Saturday 10 April 2010

Debaran Final Piala FA


wallpaper oleh Zaem, Canaries Ultras Knight

Gendang sudah dipalu, perang saraf sudah lama berlaku, kini hanya menanti tiupan wisel memulakan 90 minit debaran perlawanan Akhir Piala FA malam ini. Pertembungan juara bertahan Piala Malaysia, Negeri Sembilan dan juara treble 2007, 2008, kedah pastinya akan berlangsung dalam suasana sengit dan meriah dari segi sorakan pastinya.
Barisan kenari pastinya mengharapkan tenaga muda mereka untuk merobek gawang Negeri Sembilan sementara barisan Wan Jamak Wan Hassan menagih kudrat gabungan muda dan berpengalaman untuk menghadapi perlawanan malam ini. Tidak terkecuali khidmat Maradona malaysia, Shukor Adan..heh heh...

Tidak sampai 8 jam sebelum sepak dimulakan, ada berita kurang enak dari Bukit Jalil.. lebih 40000 tiket masih belum terjual ! Pastinya satu perkhabaran kurang enak untuk bolasepak Malaysia setelah 2 final musim lalu, Piala FA & Piala Malaysia 'sold out' menjelang 24 jam sebelum perlawnan..

Ayuh lah orang negori, orang kedah... Jom penuhkan stadium. TAkkan nak biarkan stadium gergasi tu kosong.. Malu laa, orang negeri lain boleh datang menyokong team korang. Tapi korang sembang je nak kemaih...

Tuesday 6 April 2010

Kenapa ?

Ramai yang kagum, ramai yang bertanya kenapa Stadium Sultan Mohamad ke-IV selalu dipenuhi penyokong setiap kali berlangsungnya perlawanan yang membabitkan The Red Warriors sama ada perlawanan liga, piala mahupun persahabatan.

Ramai juga yang memberi jawapan;
1) kerana bandar Kota Bharu tiada hiburan seperti kelab malam.
- teetttt, salah kerana macam2 ade kat KB tu. tomoi pun ade.

2) kerana ramai penduduk yg tinggal berdekatan KB.
- tettttttttt, salah lagi kerana penyokong yg hadir bukan saja dari KB malah meliputi segenap ceruk negeri termasuk Gua Musang dan Jeli (gua laa tu) yg jauhnya 90-150 kilometer dari KB.

3) kerana Stadium Sultan Mohamad ke-IV tu kecik, 20000 je. tu yg nampak penuh.
- tettttttttt... salah lagi. untuk pengetahuan semua. Stadium tu memang kecik tapi padat. tak kira lagi yg datang tp tiket abis. terpaksa lepak minum air kat luar tgk kat skrin. Lagi satu, banyak lagi stadium yg kecik kat malaysia nih, tapi takde yg sepadat SSM4.

jawapan sebenar kenapa SSM4 selalu penuh ialah..........


INI -------->

INI -------->

dan INI ---------->
juga INI ----------->Tuan Gambar

Jawapan keseluruhannya ialah PROMOSI dan PUBLISITI yang mana kebanyakkan FA di Malaysia ini masih kekok untuk melakukannya termasuk pemerintah bola malaya sendiri FAM !

*tidak susah sebenarnya bagi FAM untuk menggantung sekeping 'banner' untuk memberitahu orang ramai bahawa pada hari itu ada satu perlawanan di Stadium Nasional Bukil Jalil. Sadis sungguh. Orang ramai kat luar stadium datang JomHeboh tapi tak tau pun kat dalam ada perlawanan.. MEMANG SADIS !
Tp bukan salah rakyat. salah FAM !!!!


