Monday 19 October 2009

Suku Akhir Piala Malaysia | Clash of the Warriors


Clash of the Warriors!
Esok, 20 oktober 2009 bersamaan dengan 2 Zulkaedah 1430, bakal tercetus satu pertembungan melibatkan 2 kelompok pahlawan. Pertembungan ini bukan pertembungan politik mahupun pertembungan lori dan bas. Ianya adalah pertembungan SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA melibatkan KL Plus FC @ Pahlawan Lebuhraya menentang Kelantan @ Pahlawan Merah di Stadium Cheras Kuala Lumpur.

JAdi, memandangkan seluruh warga media termasuk media elektronik mahupun media cetak sudahpun mewar-warkan perlawanan ini secara besar-besaran. Maka besar jugalah harapan gua untuk melihat stadium yg terletak di tepi jalan cabang 3 Jalan Yaakob Latif itu penuh nanti dengan ribuan penonton, peminat, dan penyokong bolasepak dari sekitar Cheras, Sg Besi, Kerinchi, Lembah Pantai, Mid Valley, KLCC, Wangsa Maju, Setiawangsa, Sentul, Gombak, Shah Alam, semua tempat laaa... Pengkritik bolasepak pun dijemput sama untuk memeriahkan stadium ini nanti yg perlawanannya akan berlangsung pada pukul 8.45 malam iaitu selepas waktu smayang maghrib dan isyak. Jangan masuk pukul 6, nanti telepas smayang magrib.

Memandangkan ramai anak-anak kelate yg mendiami bumi Lembah Klang ini, pakat2 la datang untuk menyokong pasukan kesayangan kite nih. Sape lagi nak sokong kalo bukan kite ye tak.
Pakaian yang disyorkan ialah pakaian berwarna merah, x kira tshirt ke, kain pelikat ke, kain selimut ke, yang penting MERAH dan menutup AURAT !
Bawak skali bendera kelate. Bendera mana2 parti politik adalah DIHARAMKAN. nak bawak jugak boleh tp jangan kibarkan. Lipat buh dalam poket je..
Harga tiket plak tak mahal. Sepoloh hingget aje, harga lebih singgit dari harge Dunhill 20.

Jupo sano puok-puok kito!

GOMO KELATE GOMO !

4 comments:

emak said...

klate 3-1 kl plus

klate; indra,khalid,farhan

SangKunang said...

aminn....
bia mene 3-1.. kalo mene 5-0 pun sedak jugok. hehe..

tp kolid main ko dok.
baru nikoh tu

aFiQ said...

Clash of the warriors~!Chewah~Perwira Merah vs Perwira Tol!~hehe..

Mansor Adabi said...

Sapo-sapo hok dok sekitar KL tu pakat turun ramai-ramai male ni,, bui sokongan padu utk wira-wira kito!!!!!