PIALA FA 2010Juara :
Negeri SembilanNaib Juara :
KedahTempat ke3 : takde, tak pernah dibuat...
Pemain terbaik : Baddrol Bahtiar (Kedah)
Penjaga Gol terbaik : Helmi Eliza (Kedah)

Saingan Piala FA Malaysia, diulangi piala yang dikhaskan untuk pasukan-pasukan berdaftar dan bernaung bawah FA MALAYSIA sudah pun berakhir malam tadi. Keputusan, sume orang dah tau yang Kedah berjaya menjadi naib juara atau tempat kedua yang secara otomatiknya pasukan satu lagi iaitu Negri Sembilan menjadi juara.
Sekalung tahniah buat Negeri Sembilan, pemain serta penyokong diatas kejayaan ini.
Gua nulis ni bukan nak wat ulasan post match, bukan nak ngulas macam sheby singh. Cume nak cerita sikit tentang kemeriahan bolasepak malaysia di Bukit Jalil semalam. Seperti dijangka, stadium akan penuh bila saingan sampai ke kemuncak. Namun begitu, pada pandangan mata kasar, kehadiran penyokong semalam tidak dapat menyaingi kehadiran penyokong untuk Final Piala FA edisi tahun lepas. Walaubagaimanapun, tahniah buat penyokong yang hadir memberi sokongan dan syabas juga buat penyokong & penonton yang berkelakuan baik dari petang sehingga malam perlawanan berakhir, termasuk juga di jalan-jalan raya sepanjang balik.
Bercakap tentang keputusan. Semuanya memang nasib. Nasib jadi penentu bila perlawanan diheret ke penentuan penalti. Biasalah kalo kalah penalti. tapi rata-rata penyokong kedah amat kecewa dengan tindak-tanduk Helmi Eliza, pengambil sepakan penalti penentuan yang agak 'main-main' dengan sepakannya. Macam nak 'menganjing' pun ada kalo tengok gaya Helmi. Takpelah, dah memang rezeki tahun ni berpihak kepada Negeri Sembilan. Buat penyokong kedah, sabor laa ye.. Kami di kem Red Warriors pun rasa gini jugak taun lepas bila kalah penentuan penalti dengan selangor.. Menguasai tidak semestinya memenangi....
*duk dalam stadium malam tadi gua join geng kedah nyanyi lagu hijau kuning diorang, tetiba rasa sedih dan sebak, memori tahun lepas kembali. Gegak gempita 'gomo kelate gomo' menggamit ingatan. Terpikir "alangkah indahnya jika aku disini sekali lagi berbaju merah, kulit kebanggaanku, bukan meminjam kulit orang lain seperti hari ini hanya semata untuk menumpang sementara kenikmatan milik orang lain....."
haiishhh....