gambar-gambar dicilok daripada http://kelantanfamilychatroll.blogspot.com/


Sunday 4 April 2010

KEPUTUSAN PETRONAS MALAYSIAN GRAND PRIX 2010

Pos No Driver Team Laps Time/Retired Grid Pts
1 5 Sebastian Vettel RBR-Renault 56 1:33:48.412 3 25
2 6 Mark Webber RBR-Renault 56 +4.8 secs 1 18
3 4 Nico Rosberg Mercedes GP 56 +13.5 secs 2 15
4 11 Robert Kubica Renault 56 +18.5 secs 6 12
5 14 Adrian Sutil Force India-Mercedes 56 +21.0 secs 4 10
6 2 Lewis Hamilton McLaren-Mercedes 56 +23.4 secs 20 8
7 7 Felipe Massa Ferrari 56 +27.0 secs 21 6
8 1 Jenson Button McLaren-Mercedes 56 +37.9 secs 17 4
9 17 Jaime Alguersuari STR-Ferrari 56 +70.6 secs 14 2
10 10 Nico Hulkenberg Williams-Cosworth 56 +73.3 secs 5 1
11 16 Sebastien Buemi STR-Ferrari 56 +78.9 secs 13
12 9 Rubens Barrichello Williams-Cosworth 55 +1 Lap 7
13 8 Fernando Alonso Ferrari 54 +2 Laps 19
14 25 Lucas di Grassi Virgin-Cosworth 53 +3 Laps 24
15 20 Karun Chandhok HRT-Cosworth 53 +3 Laps 22
16 21 Bruno Senna HRT-Cosworth 52 +4 Laps 23
17 18 Jarno Trulli Lotus-Cosworth 51 +5 Laps 18
Ret 19 Heikki Kovalainen Lotus-Cosworth 46 +10 Laps 15
Ret 12 Vitaly Petrov Renault 32 +24 Laps 11
Ret 15 Vitantonio Liuzzi Force India-Mercedes 12 +44 Laps 10
Ret 3 Michael Schumacher Mercedes GP 9 +47 Laps 8
Ret 23 Kamui Kobayashi BMW Sauber-Ferrari 8 +48 Laps 9
Ret 24 Timo Glock Virgin-Cosworth 2 +54 Laps 16
DNS 22 Pedro de la Rosa BMW Sauber-Ferrari 0 +56 Laps 12

Glory, Glory, Glory episod dua...

Bukan glory-glory men yunaited...Ini cerita bukan pasal game MenU & Celshit ok!... dua2 gua x minat.

Ini cerita tentang Piala FA Malaysia. Diulangi MALAYSIA, yg mana ramai yg xsedar piala FA dah sampai ke penghujung saingan walaupon 2 jenis tibi menayangkan siarang langsung utk rakyat malaysia. Tibi satu dan Tibi estero... tapi game MenU & Celshit jugak yg jadik sebutan, jadi perhatian.. takpelaa, bukan salah rakyat, salah FAM!.

gambar lama dari lanun fotography..
paparan gambar ini hanya sekadar suka-suka,
tidak semestinya kedah akan berpesta macam ni sabtu nanti.


Tahniah kedah kerana berjaya mengharungi liku-liku untuk sampai ke final, mengulangi kembali sejarah ke final Piala FA 2007 menentang selangor.. tp kali ini bukan selangor yg jadi lawan..kih,kih (gelak bakar)...

Negeri Sembilan mengakhiri saingan selangor untuk mara bergaya ke final. Tengok awek tu senyum gembira kat stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam tadi.. Kemaraan Negeri Sembilan bagaimanapun disusuli bersama kontroversi 'tangan shukor adan' yg menghalang jaringan selangor... haha, kata kawan gua fan selangor, "shukor dah setaraf ngan maradona, dah satu level ngan Thiery Henry..sebaris pemain-pemain bolasepak yg membawa 'glory' kpd pasukan masing-masing. Maradona bawak piala dunia, henry bawak perancis ke piala dunia dan shukor bawak NS ke final Piala FA, selangkah lagi ke piala dunia..

Apa-apapun, tahniah kepada penyokong-penyokong kedua2 pasukan.. bertempurlah kalian di Bukit Jalil 10 April nanti. Gua pun akan ke Bukit Jalil jugak.. Sedang pening pikir nak sokong team mana.Dua2 team ada dendam tersendiri. Dendam ngan NS dalam final piala malaysia tau lepas belom berbalas, dendam dengan kedah kerena depa laa kelantan bungkus awal piala FA ni..

*gua rindu setahun yg lepas. ketika Pahlawan Merah me'merah'kan Bukit Jalil....harap kita boleh bermerah lagi ujung taun nih.....

Glory, Glory, Glory.....

"brilliant drive.." katanye si tony pernandes..
Petak 15 oleh Heikki Kovaleinen dan petak 18 oleh Jarno Trulli pada perlumbaan kelayakan adalah satu pencapaian yg cukup mengagumkan ditunjukkan oleh sebuah pasukan baru seperti Lotus. Diharapkan pada perlumbaan sebenar petang nanti, pasukan Lotus Malaysia mampu mencuri satu dua mata di litar sendiri.. sape tau kan? Dunia F1 ni banyak bergantung kepada tuah. Eksiden 15 kete kat depan, silap2 lotus boleh naik podium.. Glory Lotus !