Sunday, 11 April 2010

Piala FA, tamat sudah...

PIALA FA 2010

Juara : Negeri Sembilan
Naib Juara : Kedah
Tempat ke3 : takde, tak pernah dibuat...
Pemain terbaik : Baddrol Bahtiar (Kedah)
Penjaga Gol terbaik : Helmi Eliza (Kedah)


Saingan Piala FA Malaysia, diulangi piala yang dikhaskan untuk pasukan-pasukan berdaftar dan bernaung bawah FA MALAYSIA sudah pun berakhir malam tadi. Keputusan, sume orang dah tau yang Kedah berjaya menjadi naib juara atau tempat kedua yang secara otomatiknya pasukan satu lagi iaitu Negri Sembilan menjadi juara.
Sekalung tahniah buat Negeri Sembilan, pemain serta penyokong diatas kejayaan ini.

Gua nulis ni bukan nak wat ulasan post match, bukan nak ngulas macam sheby singh. Cume nak cerita sikit tentang kemeriahan bolasepak malaysia di Bukit Jalil semalam. Seperti dijangka, stadium akan penuh bila saingan sampai ke kemuncak. Namun begitu, pada pandangan mata kasar, kehadiran penyokong semalam tidak dapat menyaingi kehadiran penyokong untuk Final Piala FA edisi tahun lepas. Walaubagaimanapun, tahniah buat penyokong yang hadir memberi sokongan dan syabas juga buat penyokong & penonton yang berkelakuan baik dari petang sehingga malam perlawanan berakhir, termasuk juga di jalan-jalan raya sepanjang balik.

Bercakap tentang keputusan. Semuanya memang nasib. Nasib jadi penentu bila perlawanan diheret ke penentuan penalti. Biasalah kalo kalah penalti. tapi rata-rata penyokong kedah amat kecewa dengan tindak-tanduk Helmi Eliza, pengambil sepakan penalti penentuan yang agak 'main-main' dengan sepakannya. Macam nak 'menganjing' pun ada kalo tengok gaya Helmi. Takpelah, dah memang rezeki tahun ni berpihak kepada Negeri Sembilan. Buat penyokong kedah, sabor laa ye.. Kami di kem Red Warriors pun rasa gini jugak taun lepas bila kalah penentuan penalti dengan selangor.. Menguasai tidak semestinya memenangi....

*duk dalam stadium malam tadi gua join geng kedah nyanyi lagu hijau kuning diorang, tetiba rasa sedih dan sebak, memori tahun lepas kembali. Gegak gempita 'gomo kelate gomo' menggamit ingatan. Terpikir "alangkah indahnya jika aku disini sekali lagi berbaju merah, kulit kebanggaanku, bukan meminjam kulit orang lain seperti hari ini hanya semata untuk menumpang sementara kenikmatan milik orang lain....."
haiishhh....

6 comments:

Suhaimi Abd Wahid said...

Hehehe wa tak tgok bola tp wa nyer family busy nk tgok Majalah 3 hheheh tp wa still tgok result dia kat berita tgh mlm tv3 hehhehe kalah panalti mmg sikit sakit ek... huhu pert lu jgn sedey2 ada rezeki pasni kelantan plak lah...

kudabesi said...

helmi..

penah dgr pepatah:

'biar rebah, biar kalah..eksyen mau ada'

lol..main ngan mesia wat probs, main ngan negeri buat probs

SangKunang said...

suhaimi: hhehehe.. xpa, ujung taun ni insyaAllah kami kembali ke bukit jalil...

kudabesi:
pepatah baru;
ikut resmi padi,
makin tunduk makin berisi,
ikut resmi nogori,
makin berisi makin berseri...

ade kaitan ke..

Mansor Adabi said...

gitu le kalu penentuan ditentukan melalui sepakan penalti,,,,kita yang tengok pun berdebar-debar apatah lagi pemain yang mengambil sepakan tu,,,lagi le menggeletor kepala lutut,,,,tindak-tanduk Helmi tu agak mengjengkelkan skittt,,,anyway tahniah N9,,,tahniah Kedah,,,,
Kelate bilo pulokkkk????
ikhlas cakap, lepas berehat panjang, kalu permainan Kelate tak berubah(tak meningkat),,,,jangan mimpi nak ulangi masuk final cam tahun lepasssss,,,,,
Kelate oh Kelate,,,,

SangKunang said...

betol tu abe mansor..
ambo setuju nge kato2 abe tu..

kelate buke tok sedak, tp percaturan tu tok jadi..
sedis segho bilo tgk tim kelate jadi lagu ni. dulu molek doh. tp taun ni nyo jadi punoh..

x beruboh lagi corak mene satia lpah ni gak.. babai laa bukit jalil jawabnyo..

CIKGU ZAM said...

salam\,
standby piala malaysia la pulok set kitoo........