negara yang masih memegang kuasa pengeksportan getah dunia, seorang lelaki menatap akhbar dengan wajah yang kecewa. Tahun itu, Kementerian Penerangan tidak mahu mengeluarkan perbelanjaan bagi kos siaran langsung Piala Dunia 1982.


Mungkin kerajaan mahu berjaga-jaga ekoran kos pilihan raya umum 1982, ataupun mungkin juga perbendaharaan sudah berkurang kerana gigihnya kerajaan melaksanakan Projek Serbuan Subuh, membeli semua saham Sime Darby di pasaran saham negara penjajah. Mungkin juga kerajaan tidak mahu adanya judi sukan.


Mungkin juga kerana Kementerian Penerangan tahu, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak ada televisyen. Jauh di pinggir Sarawak dan Sabah, masih ramai rakyat yang lebih khuatir berkenaan tanaman koko dan kelapa mereka. Ada waktu penduduk itu menenangkan hati dengan meminum kepala ataupun mengulum biji koko mentah yang masih manis. Namun, tidak ada siapa pun tahu apa sebab sebenarnya.


Lelaki yang kecewa itu pantas mencapai kertas dan pen. Dia mahu berbuat sesuatu. Biarlah kerajaan dengan masalahnya. Biarlah rakyat yang lebih gemar di kebun koko dan kelapa bergelumang dengan nyamuk, tetapi dia tetap mahu siaran langsung Piala Dunia 1982. Tidak mungkin dia sekadar duduk sambil mengharap Dr. Mahadir membuat sesuatu. Tidak mungkin....


Lalu pada suatu hari yang baik, sebuah akhbar menyiarkan surat lelaki itu. Sekiranya kerajaan tidak ada wang, jadi biarlah kita rakyat Malaysia yang menyumbangkan wang. Entah daripada mana semangat itu datang, tanpa mengira kaum, agama dan parti, kesemuanya menyokong cadangan itu. Satu dana dibentuk, curahan wang datang mencurah-curah. Semuanya demi Piala Dunia 1982.


Jauh sebelum Najib melaungkan 1 Malaysia, rakyat Malaysia sudah bersatu. Hampir dua juta sudah terkumpul namun ia masih jauh daripada sasaran. Pada saat penuh emosi itu akhirnya syarikat swasta tanpa diarah-arah melangsaikan selebihnya. Rakyat Malaysia tersenyum, dunia memandang kagum.

Pada 13 Jun 1982, beberapa minit sebelum perlawanan sulung Argentina menentang Belgium, pada saat semua televisyen dunia dikuasai iklan para penaja, di televisyen Malaysia terbit satu rangkaian kata-kata penuh keramat.... SIARAN LANGSUNG DITAJA OLEH RAKYAT MALAYSIA.


Pada tahun 1982, rakyat Malaysia akhirnya mampu melihat bagaimana barisan penuh bakat Brazil tumpas pada permainan penuh disiplin milik Itali. Pada waktu yang sama harapan rakyat Malaysia bagi melihat kebangkitan Algeri berakhir dengan kontroversi. Austria dan Jerman dituduh berkonspirasi menidakkan peluang Algeria, negara kecil yang membuatkan penduduknya histeria.

Skuad Jerman Barat yang sistematik dan kolar jersi pun boleh tahan lebar


Pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia dapat melihat secara langsung perlawanan terhebat piala dunia 1982, Jerman Barat seri tiga sama dengan barisan yang dikemudi pemain penuh inspirasi Michel Platini, yang akhirnya, impian Platini lebur kerana penalti.


Pada waktu itu jugalah buat pertama kali rakyat Malaysia melihat kelibat bakal legenda dunia, Deigo Maradona yang diberikan kad merah kerana darah mudanya. Dan pada tahun itu jugalah rakyat Malaysia melihat kelincahan pemegang kasut emas Piala Dunia 1982, Paolo Rossi membenamkan Jerman pada perlawanan akhir.


Namun, pemenang utama Piala Dunia 1982 adalah rakyat Malaysia.

Monday, 26 April 2010

Meroh Meran...

Meroh meran kaler petaling !
Red Warriors mengamuk lagi... 11 pemain di padang mengamuk menghentam pahlawan lebuhraya.. didokong oleh ribuan pahlawan yang me'merah'kan segenap penjuru Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), skuad bimbingan B Sathianathan meneruskan rentak kemenangan dengan jaringan 3 gol kelas dunia tanpa balas...

Tahniah buat ribuan penyokong merah yg hadir malam tadi. Sungguh meriah rasanya andai suasana sebegini mampu dicipta oleh penyokong-penyokong lain dalam Liga Malaysia nih. Sesuatu yg sangat menarik, malam semalam merupakan malam siaran langsung perlawanan Mencesterr Unaited lawan ape tah di tivi estero,,, tp ribuan pahlawan merah ni lebih sanggup membayar 10 hengget untuk bersama memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Sokong pasukan sendiri lebih bermakna dari sokong pasukan yg takde kaitan ngan kite ye dak?

Macam ada badi plak. Badi 3 gol.. Ok laa, daripada badi seri. Badi 3 gol adalah sangat bermakna. Teruskan langkahanmu Red Warriors.
KAMI SENTIASA MENDUKUNGMU !

Wednesday, 21 April 2010

Sangkunang, Rakan Penaja Rasmi Pasukan TERBAEK FC


TERBAEK FC, Pasukan futsal yang sedang beraksi dalam Liga Futsal Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Monday, 19 April 2010

Juara Piala FA 2010 tumpas ditangan The Red Warriors

Gua balik dari Paroi malam tadi x sempat nak hapdet blog. Letih sangat campor poning kepalo, kene ujan kek Stedium Tuanku Abdul Rahman, Paroi..

Seperti yg korang sume tau, Kelantan berjaya menundukkan juara piala FA 2010, 3-1 hasil jaringan cantek Indra Putra, Daudsu, dan Piya. 3-1 beb! Skuad Red Warriors berjaya menggembirakan hampir 2000 penyokong Kelantan yang hadir ke Paroi memberi sokongan.

Konvoi penyokong Wira Merah pada sebelah petang dari Kuala Lumpur ke bumi beradat Negeri Sembilan memang cukup mengembirakan. Semua nampak teruja seperti mengerti bahawa kemenangan bakal dibawa pulang. Alhamdulillah, walaupon terketar-ketar kesejukkan dan basah kuyup bermandi hujan, kami tulang belakang Wira Merah amat berpuas hati dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh barisan Wira Merah malam semalam. Andai corak permainan sebegini dikekalkan, pintu kejuaraan Liga Super masih terbuka, InsyaAllah..

Tahniah kepada semua yang men'travel'kan diri ke Paroi malam tadi. Semangat yang ditunjukkan sangat menakjubkan. Seperti kata kawan gua, die hard fan Negori, "hanya bila bertemu Kelantan, pihak pengurusan Stadium ini terpaksa menyediakan kawasan untuk penyokong pasukan pelawat"..
Adakah maksudnya, hanya Kelantan yang mempunyai penyokong walau bermain di luar????

TAHNIAH sekali lagi buat penyokong. Pemain ke-12 pasukan The Red Warriors..

* Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada salah seorang penyokong Negeri Sembilan yang khabarnya mengalami masalah pernafasan semasa perlawanan sedang berlangsung...